Seorang surirumah yg dunia nya hanya dirumah..seorang isteri dan ibu kepada 2 anak lelaki..tak pandai pun memasak...biasa biasa je..suka membaca blog blog masakan...
Tuesday, 22 January 2019
MERTABAK PISANG EMAS
Assalammualaikum..wkth...
Jarang buat mertabak pisang ni,kecuali bila ada permintaan...Untuk kali ini,anak tekak Daku sebenarnya yang teringin..Apalagi bila melihat pisang emas pemberian Kakak Daku hasil tanaman abang ipar di kebun beliau...Teringat dulu2 Arwah mak selalu buat mertabak pisang,mertabak kucai dan roti canai....Masa tu Arwah mak akan suruh Daku yang menguli tepung.Arwah akan sediakan sukatan tepung,air dan minyak.Tugas Daku hanya menguli sehingga licin dan tepung tidak melekat dijari...kemudian seterusnya untuk dibahagikan kepada beberapa bahagian dan dijadikan bebola diambil alih tugas Arwah.Biasanya dibuat diwaktu malam.Seterusnya diawal pagi esoknya baru lah di tebar oleh Arwah Mak...
Doh mertabak atau murtabak ni Daku uli sesudah selesai Daku siapkan makan tengahari.Sementara tunggu Encik Suami balik rehat untuk lunch...Disebabkan tiada siapa yg tolong snap pic(masa ni tangan penuh tepung)Maka nya tiada lah pic uli tepung..
Mertabak ni Daku buat untuk minum petang..
RESEPI **
MERTABAK PISANG
(Bahan kulit) Dapat 9 Keping
3 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Air (Di campur 1 Sudu Teh Garam)
1 Sudu Besar Susu Pekat
1/2 Cawan Minyak Masak (Untuk Rendam Doh)
Daun pisang sedikit
CARA DAKU;
1 ) Masuk kan tepung kedalam mangkuk besar.Campurkan susu pekat.Masukkan air sedikit demi sedikit.Uli dengan tangan.
2) Uli adunan sehingga lembut dan tepung tidak melekat di tangan.Kemudian bahagikan adunan dan dibulatkan sehingga licin.biat sehingga habis semua doh.
3) Susun semua doh dalam loyang yang sudah di masukkan minyak.Tutup dan biar doh 2 hingga 3 jam(semalaman pun boleh).
Sediakan INTI PISANG**
7 Biji pisang emas (Hiris Nipis)
2 Sudu Besar Gula Pasir
1 Helai Daun Pandan(Simpulkan)
Secubit Garam
CARA DAKU**
1) Masukkan pisang hiris,gula,garam dan pandan.dalam periuk.Masak sebentar sambil dikacau menggunakan api kecil.Akan timbul buih2 kecil kesan air gula.Tutup api dan biarkan sejuk.
Sediakan dulang atau talam besar untuk memudahkan kerja menebar atau menghampar doh...Daku tak pandai pun nak kirai roti canai.Oh ya adunan doh yang sama boleh juga dijadikan roti canai...
Sebelum itu sediakan daun pisang mengikut saiz yang dikehendaki(Daun pisang penting untuk memudah kan mengangakat doh yang sudah di letak inti untuk diangkat kedalam kuali...
Leper leper kan doh perlahan lahan diatas daun pisang,jadikan seperti bulatan,tolak tolak dan tarik tarik menjadi nipis dan bulatan semakin membesar dan meluas.Masukkan inti pisang seperti gambar diatas.
Selepas meletak inti pisang,lipat doh dan kemaskan supaya inti pisang tidak terkeluar
Panaskan pan,renjis sedikit minyak.Masak di kedua dua bahagian hingga masak dan sedikit garing.
Inti diatas hanya cukup untuk 5 keping murtabak.Sebenarnya Daku target 6 keping...Sudahnya kepingan ke6 Daku hiris saja pisang tanpa gula...Nasib baik pisang emas tu memang dah manis.....Boleh ajer buat inti mertabak cara begini....Tapi Daku dah memang diajar oleh arwah Mak dan kami kebanyakan masyarakat BANJAR memang kalau inti mertabak pisangnya mesti dimasak atas api bersama gula...
Balance doh tepung tu Daku simpan dalam fridge sebab Daku bercadang nak jadikan canai....
Kalau tanya Daku mana murtabak yg Daku suka...Sudah pasti inti yang dimasak dengan gula lagi sedap.Sama juga lah kalau Daku buat Murtabak Nangka.Intinya mesti Daku masak dgn sedikit gula...
Sambil masak sambil potong sambil makan panas2....Sedapnya....
TERIMA KASIH pada ANDA yang sudi singgah blog biasa2 Daku ini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wahhh....hebatnya aunty ogy ....boleh buat murtabak....fav kakak kiter ni...
ReplyDeleteyummy
Biasa jer Dik Cella..Aunty buat cara Aunty..tak pandai kirai pun..
ReplyDeleteOoowhh kakak suka murtabak...
numpang share ya min ^^
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat ayo segera bergabung dengan kami di f4n5p0k3r
Promo Fans**poker saat ini :
- Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
- Bonus Cashback 0.5% dibagikan Setiap Senin
- Bonus Referal 20% Seumur Hidup dibagikan Setiap Kamis
Ayo di tunggu apa lagi Segera bergabung ya, di tunggu lo ^.^
DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
ReplyDeletedicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*