Seorang surirumah yg dunia nya hanya dirumah..seorang isteri dan ibu kepada 2 anak lelaki..tak pandai pun memasak...biasa biasa je..suka membaca blog blog masakan...
Saturday, 21 September 2019
KERABU TAUGEH ORANG DEMAM
Assalammualaikum.wkth..
Mula demam dari hari khamis dah..Sana sini orang dok heboh jerebu..Daku okey jer..kengkononnya,Kita duduk dalam rumah,mesti terhindar dari jerebu.....Pada pagi hari rabu tu,Daku menyapu daun2 kering di halaman rumah,Sambil siram2 pokok bunga tu.Masa tu memang jerebu kat luar.Dah terkumpul daun daun kering tu,boleh pulak masuk rumah amik pemetik api dan apa lagi membakar lagi.Bukan tak tahu larangan membakar di musim jerebu..Seronok api marak makan daun daun kering.Itulah harga yg perlu Daku terima,esoknya khamis dah mula sakit tekak,badan dah mula seram sejuk...
Sesuai sangat la perkataan yg selalu orang sebut.YG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH,YANG KURANG BAIK DATANG NYA DARI DAKU SENDIRI..
Takmo cakap banyak dah..Ubat semua dah makan,minum air masak pun dah bergelen.
Last menu hari jumaat.Teringin nak makan kerabu.Taugeh segar ada la dalam semangkuk camtu,Dalam tak larat tu,petik la ulam raja sikit daun selom sikit.Kerabu cara Daku,
Hiris ulam raja dan daun selom.Rencahnya tumbuk 2 biji cili merah hidup,9 biji cili padi,2 biji bawang merah,belacan sikit,paling utama udang kering(agak2 jer).Tumbuk tak payah sampai lumat.Panaskan api letak sedikit minyak,tumis bahan tumbuk sampai wangi,letak kunyit serbuk sikit.Kemudian masukkan segenggam kelapa segar.Masukkan garam sikit dan serbuk perasa.Masak sampai wangi,dan tutup api.Biar rencah dalam kuali dan biar sejuk sebentar.Masukkan taugeh yang sudah di bersihkan,masukkan juga daun selom dan ulam raja.Jangan lupa bawang besar hiris.Perahkan juga 3 biji jus limau kasturi.Gaul sebati.Angkat dan masukkan dalam pinggan.
Nikmat sungguh meratah kerabu ni masa lunch.Rangup,pedas dan masam.Makan nasi sikit jer..Mulut rasa pahit,payau.Petang tu Suami kait buah mempelam,dia kupas,dia hiris,ada pulak kuah pencicah.Boleh habis dua biji Daku makan sorang.Jangan tanya pic.Memang takde.Lepas tu takmo makan apa dah.Hari Daku buat kerabu tu juga Daku masak gulai pekat sotong dan ikan goreng.
Jadi ler menu orang demam...
Selalu kalau demam,Daku hanya suka makan roti,sama ada bun atau roti slice.Untuk breakfast pagi tadi cuma makan oat coklat,untuk lunch pulak roti.Malam ni pun sama makan roti.Hari ni tak masak apa pun,Suami tak kasi.Dia suruh Daku rehat.Suami makan kat luar.Dia tanya nak makan apa2 tak?Siap disenaraikan nama2 makanan.Takmo lah..Tak selera....Kesian Daku kan...Kepala ting tong dah ni kesan makan ubat...
DOA kan Daku sehat yer...
TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YG BIASA2 INI...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Moga aunty ogy diberi kesembuhan olah Allah...
ReplyDeleteNenek koter pun tengah demam teruks.
Malam tadi kakak balik kg untuk jaga nenek..
Betul le jerebu ni bahaya kerana banyak bahan kimia dalam asap tu yang kota x nampak
Alhamdulillah..Aunty dah okey sikit dah..cuma masih x selera mkn nasi..Mulut masih pahit..
ReplyDeleteTerima kasih Doa kan Aunty..
Semoga Nenek juga segera sembuh demam..
Bagusnya kakak cepat2 balik kampung nak jaga Nenek..
dalam pada tak sihat tu dapat 3 menu tu kira terbaik dah tu. Kalau saya memang gi beli lauk kat kedai jelah
ReplyDeleteHe..he..menu rengkas jer..
ReplyDeleteTerimakasih Sheila sudi komen..
ReplyDeleteKelinci99.org Situs Agen Judi Togel Online dan Live Game Terpercaya
- Bonus Deposit 5rb Setiap Hari
- Minimal Deposit Rp 20.000
- Diskon Togel Terbesar Sampai 66%
- Bonus Cashback 5% (Khusus Live Game)
- Bonus Referral 1% ( Tanpa Batas )
- Berapapun Kemenangan Anda Pasti Kami Bayarkan 100%
- Anda Akan diLayani Selama 24 Jam Non Stop
Kenyamanan dan Kepuasan Anda Menjadi Prioritas Utama Kami, Semoga Beruntung Bermain Bersama Kami di Kelinci99.org