Assalammualaikumwkth...
Sebulan sekali keluar entri...
Dah bulan Oktober...cepat nya masa berjalan..dah menghampiri hujung tahun...
Anak2 yg amik peperiksaan pun dah bermula....
Kawan2 Daku yg punyai anak yg amik peperiksaan dah mula risau...minggu lepas UPSR..Minggu ni rasanya peperiksaan PT3....camtu la kan....Bila anak2 amik peperiksaan,Ibu2 lah yg paling risau..tak senang duduk..
Cerita hari minggu tadi...
Daku dan Suami Balik Kampung Suami...jelezz Anak Daku bila dapat tahu Daku balik kampung..Tengahari masa dirumah Kakak Ipar Daku,Anak Daku call tanya,Daku ada kat mana...Ha..ha..Jgn Marah Dik..Nanti Adik cuti SEM,boleh jer balik kmpg Ayah...
Lama dah tak buat Cream Puff ni..Sebelum ni ada ja yg nak order..tapi Daku Malaz nak buat...Setakat untuk makan sendiri jer...Aduhh..macam zalim jer kan.....
Pagi sabtu minggu lepas,Daku dan teman2 jemaah Surau di jemput di Majlis WalimatulUrus kat Kampung sebelah...Kami dijemput untuk bacaan Yassin dan Doa Selamat.Majlis bermula jam 10.00 pagi..Selepas itu Kami di jemput makan..Pelbagai kuih muih dan bubur pulut hitam sebagai pencuci mulut..Manakala lauk pauknya berbagai jenis,Nasi putih dan Nasi minyak madu,Daging masak Merah,Kari Daging,Ayam Goreng,Air Asam Kerisik,Sambal Udang,Ulam ulaman,Sambal belacan,Ikan masin goreng,Papadom,Ayam pop.Tak semua Daku amik....Masih mengamalkan konsep gotong royong.Seekor kerbau ditumbangkan.
Balik dari Kenduri tu.Berehat sebentar.Kemudian sambung membakar tiga biji kek.Bukan untuk dijual tau.Tapi sebagai buahtangan untuk Kakak ipar daku.kat kampung tu ada Dua orang kakak ipar.jadi kena lah buat sebiji sorang.Yg sebiji lagi Daku buat untuk anak Saudara Suami.Maksudnya Daku akan berkunjung tiga buah rumah.Kakak ipar yg no 2 dah pesan awal - awal ajak makan tengahari dirumahnya.Sebenarnya Hari Raya Haji yg lepas,Kami tak berkesempatan balik kampung Suami.Sebabnya.Pada Hari Raya Haji tu,Kakak sulung Daku yg tinggal di Johor,Balik beraya dirumah Daku dengan anak cucunya.Kakak Daku pulak tak berapa sehat.Dan pada Hari Raya pertama tu,My Jiran tepi rumah buat korban,kemudian pada hari Raya ke 2 pulak.My Jiran yg sama buat kenduri Kesyukuran.Itu yang rasa rindu pada kakak2 ipar dan ajak Suami balik kampung.Selepas lunch dan solat pergi pulak rumah anak saudara Suami.Waktu nak balik.Diberi nya ikan sepat hidup yg masih lompat lompat.Rumah Dia kan tepi bendang..Sukanya Daku dapat ikan sepat yg masih joget joget.Sampai rumah terus Daku bersiang ikan.Ada telur dalam perut ikan sepat tu.Malam tu juga Daku goreng cecah cabai picit,bawang kicap....Sedapnya makan dengan nasi putih panas2...Sayangnya tiada gambar...
Berbalik cerita Cream Puff ni pulak.Siap bakar kek sambung buat kulit Puff pulak...Lewat sikit la Daku masuk tidur..Esok pagi nya pulak baru masak Inti Kastard nya..
Walau pun tak lawo...Janji lembut sedap dan berongga rongga bahagian dalam....
Ini yg baru lepas keluar oven,Kali ini Daku letak inti Kastad jagung.Kebetulan ada jagung fresh.Kalau sebelum ini Daku buat Cream Custard.Kedua dua inti ni Daku suka,sebab sedap dan lazatkan...Tak boleh makan selalu ni...Bahaya...boleh menjunam jarum penimbang...Ha..ha...
Abaikan ajer mana yang meleleh sememeh tu...Maklum jarang2 buat...he..he.. alasan...ker memang Tangan awok tu yg tak berseni...ajommm tengok resepi.....
CREAM PUFF
120 Gram Tepung Gandum
90 Gram Butter(suhu bilik,potong kecil
200 Ml Air
4 Biji telur Saiz B
CARA DAKU*
1) Panas kan oven pada suhu 200c....
2) Alaskan loyang kuih.
3) Ayak tepung
4) Masukkan air dan butter ke dalam periuk,Masak dengan api sederhana hingga mendidih.Bila dah mendidih tutupkan api.
5) Terus masukkan tepung dan kacau cepat cepat.Buka api sederhana semula.kacau adunan sebentar.Tutup api.Biar sejuk sebentar.
6) Masukkan adunan kedalam mangkuk besar,masukkan telur sebiji demi sebiji,putar sehingga halus dan licin
7) Masukkan adunan ke dalam piping bag.gunakan Nozel 1 cm.Kalau tiada nozel.Potong jer sedikit bucu plastik dan paipkan atas dulang.Basah kan jari.Tekan bahagian tanduk yang terbentuk,supaya cream puff kelihatan menarik.
8) Spray permukaan Cream Puff dengan air.
9) Bakar dalam oven dengan suhu 200c selama 15 minit.Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit lagi.Cream Puff akan sedikit perang bahagian atas.Sejukkan sebelum di masukkan Cream Custard.
CREAM CUSTARD JAGUNG
5 Sudu besar Tepung Jagung
100 ml air
400 ml susu segar
100 ml air **
1/2 Cawan isi jagung **
8 Sudu gula pasir **
2 Sudu besar mentega
1 Sudu teh esen vanila
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
Snow Powder
CARA DAKU*
1) Masukkan bahagian yang bertanda ** kedalam periuk.Masak atas api sebentar,sejukkan.kemudian blend halus.
2) Masukkan air,susu segar,tepung jagung,garam,pewarna kuning ke dalam periuk,Kacau.kemudian buka api sederhana.kemudian masukkan bahan blend yg bertanda ** dan kacau hingga naik wap,perlahan kan api,masukkan esen vanila dan mentega.kacau jgn berhenti hingga berkilat dan halus.
3) Tutup api.Masukkan dalam bekas.Wrap plastikkan supaya bahagian atas tidak kering bila dah sejuk.Cara Daku pulak..Dibiarkan dalam periuk,5 minit sekali Daku akan kacau.Begitulah seterusnya sehingga sejuk.Kemudian masukkan dalam piping bag.Potong bucu,paipkan Cream Custard ke dalam Puff.Isi penuh dalam rongga2 yg kosong.
4) Akhir sekali ayakkan Snow Powder diatas Cream Puff...
Kek Minyak Marble jer pun......saje kek tu Daku potong dua...Daku wrap plastik terus untuk kekalkan kelembapan...
Jadi ler kan manisan sebagai buah tangan.Yang penting jalinan ukhwah persaudaraan tu biar kekal hingga ke akhir hayat.TERIMAKASIH PADA ANDA YANG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI....SEMOGA ANDA SEMUA SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH..AAMIINN...
Seorang surirumah yg dunia nya hanya dirumah..seorang isteri dan ibu kepada 2 anak lelaki..tak pandai pun memasak...biasa biasa je..suka membaca blog blog masakan...
Monday, 1 October 2018
Friday, 3 August 2018
SUKASUKI EMPAT BULAN
Asklmwkth...
Salam jumpa lagi...aduyai...lama juga la dok menyepi...tapi takde la sampai setengah tahun menghilang...Alhamdulillah Daku dan Keluarga baik2 saja.....
Agak sebuk...juga la...dgn urusan harian.. dan urusan luar...Nak buat entri asyik tunggak...
Masa PRU lepas memang Daku sebuk sikit...alahai sebuk2 dlm Kampung jer pun...Bantu mana yg patut...Nak cerita panjang sangat...di pendek kan cerita...Daku memang terbabit dlm kempen sebelum mengundi...Pahit manis Daku dan rakan sama2 tempuhi....Beberap kali juga lah YB turun masuk Kampung Daku jadi Pengerusi Majlis...terbabit juga menyampaikan bantuan dari rumah kerumah...Beberapa kali balik rumah dah tengah malam...ada saja program di Markas Kami...
Paling best bila Ketua Wanita Bahagian dikata kan iras2 Daku...betui ker???Ntah kawan2 Daku lah yg kata...Ada lah kot sikit2...tambahan bila pic kami berganding berdua..Kita tutup bab PRU...Ssyyhh Kita dah jadi Pembangkang..haip..
Bulan puasa paling seronok...Waktu pagi Daku Bertadarus.....kali ni Daku ikut Kumpulan Kampung Sebelah...ha..ha..Kenapa?Saje jer nak cari pengalaman.....Lagipun Daku memang selalu hadir di Surau Kampung tersebut..Kumpulan tu ajak joint Bertadarus...Syukur Alhamdulillah full Daku sebulan bertadarus(x cuti ABC)...tapi ada cuti sehari itu pun sebab Daku ada mesyuarat cawangan seterusnya dilantik jadi Pengerusi Tetap untuk 5 tahun lagi......Berbalik pada hal Tadarus tadi..Kami ada 3 kumpulan..Khatam Al Quran dibuat selepas Hari Raya...Sedihnya Daku x boleh Berkhatam sebab ABC....hu..hu...Ingat lagi tahun lepas pun Daku Bertadarus, bila time Khatam, ABC...Takpa lah ALLAH dah rancang semuanya...Redha jer....
Bulan puasa tu...Juadah berbuka Daku lebih banyak memasak sendiri daripada membeli..kecuali kuih muih dan air,Suami dan Anak suka membeli beraneka air...Daku pulak memang kurang berminat nak masuk Bazar Ramadan.Cuma ada sekali saja Daku pergi Bazar,Itu pun sebab Daku cuti masak....Salah satu sebab Kenapa Daku Malaz nak jejak Bazar Ramadan ada lah,Daku simpati tengok Wajah2 penjual yg mana makanan yg mereka jual kurang sambutan...kesian...4-5 kali juga lah Kami berbuka di luar.Pada hari last berpuasa..Kami ramai2 iaitu Keluarga kakak dan keluarga Adik berbuka di rumah Daku...Macam2 menu ada,tapi tiada pic....
Dua hari sebelum Raya,Anak lelaki Daku balik Kampung penuh muatan keretanya..Dgn Hamper2(bukan beli tau),karton Air karbonate.Hampir seminggu juga la Anakku bercuti...
Pada Hari Raya pertama tu,Dari pagi sampai ke malam tetamu datang..Menu daku ada lah Mee Kari,Nasi Planta,Lemang(beli),Rendang Ayam dan Daging Masak Hitam.Kek dan Biskut2 Raya tu biasa lah...
Walaupun Daku amik order Biskut Raya...Tapi Daku juga beli biskut Raya tau...Kann...Daku sebenarnya lebih suka olahan orang lain..Tempahan Kek dan Biskut,Daku kurangkan...Sebab Daku rasa macam tak mampu nak buat...Kesian juga ada kalangan Kawan2 Daku terpaksa Daku tolak tempahan..Faktor usia rasanya...Nak jadikan cerita lepas raya tadi,buat juga beberapa biji kek tempahan dorang...Aduii...punya lah jenuh amik semangat nak membaking...
Sebut pasal hari raya pertama tu kan...Kejiranan sekitar rumah Daku kan dikelilingi rumah saudara mara...Ada 6 buah rumah(termasuk rumah Daku)3 buah rumah emak saudara,sebuah rumah Kakak dan sebuah rumah sepupu.
Menu kami masing2 tak sama,Maksudnya juadah Utama lah..Kalau menu Daku Mee kari,Kakak Daku pulak Mee Kuah Udang,Sepupu Daku Lontong,Mak saudara yang pertama menu Nasi dan lauk pauk,Mak saudara kedua menu Laksa Penang,Menu Mak saudara ketiga Ketupat rendang@mihun sup ayau Soto Ayam.Wajib berkunjung enam buah rumah.see...berbeza menu kan...Raya kedua bebas nak masak apa pun...tapi selalunya sama jer menu hari pertama kedua..sebab masak banyak kan....Hari raya kedua,Daku balik kampung Suami...raya ketiga beraya dan menziarah emak saudara di Alor Pongsu..raya ke empat Shopping keperluan untuk Anak lelaki Daku..Raya ke 5,Beraya ke rumah Maksu Daku di Gerik,Raya ke 6 berya di Butterworth dan Seberang Jaya rumah Sepupu Daku..seterusnya ada kenduri Walimaturus,ada majlis jemputan Yassinan,Ada jemputan rumah Terbuka...Dan terbabit juga Perwakilan Pemilihan Calon di Dewan Bagan Serai...hu...hu..sebuk...
Panjang Daku tulis kan.....ha..ha..balas dendam..seminggu selepas Hari Raya AidilFitri,Kami kehilangan Abang Ipar yg kembali Ke Rahmatullah..Suami kepada Kakak Sulung yg tinggal di PONTIAN,Johor...ALFATIHAH untuk Arwah..Masa dapat berita ni,Daku tengah menghadiri Pemilihan perwakilan di Dewan Dato Zainal di Bagan Serai....Daku cuma wakil kan Anak lelaki sulung yg tinggal di Negeri Sembilan pergi menziarah kematian...Meninggal jam 11 pagi..Kebumi selepas asar...
Ini pulak cerita pada hari 29 Syawal...Waktu pagi Jumaat,Makcik Daku buat MAJLIS KHATAM AL QURAN Tahlil dan doa selamat dirumah beliau..KAMI berkhatam beramai ramai...Hampir 100 orang jemaah yg hadir...Dah selesai majlis,Kami dijamu pelbagai makanan dan lauk pauk......Dan pada sebelah petang Daku dan Kawan2 yg terbabit dan Kumpulan KEMAS Kampung Daku di jemput menghadiri Jamuan Hari Raya di Kampung Parit Hj Ismail selaku Tuanrumah....Tiap Kumpulan Kampung masing2 bawa satu juadah...Kumpulan Kami pilih bawa Mee Rebus...Ada kumpulan yg bawa Laksa,ada yg bawa Lemang Ketupat,Ada yg bawa Nasi impit,Ada yg bawa kuih muih basah,ada kumpulan bawa biskut raya,dan ada kumpulan bawa buah buahan...Ramai juga lah ....penuh dewan di dalam dan luar khemah..meriah...yg Daku lebih BERSYUKUR ialah sebelum bermula jamuan tu...Kami dikejutkan dgn Rancangan Tuan rumah yg mahu ada kan MAJLIS KHATAM AL QURAN...Di letak kan Al Quran didepan Daku...Majlis bermula jam 3 petang.Alhamdulillah mujur dari rumah lagi Daku memang masih ada wuduk...Betapa bersyukurNYA Daku dalam masa satu hari,hari jumaat yg barokah,jumaat yg mulia...Daku dapat BERKHATAM AL QURAN sebanyak dua kali dalam sehari..Iaitu waktu pagi dan waktu petang...see...Perancangan ALLAH siapa yg tahu..TERIMAKASIH ALLAH.....
Apa lagi nak tulis ni....
Ohya lupa...Sekarang kat rumah Daku Suami Isteri ja lagi...Anak Daku dah sambung belajar di nun jauh di Utara...Perlis Indera Kayangan..
Agak sunyi dirumah..apa lagi bila Suami pergi kerja....Best juga yer ke Perlis aritu musim Mangga Harummanis...Suami Daku beli la juga 4 kg sebagai buah tangan...Padang Besar pun ada juga Kami meronda..Dekatkan situ..Bermalam semalaman di Perlis.....Waktu berpisah dgn Anak Daku...aduhai sedihnya.....Daku mana pernah berpisah dgn Dia...
Dalam perjalanan balik tu singgah makan dan solat di RnR Gurun...Hujan lebat waktu tu..
Sampai rumah,jenguk bilik anak,nampak tuala tersidai...huwaaaa...Daku nangis...Dua hari Daku x masuk bilik anak,yg kemas bilik anak daku pun,Suami Daku yg kemas...
Alhamdulillah sekarang Daku dah okey.....Anak pun selalu call,wasap...sent pic..sampai penuh galeri...Sudah2 la Dik berselfie...
Ok antara antara aktiviti Daku bila free ialah Daku dan Kawan2 kumpulan KEMAS kampung tiap hari pagi petang kami berkebun di belakang Dewan Orang Ramai bertanam sayuran sikit,bertanam herba sikit,bertanam bunga sikit buat Landskap..Kebun Kami terpilih sebagai Wakil Daerah Kerian untuk pertandingan Hias Kebun Cantik untuk Negeri Perak...Doa2 kan yer Kampung kami jadi Johan...Daku x lah serajin kawan2 Daku yg pergi berpanas pagi petang...Daku pergi mengikut mood juga lah...Ada masa Kami berkelah di Kebun,masing2 sukahati nak bawa lauk apa pun..makan ramai2.......lepas penat mencangkul,menggaul tanah...Dah tengahari baru masing2 balik rumah.....Daku sebelum pergi kebun,mesti masak awal2...Sebab malaz nak masak bila dah penat.....
Cantik tak hiasan kebun kami?Tu jer yg mampu buat..tapi masih ada lagi ruang yang perlu di tambak dan diperbaiki......
Panjang lebar sekali tulis...Tak ada yg menarik pun...TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI..
Friday, 13 April 2018
MEMBAKING SAMBIL MASAK2
Asklmwkth.....
Tajuk ntah apa2.....macam tak percaya pulak Daku boleh buat entri untuk hari ni........Asal nya konon nak sambung entri tertunggak....Ingat nak buat la kesinambungan yg Daku janji kan dulu.....Bila fikir mesti nak loading pic amik masa lama.....Dengan Wifi yg lembab...Dah la pic2 berlambak...Tunda dulu
lar pasal entri tu.....
Pagi2 lagi Daku dah start keluarkan dan sediakan bahan nak membaking.........Kek2 ni Daku buat untuk nak dibawa ke BOTA.....Petang sabtu esok,lepas Solat Zohor...Daku,Suami dan Anak lelaki Daku akan bertolak...Suami kerja dulu...Tapi separuh hari jer......Anak Arwah Kakak Suami akan Melangsungkan perkahwinan pada hari Ahad....
Nasib baik skrg Daku cuti mengaji.....sepagi memang terperuk di dapur....Sambil bakar kek,sambil sidai kain,sambil sembang2 dgn bunga2 kat laman...Sambil cuci2 peralatan membaking sambil masak untuk lunch.....Sapa lagi nak tolong cuci,kalau bukan Daku sendiri...Anak Daku dah pergi kerja.....Buat pelan2.....
Alhamdulillah....Dah siap kek yg biasa2 jer...
Tu jer la buah tangan yang sempat Daku buat...Hajat hati nak buat Cream puff juga,macam dah tak larat.....Red Velvet simple jer......Aku terlupa nak suruh Suami beli bunga jambak yg dari sugar tu.....Alahai..tak lawo.Di sebabkan anak2 saudara memang suka topping cheese,jadi kita letak lebih sikit..takpe lah....janji ikhlas nak bagi.....
Nampak tu....tu bukan bunga raya tau...tu Kek Marble Moist....Tak rancang pun nak olah ala2 bunga raya.....hantam saja bila dah lorek..cantik pulak,Tu yang Daku snap pic........Kek Marble antara yg selalu Customer order..........Pic atas sebelum di bakar....
Yg puple tu baru kuar dari oven...si bunga raya pulak amik giliran untuk di bakar.....
Dah siap bakar si bunga merah...Ok...Dah siap.....Memandangkan hari ini hari Jumaat...Suami balik nak makan tengahari dan solat jumaat...Nak masak2 pulak.....
Ada ikan,ada sayur bendi...dah senang kerja Daku,masak jer 2 dalam 1...
Ikan nak landing jap tepi kek...
Maka terjadi la gulai ikan Nyok2 bendi + belimbing buluh....semata menu tu jar Daku masak,Nasib baik ada stok sambal belacan dalam fridge......Cukup ler menu tu untuk Daku Suami Isteri...Anak Daku memang makan kat tempat kerja.....Sementara Suami Daku ke masjid ni lar,Daku sambil buat entri ni.....ni pun entah kol berapa baru boleh publish...jap lagi nak keluar angkat kain kat ampaian...Hari macam dah mula nak mendung.....Kat Kmpg Daku skrg,asal petang jer hujan...malam hari pun kadang hujan jugak.....
Sebulan dua ni Daku dah semakin mengABAIKAN DIET ATKINS...Sebab banyak sangat terjebak dgn kenduri kendara...Tiap minggu ada saja Undangan kenduri...Dah nama pun kenduri...mesti ada makan2.....Kadang2 kumpulan Ngaji kami akan dijemput untuk majlis Yasinan atau kekadang di jemput untuk majlis Khatam Al Quran....abis camna.....??Nasib baik la naik setakat sekilo dua jer.......Kadang bila rakan2 cakap dah kurus sikit,Mula lah Lupa Daratan........Aiiiissshhh....Nak kena amik semangat semula ni...Paling best minggu lepas makan Donut kat Big Apple 2 ketoi sorang,dan Anak Daku pulak beli Macaroon di kedai Harrodbread.......hadui.....Payah juga kalau pencinta makanan...Apa pun Syukur Alhamdulillah atas segala yg ALLAH BERIKAN.....
TERIMA KASIH PADA ANDA YG.SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI.....
Thursday, 12 April 2018
DOA SELAMAT UNTUK ANAK -ANAK
Asklmwkth......
Lama dah tak buat entri....sebuk pun ia...malaz pun ia.....kadang taip sekejap...pastu mai mood...esok la..tulat la...pakat lebur camtu jer...
Tajuk kat atas arini punya cerita....fresh lagi tu....hari isnin anak sulung call,bagitau hari Khamis ada interview di Ampang...Minta RESTU DAN DOA...Daku kata kenapa lambat bagitau....katanya Dia pun baru dapat call dari ......Teringat la Daku pulak..Yg si Adik pun ada interview di U.........Nak masak2 bahan x berapa nak cukup...Sudahnya Daku order jer..Nasi lemak 35 bungkus dari akak yg berjualan Nasi lemak nun di hujung kampung Daku...Nasi lemak tu Daku bawa ke Surau Kampung sebelah...Surau tu juga Daku salah seorang jemaah...Di kendali kan USTAZAH SAADIAH...macam kenal jer kan nama tu......yer...Guru mengaji Daku di surau AN NUR juga bernama KAK LONG SAADIAH...Nama yg sama tapi orang yg berlainan...Surau kendalian Ustazah Saadiah tiap minggu pada hari Isnin dan Khamis.kelas fardu ain juga dikendalikan oleh Ustazah Saadiah..Manakala kelas mengaji kendalian Kak long Saadiah hanya setiap pagi jumaat..
Maksud nya hari ini Daku minta Ustazah bacakan Doa Selamat untuk kedua dua anak lelaki Daku...Sayu sangat waktu Ustazah baca dan di aminkan oleh rakan2 jemaah...sebab waktu jam itu lah Anak Daku bertarung dengan soalan dari juru Interview(haa..haa...betui ka Daku sebut...sorry)Minggu depan 23-04-2018.In Sha Allah ..Anak lelaki Daku yg tamat SPM tahun lepas akan menghadiri juga temuduga di ..... ...... kuala Lumpur.Persiapan kelengkapan pakaian pun dah siap di beli.ALHAMDULILLAH...result SPM semua LULUS.......MOHON DOA JUGA ANDA PEMBACA ENTRI INI...SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN ANAK2 DAKU...TERIMAKASIH...
Suami sempat belikan air kotak juga.....Pagi tadi Daku pergi Surau agak lewat dalam pukul 10.00 pagi...Daku minta anak Daku hantar kan makanan dan minuman kotak ni ke surau...Lagi pun Daku ABC...
Sebelum ke surau,sempat Daku masak nasi dan satu menu lunch...nanti bila balik tidak lah kelam kabut nak masak....
Nak interprem juga kat entri ni...menu tak payah tulis la...semua pandai masak...eewwah...ker Daku yg malaz nak taip...
Sup kepala ikan merah...simple jer menu...janji sedap...
TERIMA KASIH PADA ANDA YG. SUDI SINGGAH BLOG BIASA BIASA DAKU INI...
Monday, 12 February 2018
GULAI KARI TELUR ITIK
Menu lunch yg heaven,telur itik boleh direbus,di goreng,dimasak lemak kuning,dimasak lemak putih,dimasak gulai atau kari,atau lebih mudah,telur itik yg sudah di rebus,dituang Air Asam.Yg orang dok cecah dgn ikan bakar tu....orang kampung Daku jarang sebut kari...lebih banyak yg sebut gulai....baru sebut kat suami,dah lama tak makan telur itik...esoknya suami Daku dah beli telur itik..
Masa buat diet...dok teringat nak makan gulai teloq itik...empat biji jer masak...Anak Daku bukan pandai makan telur itik.Telur ayam dia makan lar...Lagipun Dia makan kat tempat kerja.
Beli lima biji,sebiji Daku tinggal untuk goreng...dolu2 kan...zaman Daku masih belum kahwin...Atok Nenek kalau buat kenduri arwah atau kenduri Haul...Selain gulai ayam kampung,masak berempah kacang biji,tumis hati pedal kacang panjang,Mesti ada juga terselit menu,Telur itik masak kicap...Sedap nya orang dulu2 masak..Mungkin sebab masak guna dapur kayu kot..Ingat lagi,Nasi kawah atau disebut kawah tuli,diguna untuk masak nasi putih.Bahagian bawah nasi mesti ada kerak nasi..bukan kerak hitam tau...kerak yg ala2 kuning sikit warna dia...Kerak yg masih panas tu,di tuang dgn kuah gulai ayam kampung yg juga masih panas...ooommakkaaaii..sedap oooiii...Iiissshh..Nostalgia nya...
Macam biasa la Daku kalau buat kari tanpa santan..Dah bertahun tahun kari ku buat tanpa santan...Orang kampung Daku sebut juga GULAI HINDU...(maaf ye..itu kenyataan)Tiada niat mengagungkan nama bangsa lain...
Sama saja dgn ANDA masak kari ini...cuma Daku tak letak santan...rasa puas makan...Selera tak sama kan...Tapi tak bermakna Daku menolak kari bersantan..Dulu2 memang letak santan...Agak nya faktor umur dah makin meningkat.Lebih suka kuah yg pekat melekat...
Gandingan sambal belacan dan ulam timun jepun dan petola rebus.Sambal belacan blend jer pun...malaz numbuk....
Lauk simple tapi hebat kat tekak Daku,cabai siam tu untuk ulam gigit2..(geng mak Dik Cella)..hee..hee..
Dapat sekotak dari Majikan Suami...Jumaat ni,Tahun Baru Cina...start hari khamis dan Jumaat,berkampung di rumah jiran merangkap sepupu Daku.Gotong royong memasak.Hari jumaat tu,sepupu ada kan kenduri Tahlil,sebelah pagi kumpulan geng mengaji kami akan ada Yasinan,Doa Tahlil dan Doa Selamat dan makan2,hanya untuk orang perempuan.manakala selepas Solat Jumaat,jemaah lelaki pulak ambil giliran,sekadar bacaan Doa Selamat dan makan2...Dalam pukul lima petang pulak.Sepupu Daku adakan majlis santai2 hanya untuk keluarga dan kejiranan,iaitu sambutan Anniversary perkahwinan mereka dan sambutan harijadi Aina....Siap ada kambing bakar.....
Kemudian esoknya (Sabtu dan Ahad)Kami berkampung pulak di dewan orang ramai.Ada gotong royong masak2...sempena PERHIMPUNAN ANAK2 KAMPUNG.Yg mana keluar merantau,menetap di tempat lain.Masing akan pulang ke kampung berkumpul...Yg ada kelapangan lar.....Macam2 acara sudah di susun atur......kira sat berapa hari Daku gantung piyuk.....1,2,3.Tiga hari x yah masak...Sabtu dan Ahad tu pun,ada jemputan WalimatulUrus...
Ppssstt...Dik Cella,balik kmpg tak??
Thursday, 1 February 2018
SUKA SUKI HUJUNG TAHUN 2017 (PART 1)
Asklmwkth....
Lama juga yer Daku senyap...Tak ke mana pun..Ada masa sebuk,ada masa tak sebuk..Malaz nak menaip...Biar Daku rangkum cerita bulan 11 dan 12 dalam satu entri...SYUKUR ALHAMDULILLAH.....2017...meninggalkan beberapa kenangan manis...Selain busy dgn aktiviti Kelas Bacaan Al Quran...Aktiviti kelas fardu ain diSurau2 berhampiran...
Aktiviti membaking ada la sikit2....kan...Waktu yg lain pulak siapkan tempahan Jamu...ALHAMDULILLAH YA ALLAH UNTUK SEGALANYA.....
Pic2 anak lelaki Daku masa di sekolah...saja nak tepek untuk kenangan...Dah tamat tingkatan 5...Tinggal tunggu result...Semoga beroleh KEJAAYAN...Aamin..Snap masa Daku ada Perjumpaan Guru2 dan Penjaga...Kelas pulak di tingkat 3...Aduh jenuh menapak tangga...
Pic kat bawah ni Daku amik FB anak Daku.Rasanya masa Sekolah ada kan Kem luar Sekolah...Abaikan gambar belang hitam..Daku screenshorts..
Sedih juga tau,bila Anak Daku dah tamat sekolah...Biasa nya...hujung minggu,mesti Daku gosok baju2 seragam sekolah Anak...yer la dari PRA SEKOLAH sampai habis menengah...Daku yg gosok...hu..hu...
ok lah...takmo sedih2 dah...Dah habis pun Bulan January.....
Masa sekolah rendah,Daku kenal kawan2 kelas Anak...Tapi bila dah naik menengah,Daku dah tak kenal..Dah besar2 kan...
Pic bawah ni bersama Cikgu Fauzi(berbaju putih).Cikgu ni rajin bawa Anak Daku dan beberapa kawan pergi kursus.Anak Daku pulak terpilih Jadi Ketua Facilitator.....Daku panggil Cikgu Korea...Ada la juga beberapa kali Cikgu Korea bawa keluar makan anak Daku dan empat lima orang rakan nya......
Hujung minggu Anak Daku ajak ke Pantai.Meraikan tanda dah habis alam persekolahan dan dah habis exam...Mak Ayah ikutkan jer...Kami lunch pun kat luar...
Nampak muka ada SINYUMM....
Kami bertiga ke pantai di Kula Kurau...pantai yg sangat cantik pemandangan...1 jam perjalanan dari rumah...Kuala Kurau bersempadan dgn. Tanjung Piandang(Kampung Suami Daku).kebanyakan penduduk nelayan dan pesawah...Walau pun pantai...Penduduk lebih menyebut BAN PECAH...Tak dpt di pasti kan kenapa di panggil BAN PECAH...
Cewah Dik...jadi model Ban Pecah sekejap ye...Banyak sebenarnya aksi kami...Tapi,tak perlu kot letak banyak...cukup lah sekadar aksi Anak Daku....
Batu penahan ombak...Baru siap dalam setahun dua ni lar Batu ni....sebelum ni banyak pokok2 yg biasa hidup di tepi pantai.Antara nya pokok Petai Belalang...semua dah di tebang buang..Jalan pun di Naik Taraf menjadi lebar dan di turap tar...Sebelum ini ala2 jalan kampung berpasir......Dulu jalan sempit.kalau selisih sesama kereta...kecut perut.Kiri laut,kanan parit sawah...Pernah juga la sekali dulu...kebetulan masa kami lalu.kereta pengunjung menjunam arah ke parit sawah...Nasib baik sipi2 parit je...
Kaki pancing ramai,sambil berkelah sambil memancing...kanak2 la paling suka mandi manda....Tapi tak ramai pun yg mandi...kebanyakan pengunjung hanya bersantai santai hirup udara segar dari laut...
Bot2 nelayan oleng oleng di pinggir pantai di sapa ombak...
sepanjang jalan ada gerai2 yg berjual minuman,makanan ringan serta makanan kacau goreng...aneka mee,nasi lemak,burger,ayam goreng,rojak,sengkuang calit,keropok lekor dan macam2 lagi dan ada juga peniaga yg berjual ala2 food truck..
Gambar dari pakcik goggle....Cantikkan...Air laut yg masin hanya di pisah kan dgn jalan Ban Air tawar sawah...Air laut yg membiru,dan Sawah bendang yg menguning dan menghijau....
Selepas puas ambil angin di pantai..pergi pulak ke Parit Buntar...Masuk la juga Pasaraya Besar MYDIN...Beli barang sikit...Singgah pulak Pasaraya Econsave...Daku dan Suami ke bahagian basah...manakala Anak Daku rupanya masuk pejabat isi borang..Kat luar ada tulis,PEKERJA DIPERLUKAN,Sesudah isi borang terus Interview.Dan diterima bekerja...Cepat nya...Waktu tu pukul 8.30 malam...hampir 1 jam juga lah Anak Daku dlm tu...
Daku larang juga Anak dari berkerja..Baru habis sekolah jer...relex je la kat rumah...Tapi Dia berkeras nak kerja sementara.konon nya nanti bosan di rumah...Abang Dia dulu,masa tengah tunggu result boleh pun tak kerja.
Sebelum keluar dari Econsave, pihak HR suruh pergi buka akaun MAYBANK.Dan kena pergi Pejabat KWSP...Sebab takmo buang masa.Hari isnin terpaksa la Suami ambil cuti Emergency Leave..Pepagi dah kami keluar untuk sarapan.Sebelum pintu Bank di buka..Kami dah siap tunggu di luar...Bila dah dapat masuk,ingat kan dah boleh buka akaun..Kad pengenalan Anak Daku pulak reject...Kena buat baru...Dan kena pergi ke Parit Buntar.Bergegas lah kesana pulak.Waktu ni di Pejabat pendaftaran.pelanggan tak ramai..Tanya pada Pegawai Bertugas...Boleh siap tak dlm masa satu hari...Jawapan nya Tak Boleh.satu minggu baru siap.Tapi kalau nak siap juga dalam satu hari,kena pergi WISMA PERSEKUTUAN TAIPING..
1 jam lebih juga lah dari Parit Buntar ke Taiping.Nasib baik pejabat nya di tingkat 1...semua kaunter di buka,orang pun ramai.Kad pengenalan hanya boleh di tuntut jam 2.15 petang...Apalagi cari kedai makan la pulak.Pergi tempat kegemaran kami kedai Wan Ikan Bakar....Punya la ramai orang.Nasib baik kedai makan luas,parking pun luas.Suami makan nasi berlauk kan ikan bakar air asam dan lemak cili padi...Anak Daku makan nasi berlauk kuah kari dan ayam goreng...Daku???Daku tak ambil nasi,cuma ambil salad,dan ayam bakar....Diet Atkins kan...Itu pun masa pagi diet Daku dah hancuss gara2 makan nasi lemak...Makan ayam bakar tu pun kenyang,sebab saiz ayam dia besar,boleh makan 2 orang...sedap ayam tu,juicy,lembut,kat luar garing...Di bakar dgn kayu arang..Ni Daku bukan promote tau...Saja la kongsi...kot2 sapa nak rurun Taiping..Kedai makan tepi jalan..Ada Signboard tulis WAN IKAN BAKAR...Ada jer lagi tempat2 favorite kat Taiping tu.Kami ni ghajin juga nak nak mencuba mana2 yg dorang kata Top.....Ada juga la yg tak kena selera kami...Kedai Western pun banyak,tapi tak semua memenuhi selera...kalau tak ok,Awal2 Daku pangkah...ha..ha...panjang nya melalut.Lepas ni bila tahun pulak ler nak tulis entri...
ok..Dah siap makan,Kami gerak pula ke Pasaraya Tesco..Sambil tunggu waktu Zohor..Sempat la cuci2 mata....Daku suka solat di Surau Tesco...Dah siap solat,Kami pergi semula ke Bangunan Wisma Persekutuan Taiping..5 minit je pun perjalnan dari Tesco ke Wisma Persekutuan...Anak Daku sendirian ambil Kad Pengenalan..Kami tunggu dalam kereta...
Kemudian kami gerak pula ke MayBank yg berhampiran di Kamunting...Malang nya kat situ pun tak boleh buka akaun...Sebab...pada hari tersebut hanya untuk urusan warga asing..Pelik la..Tak kan tak boleh buka satu kaunter untuk orang ramai berurusan...Patut la kat kaki lima luar Bank tu ramai warga asing Bangla,dok bersidai di laluan,ada yg duduk,yg baring tido pun ada.....iissshhh....
Terpaksa lah...pergi semula ke MayBank Bagan Serai...
Pukul 3.00 petang sampai...Terus ambil no giliran..Nasib orang tak berapa ramai..Diluar hujan turun dgn, lebat nya..
Nampak tu Suami dan Anak Daku tengah berurusan...Bagus la kakitangan Maybank ni,peramah,murah dengan senyuman...Waktu ni Daku dah mula mengantuk..
Sempat la snap pic jam kat dinding tu,Hampir 1 jam setengah juga la kat dalam MayBank ni..Kalau nak pergi ke Pejabat KWSP di Parit Buntar memang tak sempat...
Esok nya lagi sekali,Suami terpaksa ambil cuti HalfDay...pepagi sekali lagi,Diet Atkins Daku punah..Breakfast kat restoran kegemaran Suami pulak...Boleh pulak Daku makan mee goreng...Restoran ni buka jualan untuk sarapan.pukul 11 pagi dah tutup...Tapi dia punya menu macam2...ada..Lauk pauk panas2 baru masak pun ada jual...Sempat juga la Daku bungkus lauk untuk tengahari.Kena cepat nanti lauk pauk cepat habis...Bijak tak Daku...Sapa suruh ajak....Balik rumah cuma masak nasi jer...
Urusan Kat KWSP ni sekejap jer.....Kakitangan nya pun peramah
Hari rabu Anak Daku mula berkerja di pasaraya Econsave....
Semangat nak pergi kerja...Maklum lah..tak pernah kerja...Ikut kan Daku tak izinkan...Tapi bersungguh dia minta,konon nanti boring lah...Nasib baik dah diambilkan lesen motor maaa di tingkatan 4 lagi...Masa di tingkatan 3..Suami dah belikan motor Baru untuk kegunaan dia ke sekolah.Tapi Abang nya masa dah habis konvo,baru Suami belikan Motor Baru....
Pic bawah ni diambil masa awal December...mihun kuning lepas celur..
Kuah sup ayam...maksud nya kuah mihun sup...versi arwah Mak Daku..ayam di potong kecil2....
Padanan nya Tauge rangup...Daku tak celur
Daun sup dan bawang goreng
Sambal pedas kicap...
Apam viral...Daku tempah dari Adik sepupu yg memang ambil tempahan...
Daku hanya sempat buat kek si baldu merah ni jer....
Makan2 di buat untuk Anak saudara Suami yg singgah sekejap...Dorang datang kebetulan ada jemputan kenduri di kampung sebelah.Pada hari yg sama juga..Kami dapat jemputan Walimatulurus 3 tempat...Tapi kami cuma sempat pergi 2 tempat saja...
Itu saja untuk kali ini...Nanti akan ada kesinambungan part 2...INSYA ALLAH..TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI..
Subscribe to:
Posts (Atom)