Tak lama lagi nak puasa dah kan...Kalau panjang umur jumaat depan dah mula puasa..Walaupun masih mood PKP...Kehidupan harus diteruskan...
kuih talam nyonya ni bukan di kukus ya...Ia nya dikacau tanpa henti diatas api yang kecil...
Guna sukatan cawan kopi tu..lebih mudah.Abai kan periuk naik atas meja tu ya....
Dah angkat dari atas api,masih panas2,terus masukkan dalam bekas,sediakan beberapa bekas kecil.Daku guna tipuware jerππ..Senang nak susun dalam fridge..
Nanti kat bawah Daku letak resepi ya...
Buat lebih,hantar pada jiran kiri dan kanan...
Resepi ini Daku minta daripada Adik Daku...Dia dah selalu buat kuih ni....Thanks Serina...
Sediakan 2 periuk ya..ok kita tengok resepi nya...
RESEPI **
KUIH TALAM NYONYA
Bahan A (Warna hijau)
1 cawan tepung kacang hijau
1 cawan gula pasir
4 cawan air
2 cawan air perahan daun pandan
Sedikit pewarna hijau
*Campur semua bahan A,kacau dan tapis dan masukkan dalam periuk*
Bahan B (Warna Putih)
1 cawan tepung kacang hijau
1 cawan gula pasir
3 cawan santan
3 cawan air
Secubit garam
*Campur semua bahan B,kacau dan tapis dan masukkan dalam periuk..Ingat ya periuk yang berasingan...
Cara seterusnya letak kedua dua periuk diatas dapur,Buka api perlahan...Kacau serentak dan guna senduk yang berlainan untuk mengacau.Kacau sehingga pekat sedikit.jangan terlalu lama,nanti terlalu pekat pulak,Maksudnya..jika diangkat senduk cairan bertali.Tutup api.Sebelum melapis kedalam bekas,kacau manja2 lagi supaya ianya halus dan tidak bergentel...Sendukkan selapis putih,selapis hijau sehingga habis.Biar sejuk dahulu.Sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.Bekas tidak perlu disapu minyak.
Mudahkan..bahan pun tak banyak...
Tak rugi buat...
Sedap sangat lemak2 manis,tapi bukan la terlampau manis...manis yang sedang2 jer..Potong kecil2...sejuk2 sedap keluar dari peti sejuk...
TERIMAKSIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YG BIASA2 INI
#Kitajagakita#
#Kitamasakkitamakan#
Macam sedap la kuih hijau tu..
ReplyDeleteBesntnya duduk kat kampung boleh keluar rumah amik angin.. Kiter amik angin kat tingkap jer.. Huhuhu..
Semoga aunty ogy sihat & kita dapat puasa & raya tanpa covid 19..nak balik kampungggggg
Rumah tinggi amik angin melalui tingkap lagi best...Nampak semua pandangan,bangunan nampak,helikopter nampak...siap bole lambai2 lagikk...Aamiin..Terimakasih DOA kan Aunty...Semoga Dik cella dan keluarga j6ga dijauhkan dari wabak yg menakutkan ini...
ReplyDeleteIONQQ**COM
ReplyDeleteagen terbesar dan terpercaya di indonesia
segera daftar dan bergabung bersama kami.
Whatshapp : +85515373217 :-* (f)