Assalammualaikum wkth...
Salah satu manisan orang Banjar...
Sampai sekarang kalau ada kenduri kendara samaada kenduri Doa selamat,kenduri aqiqah,kenduri walimatulurus atau pun kenduri rakyat iaitu apabila ada sesuatu acara membabitkan orang ramai,mesti ada masak wadai kiping....Tempat lain mungkin dipanggil nama lain.....
Daku buat wadai kiping ni masa minggu kedua perintah kawalan keselamatan PKP...Kiranya menu tertunggak...
Wadai kiping atau pun disebut GAYAM...
Ni kira nak habiskan stok tepung pulut.
Daku buat agak2 jer ni,Tak buat sukatan pun.Tepung pulut lebih kurang 800 gram dicampur dengan 4 sudu tepung gandum.Air pandan agak2 jer,Sebelum itu masukkan secubit garam dan sedikit air kapur.Kacau sampai larut.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit kedalam tepung tersebut.Jadikan doh yang tidak melekat di jari.
kemudian ambil doh,gentel menjadi bulat,kemudian di penyet sedikit.Kiranya berlekuk ditengah,seperti gambar diatas.Susun atas talam besar.Sebelum tu taburkan sedikit tepung merata diatas talam,supaya tidak melekat.
Yang ini Daku yang buat,Nampak tak ada penyet kan?😂
Talam yang kedua..
Yang bulat tu pulak,Kakak Daku yang buat,Kebetulan Kakak mai bertandang rumah Daku,jadinya Daku suruh dia habiskan buat wadai kiping tu...Sengaja Kakak buat bulat..Dia cakap sama jer masuk periuk,penyet atau bulat...haaduii..Macam2 Kakak Daku ni....
Daku guna gula kegemaran Daku iaitu gula merah atau pun orang Banjar sebut GULA HABANG.Merah tu habang,habang tu merah..Gula pasir kena masukkan juga tau.
Masak santan cair,masukkan daun pandan(simpul),gula pasir dan gula merah.Biar mendidih,Kacau tau..Dah mendidih santan.Masukkan Wadai kiping yang sudah dibentuk tadi.
Kacau supaya wadai kiping tidak bergumpal,tunggu sehingga wadai kiping timbul menandakan sudah masak.Jangan lupa masukkan santan pekat.Daku juga masukkan beberapa ulas Durian(stok frozen).Dan masuk garam sedikit..Tutup api.
Alhamdulillah dapat lah,jiran2 Daku merasa.Kakak Daku jadi mangsa,Daku suruh kakak tolong hantar pada jiran2..Lagipun kakak Daku dengan rela hati nak tolong.
Syukur alhamdulillah untuk segalanya..Diwaktu waktu PKP begini,Mungkin ada insan2 yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang..Usah membazir makanan,Usah membazir air.Pesanan untuk diri Daku sendiri.Rezeki yang sedikit bila dikongsi bersama disitu ada KEBERKATAN..
TERIMAKASIH PADA ANDA YANG SUDI SINGGAH DI BLOG DAKU YANG BIASA2 INI..
#kitakasihAllahkasih
#kitajagakeluargakita
Wahh menariknya. Ada durian pula😍 Anyway,selamat berpuasa aunty Ogy and family😊❤️
ReplyDeleteBiasa jer Dik Cella,durian diluar musim,yg ada cuma durian frozen.Selamat berpuasa juga pada Dik Cella😙.Jangan lupa pesan Nenek,buat air tembikai...
ReplyDeleteDepo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
ReplyDeletemampir di website ternama I O N Q Q.ME
paling diminati di Indonesia, ::))
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
~bandar poker
~bandar-Q
~domino99
~poker
~bandar66
~sakong
~aduQ
~capsa susun
~perang baccarat (new game)
segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile :d
Whatshapp : +85515373217 :* (f)