Tuesday 30 November 2021

SAMBAL BELIMBING HITAM SEDAPNYA

Assalammualaikum..




Bukan menu diet ya....tapi menu menambah nasi...Simple dan mudah...Nasi panas,ikan goreng dan sambal belimbing hitam...






Ikan merah goreng.Cukup dua lauk tu,Takde kuah





Sambal belimbing hitam pemberian jiran...






Lamanya Daku tak tulis blog.....kekok pulak ...Tak tau nak tulis apa...haa...haa..


Terimakasih pada yg sudi membaca blog Daku yg biasa2 ini ya...

Thursday 27 August 2020

GULAI KARI UDANG

Assklmwkth...


Lamanya tak buat entri..
Ada jer ni haa...saja la mendiamkan diri...Dah nak habis bulan kemerdekaan.sekejap jer kan masa berlalu.Akhir2 masak lauk rengkas2 jer maklum lah.Berdua jer dalam rumah..kadang2 beli jer lauk masak...





Lama tak masak kari udang..Daku masak gulai kari udang Tanpa santan.campur pulak kacang buncis...sedapnya...










Lawankan pulak dengan ikan tongkol masak taucu...mabeless...





Daku memang biasa guna  jenama tamin tu...sedap..




Eeehhh...tak tau nak tulis apa  dah...maaf ya...mood ke laut.....




TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YG BIASA2 INI..

Tuesday 9 June 2020

NASI GORENG PETAI



Assalammualaikum wkth..

Sana sini ada orang jual durian,dimana ada durian disitu ada petai...
Jarang Daku makan makanan berat waktu pagi sebagai sarapan.
Pagi tadi Anak lelaki Daku nak makan nasi goreng kampung katanya...

Kebetulan ada lebihan nasi sejuk malam tadi tak habis,Daku on jer..
Tumbuk bilis sikit,cili padi sikit,bawang putih  dua ulas,bawang merah sebiji,belacan sikit,garam sikit,tumbuk guna lesung batu...kena tumbuk lumat,sebab,anak Daku tu ngengada sikit.Nanti diasingnya cebisan bawang or bilis.

Tumis dengan sedikit minyak gorengan ikan atau ayam(rahsia lagi sedap)....He..he..orang la kata..Betul la kot..
Tumis sampai naik bau,masuk kan sedikit serbuk secukup rasa Maggie..pastu pecahkan telur,masukkan nasi sejuk yg sudah di peroi lerai.
Gaul sama rata...Dah siap..mudah jer nasi goreng cara Daku...

Eeehhh kata nasi goreng petai???
Sesudah disendukkan kepinggan anak Daku...
Baru disenduk ke pinggan pink ...ooopppss bukan pinggan tapi tray pink comel Daku..Pastu baru hiriskan petai hijau,fresh,mentah.
Mana boleh masukkan petai dalam kuali nasi goreng,Tak pandang la anak Daku....Dia tak pandai makan petai...






Alhamdulillah nasi goreng kampung simple,ada petai dan ada telur dadar sepotong....Nanti lainkali Daku cerita pasal tray pink comel ni yer..







Pic petai ni,sebenarnya pemberian anak saudara Daku yg menjadi salah seorang frontliner nun di HKL...Dia tak balik kampung pun....
Petai Batu Kurau kata si tukang Cod..Ada 10 keping,5 keping untuk kakak,5 lagi untuk Daku..Padahal Suami Daku beli juga petai...

Anak saudara Daku tu geram tengok petai2 yg dijual kawannya(kes support kawan niaga la ni)..
Esok  dah boleh rentas negeri.
Menerusi perbualan whatsUp family,Anak2 saudara Daku akan mula balik kampung minggu depan...Nak elak jammed katanya.....

Esok juga bermula PKPP...
Kena ingat pesanan,PM kita...
Kena dengar juga nasihat Menteri kanan..dan kena ikut saranan,
Ketua Pengarah Kesihatan.

Pada yang nak balik kampung tu,berhati hati dijalan raya ya...

TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH DI BLOG DAKU YG BIASA2 INI...

#Pkpp
#Kitajagakita
#RayaSebulan

Thursday 21 May 2020

HARI PUASA KE 27 (PKPB)

Assalammualaikum..


Eeehhh...Dah hujung2 ramadan dah...Sekejap nya masa berlalu.





Badam coklat atas permintaan anak Daku.Minggu lepas pergi Kamunting dengan anak Daku berdua.Dia yang drive.Ayahnya kerja.Best gak sekali sekala keluar,jalan raya lengang.Bila masuk kedai Bakery.Ramai nya orang.Beratur hampir 15 minit.Anak Daku tunggu dalam kereta,pandai dia...






Daku cuma tolong panggangkan badam dan cairkan coklat.





Anak Daku sudukan dalam paper cup.


Walau Daku masuk kedai bakery dan beli bermacam macam,tapiii...Badam coklat tu jer yg dibuat.Biskut lain2 tak buat pun...MALAZ...
Esok daku nak buat sebiji kek marble.Anak Daku nak kek blueberry cheese(tapi dia kata bila2 pun ok)ha..ha...tu yg Daku dok malaz lagi nak buat,bahan2 memang dah dibeli.Ya esok Daku nak buat Kek marble dan kek blueberry cheese.Hari sabtu dah sebuk masak2 untuk hariraya.





Disebabkan raya tahun ni masih PKPB..Daku pun malaz nak buat biskut2 raya.Daku dah order melalui OnLine sebanyak 6 bekas...





Yang ni pulak Daku order melalui kawan adik Daku iaitu biskut kegemaran Daku juga biskut Snow coklat.











Dodol raya pun order.Sebekas rm13..
Dah selalu order walau bukan diluar perayaan.




Hari yang sama,Daku sempat snap pic kuih2 pemberian jiran2 Daku.Bayangkan tiap2 hari pelbagai kuih muih,kadang2 lauk pauk,termasuk lah pelbagai mee,mihun.Setiap hari mesti ada...Dalam tipuware tu,bubur lambuk,jiran Daku buat diPejabat,katanya..

Daku pun kadang pening nak balas dengan apa,sudahnya kekadang Daku suruh Suami beli lebih kuih2.Time Daku rajin buat,ok la..Tang hari malaz...Apa pun Alhamdulillah dengan segala rezeki...










Kuih peria menunggu turn untuk dikukus.





Gigih Daku siapkan kuih peria,buat lebih dan agihkan pada jiran2 berdekatan.Kuih peria berintikan kaya dan kacang merah.





Cuma berlapikkan potongan daun pandan...Masa ni wangi sangat aroma wap pandan....



Sejukkan sebentar.Sesudah dikeluarkan dari kukusan...








Minuman kegemaran air sirap merah selasih.Puas minum guna gelas besar bertangkai.Hari biasa tak digunakan pun gelas ni,sebab besar sangat,berat pulak tu...Salah satu hadiah Daku perolehi  masa satu pertandingan sempena Hari Kemerdekaan.Yang ini hadiah saguhati.Manakala satu lagi pertandingan,iaitu pertandingan masakan set Nasi tomato dan ayam masak merah.Daku mendapat tempat ke2
Semua pertandingan tu Daku sertai tahun lepas.Alhamdulillah...




Pencuci mulut,buah anggur hijau panjang,manis dan sedikit masam..
Bulan puasa ni,Suami beli buah tembikai,buah laici segar,dan buah anggur.Jenuh gak nak abis kan buah buahan tu.Ada jugak Suami Daku beli buah timun betik.Memang kalau bulan puasa,mesti Suami beli buah timun betik...Daku memang tak pandai makan buah timun betik.Selalunya Suami potong kiub dan digaul dengan gula pasir.Katanya teringat zaman dulu2...





Asam pedas ikan pari,Suami daku  dah dua kali beli asam pedas ikan pari.Sebab sedap sangat...


Walaupun PKPB...Untuk lauk pauk berbuka,Suami Daku selalu sangat membeli.Daku cuma masak nasi dan goreng sayur jer.Daku pulak tak berapa sehat,Minggu pertama PKP..Daku dah tak sehat,pergi klinik swasta kena injection dan dibekalkan ubat.Hari jumaat lepas pun pergi klinik swasta lagi,injection sejarum lagi...Adduui...DOA kan Daku sehat ya...






Yang ini pun sama..beli..paru berlado..




Yang ini Daku masak..
Untuk anak Daku,ayam korea,kerja memasak lebih mudah dengan sos korea keluaran Adabi...





Paling Daku suka sayur pahit,bunga betik dan daun pucuk betik,basuh bersih,tos..kemudian hiris halus.Tumbuk bawang putih,bawang merah,ikan bilis dan sedikit belacan,Tumis bahan tumbuk sampai wangi,dah dimasukkan bunga betik dan daun pucuk betik hiris perasa garam dan serbuk perasa.Nak kurangkan rasa pahit,pecahkan sebiji telur.Lima atau sepuluh minit lagi waktu nak berbuka,baru Daku menumis..Makan nasi panas berlaukkan sayur macam ini,memang Daku suka.....

TERIMAKASIH PADA ANDA YANG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YANG BIASA2 INI...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..

#pkpb
#kitajagakita


Saturday 2 May 2020

AISKRIM ROTI GORENG

Assalammualaikum wkth..

Salam ramadan hari ke9..Tak terasa dah lebih seminggu kita berada di dalam bulan mulia bulan ramadan...Ustazah kata bulan mengumpul pahala...

Teringat tahun2 sebelum ini,kalau bulan ramadan,ramai2 berkumpul di Surau bertadarus..Rindunya saat itu...Tak tahu nak gambarkan perasaan  bulan ramadan tahun ini,sedihnya.....

Apa pun AL QURAN tetap diHATI...Solat terawih biasanya berjemaah di masjid,tahun ini hanya dilakukan dirumah...


Masih entri tertunggak...Anak Daku mencuba buat aiskrim sendiri dua minggu sebelum puasa.Aiskrim roti goreng ni pulak,anak Daku buat empat hari setelah membeku dalam peti frozen aiskrim tersebut.Daku ingatkan dia nak makan aiskrim sesaje...Rupanya nak buat roti aiskrim goreng.

Masa anak2 Daku masih bersekolah menengah dulu,Daku dah pernah buat roti aiskrim goreng...Pastu lama dah tak buat...Sebab apa tak buat??Haa..haa..sebab tiada permintaan la..
Tapi masa tu guna aiskrim yg dibeli..Bukan homemade...





Nampak tu....Roti aiskrim goreng nampak sedap kan???Memang sedap...100 % buatan tangan anak Daku...Sekali lagi dia berbangga dengan pencapaian buat aiskrim seterusnya roti aiskrim goreng di musim PKP ini...

Sebelum ini minggu pertama PKP dia minta ajarkan buat kek coklat cheese leleh atau pun kek coklat hantu.Punya la Daku malaz nak keluarkan bahan2..Sebenarnya bermula awal tahun 2020 Daku memang dah takmo amik apa2 pun tempahan kek.Apalagi waktu itu Daku tak sehat sampai masuk wad dua kali.Disebabkan anak punya pasal,turutkan juga lah.Tapi memang dia la yg buat step by step.Tapi memang takder la Daku snap pic.Buat satu adunan jer,dapat 4 bekas tipuware yg sedang2 tu...Satu bekas kek cheese leleh tu beri pada Alia.Ehh..tersembang pasal kek pulak..









Aiskrim perisa coklat yang baru di Keluarkan dari peti beku.







Roti idaman ramai,roti gardenia...Eeeehhh..orang masih carik lagik tak roti gardenia?


Nampak tu anak Daku dengan gigihnya,kengkonon nak letak aiskrim banyak2 dalam roti,diambilnya cawan mulut besar.Ditekan tekan takmo terpotong pun...Dicubanya lagi..ha..boleh pun..












Roti kedua dan seterusnya,takmo guna dah cawan molot besar,ditukarnya cawan plastik,pun sama juga susah nak potong...




Daku tengokkan jer apa dia buat,






Nampak tu pisau merah untuk potong keliling roti...Haa..haa...




Kesimpulannya..Walaupun nampak mudah,tapi bila anak Daku yang buat,Daku yang LETIH menengok.
Nasib baik la dia cuci dan dia kemaskan selepas guna.





Dapat itu jer...1..2..3..4..5..6...Adoiii dik..letih mak kao tengok...Nampak tak ada yg terbuka,keluar inti aiskrim nak mencair...Cepat2 dia amik ngap masuk molot...Nasib sempat Daku snap pic sebelum dia makan....5 ketui tu lar masuk frozen..Bagi beku lagi baru boleh goreng....





Abaikan sudu makan tu,Dah cari sudu aiskrim tapi tak dijumpai...









1..2..3..4.. Sepatutnya ada 5 ketul
Ayahnya makan satu,Belum sempat susun dah hilang satu...Panas2 ayahnya makan....Terlebih garing sikit la  anak Daku goreng...Tapi ok la kan...






Semalam Perdana menteri berucap sempena Hari Pekerja,ada menyatakan ada sedikit kelonggaran diwaktu PKP...Dah boleh keluar berdua dalam satu kenderaan.Sebelum ini satu orang satu kenderaan.Apalagi petang semalam cepat jer anak Daku mengikut ayahnya ke Bagan Serai,katanya nak beli barang di Watson...

TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH SUDI DI BLOG DAKU YG BIASA2 INI...


#pkp
#sayangikeluarga
#kitamasakkitamakan

Thursday 30 April 2020

AISKRIM HOMEMADE

Assalammualaikum..



Selamat berPKP...Dilanjutkan..dilanjutkan..di
lanjut kan lagi...dan lagi dan lagi..Taktau la sampai bila??
Sebagai rakyat ikut jer la apa kata pemimpin..Patuhi setiap larangan dan akur dengan keadaan..
Sebagai hambaNYA nya pula kita dianjurkan supaya perbanyakkan BERDOA...Kerana setiap apa yang berlaku ada hikmahNYA...
Hari ini hari khamis dan hari ke7 kita berpuasa..Alhamdulillah cuaca sejuk dan dingin..Mendung jer waktu pagi..Bila petang selalu hujan,lebat pulak tu..Pakej petir dan angin...


Entri tertunggak lagi...Kurang dua minggu lagi nak puasa.Anak Daku buat Aiskrim coklat ni...Tetiba ajak buat aiskrim..Daku cakap Mak malaz nak buatkan...Cepat jer menjawab..Adik yang nak buat..Daku pujuk lagi..Adik cakap jer nak aiskrim apa..Nanti ayah belikan...Takmau juga..berkeras nak buat sendiri..Sukahati adik
lah...Terpaksa Daku keluar kan blender,mixer bagai...









Nasib bahan tak banyak..Daku ikut jer Dia bagitau bahan2 nya..Dia tengok Youtube....








Daku malaz nak taip resepi..Follow pic jer lah yer...Mula masuk bahan dalam blender..pastu takmo jalan pun...
Pastu Anak Daku keluarkan semua masuk mangkuk dan mixer jer..Baru mau berputar...









Dah halus dan gebu,masukkan dalam tipuware aiskrim...Nasib baik  ada bekas aiskrim lama tu..Tu pun tersorok dalam kabinet..




Anak kata..Bestnya mak..macam aiskrim yang beli kat kedai...








Ok...Siap..dah boleh masuk peti beku...







Punya anak Daku bangga dapat buat aiskrim...
Agaknya bosan kot PKP ni...Daku tengok rambut dah semakin panjang..Nak keluar rumah tak berani..
Tapi nasib baik la anak Daku ni boleh juga diharap.Tolong basuh2 pinggan mangkuk,kemas2 meja makan,tukar langsir(dua minggu sebelum puasa,Daku dah suruh turunkan langsir lama.)buang sampah,cuci toilet,angkat kain kat ampaian lagi apa ya...ha tolong hantar juadah berbuka kerumah jiran...

Ok la..tu jer kot nak citer..Pasal aiskrim tu ada lagi sambungannya...Tunggu tau..


TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YG BIASA2 INI...

Thursday 23 April 2020

MEE KARI DAN PIZZA


Assalmualaikum..wkth..


Cerita hari ahad lepas 19hb yer..Entri tertunggak lagi..Seawal tengah malam,berkali kali masuk whatsApps bunyik..Daku abaikan dulu,sebab Daku dah tido masa tu,mengantuk malaz nak buka baca.Sesudah subuh,nahh kumpulan group family dan group kawan2  bertalu talu masuk wish...Banyak betul Daku menjamu mata dengan kiriman kek.
Yang awal2 wish tu dah tentu dari sayang2 tersayang...
Alhamdulillah bertambah angka,dan berkurang lagi umur.Dah semakin tua..Sedih ada,gembira ada,sayu ada.









Hari yang sama,Cik Bunga atau pun Raniya sambut hari lahir.Raniya cucu kakak Daku.Tinggal di Slim River.Umur baru 4 tahun...Comei dan bijak bercakap,Tahun ni dimasukkan sekolah Tadika Little Caliphs.Eeehh betui ka ejaan Daku ni...








Terima kasih pada ALLAH yg sentiasa menjaga DAKU,Terimakasih pada Arwah Mak dan Arwah Abah yang memberi secukupnya perhatian,kasih sayang dan pendidikan.Terima kasih pada Encik Suami yang sentiasa mengasihi dan memahami,Terima kasih pada Anak2 kesayangan yang sentiasa mengambil berat dan bertanya khabar.Seterusnya SEMUA yang sentiasa MENDOAKAN yang terbaik untuk Daku dan keluarga.
Tiada apa pun yang diharapkan diusia dah matang begini..Hee.hee..belum kategori wargamas tau..Selain memperbanyakkan amalan untuk bekalan keSANA..In sha allah..

Nak sembang sikit lagi..masih mood PKP..
Tahun ni tiada hadiah..Suami tanya nak makan apa?Baguih punya soalan😂😂..
Mungkin pada orang lain boleh minta apa pun..Contohnya boleh minta gelang tangan ker,handphone baru ker...Ha...ha demand nya...

Daku pulak terbalik..Daku tak berminat pakai barang kemas..Serius cakap..Dari jaman anak dara(masa tu Daku kerja) Daku memang ada barang kemas,ada rantai leher,gelang tangan,subang(anting2 ler tu)rantai kaki dan cincin.TAPIIII...Semua tu Daku tak pakai..Semua tu simpan...Seingat Daku cuma pernah pakai sekejap gelang kaki dan subang.Lepas tu takmo pakai dah..Sebabnya Daku rimas.Pakai rantai leher rimas,pakai subang rimas,pakai gelang kaki ok sikit.pakai cincin lagi la rimas.Semua barang kemas tu Arwah Mak Daku la suruh beli..Tau tak lepas Arwah Mak meninggal,Kiranya sekitar lima tahun kemudian.Daku jual barang2 kemas termasuk rantai leher arwah Mak Daku yang sudah di faraid.kecuali cincin tunang,dan cincin nikah...Ha..dua item tu jer Daku masih simpan.Kenapa Daku jual barang kemas???Pertama sebab Daku tak pakai,kedua sebab Daku bukan ada anak perempuan nak diberi...Duit barang kemas boleh jadi aset semula masuk buku ASB...Bijak tak Daku...Untung Suami Daku kan tak payah belikan barang kemas kat Daku...


Ok...tutup cerita hal barang kemas..





Disebabkan PKP,Tak boleh makan2 kat luar.Biasanya kalau birthday Suami,birthday Daku atau anak2.Suami suka belanja makan..
Dah PKP ni...so kena lah masak.Suami nak makan Mee kari...Eeehhh birthday siapa ni??






Buat sikit jer mee kari...Daku malaz buat banyak...Beli mee kuning pun sepaket kecik.Jadik la untuk makan kami bertiga.Dalam kuah mee kari Daku cuma masukkan Udang putih kecik tu dan ayam sikit..ooowwh Suami ada juga beli kerang.Dah rebus.Lupa nak kopek kulit.







Petang dalam pukul 3.00 petang,Suami pergi ke Pizza hut Bagan Serai.Beli dua box...Satu box untuk kami,satu box lagi beri pada Alia..Takder kek ker???,Memang takder...Walaupun Daku pembuat kek,Kurang minat kek buatan sendirik...Daku nak Kek Indulgence yang kat Secret Resipi tu....Tapi Bagan Serai mana ada secret resipi...Kat Parit Buntar dan Taiping ada la...Semua tu rentas sempadan PKP...





Makan pizza dgn mee jer lah...Alhamdulillah..Oowwhh..nak up sikit.Suami beli juga air berkarbonat.Hawaiian pizza memang kegemaran Daku...Masam2 manis nanas kiub(Dik Cella..betulkan ejaan nanas tu)...Panas2 makan 2 slice.Anak Daku makan sepotong jer,sebab dia kurang minat.Wahh Suami makan tiga potong....Lagi dua potong beri pada kakak.






Nampak tak kaki ayam tu..Daku suka sangat.Daku buat kuah sehari sebelum tu.Rasa kuah lebih sedap  dan mesra.



Kuah ada rasa pedas berempah dan manis...Daku juga letak susudu kecil sambal kosong..Lagi la bertambah uummpphh...Perasannya...







Kerang ooohh kerang kenapa engkau mahal..








Dalam family group what'sApps..Bising dorang sebab kami beli pizza..Alasan dorang,pandai buat roti,pandai la buat pizza...hello..anak2 saudaraku...sekali sekala nak juga rasa air tangan Pizza Hut...




Ni mee goreng minum petang semalam punya.Nak masukkan juga dalam ni..

Baki dalam dua genggam mee kuning yg tidak dicelur.Balance mee kari..Mee kosong jer pun,Campak2 bahan yg ada jer pun,Malaz nak kuar kan ayam atau udang dalam peti beku..Dapat la sepinggan penuh dan bercampur sayur sawi dan taugeh.Ppppsstt Suami,dan anak Daku cakap sedap..Yer ker sedap,ntah2 sebab hujan,kemudian lapar..He..he.....Benda sikit memang sedap kan..Kebetulan masa Daku goreng mee ni,hujan tengah lebat.....

TERIMA KASIH PADA ANDA YANG SINGGAH BLOG DAKUBYG BIASA2 INI...

#pkpkitajagakita
#puasaramadan