Sunday, 29 January 2017

Resepi sambal cabai melaka ikan puyu dan anak sepat

Asslmklmwkth...

Salam hari minggu...cuti tahun baru cina dan cuti hari minggu...alhamdulillah,cuaca bagus ditmpt daku.sabtu dan ahad berturut ada walimatulurus..sana sini dah musim kenduri kendara.aku nak cite apa nihhh...
Ok,pagi tu aku agak sebuk....ada tempahan kek..
Resepi sambal cabai melaka ni aku msk ptg dlm kol 6.00ptg..tengahari kan aku pergi kenduri kahwin dikmpg aku..jadi gantung periuk la untuk dua hari.opkos untuk lunch kena la masak..
Masak rengkas je pun ada lebihan nasi sejuk yg masih elok,sayang kalau tak di makan..jgn membazir pesan arwah mak aku..geledah peti frozen setelah difikir berkali kali samaada nak masak daging ke,ayam ke,sotong ke,telur ke atau sardin ke?no..no..no sardin baru je masak aritu.pilih punya pilih,amik je lah paket ikan darat iaitu ikan puyu dan anak sepat.pppppssst ikan2 tu ikan dari bendang(sawah)daku beli banyak dari sepupu aku.tahun lepas punya stok..ikan dah siap aku bersihkan,kemudian di simpan dlm plastik bungkus lauk dan di buat beberapa bungkusan kecil anggaran masak secukupnya...bukan senang nak dpt ikan sawah yg fresh.masa aku bersiang ikan2 ni masih lompat2..ada sekali tu disertakan sekali seekor belut...eeeee gelinya aku..aku ketuk2 kepala dia pun.ekor dia masih gerak2.mula la imagine aku membayangkan u...r.....x sanggup aku nak pegang,siap pakai sarung tangan.aku ni walaupun orang kampung(duk pun dikmpg)tapi aku memang penggeli..pacat yg kecik tu pun aku boleh terlompat lompat..panjang nya aku tulis.sorry ye gelap gambar aku tu..maklum la nak masuk maghrib dah masa tu...
Berbalik kepada resepi tadi simple je pun..x banyak bahan..tumbuk tumbuk tumis..


Resepi**

Sambal cabai melaka ikan puyu,anak sepat


Ikan  dan anak sepat secukupnya

Bahan tumbuk kasar#

7 biji cili padi #
3 biji bawang kecil #
1 ulas bawang putih #
Sedikit belacan  #
Minyak
1/2 biji bawang besar(hiris kasar)
sekeping asam gelugor
Garam,serbuk perasa
Gula 1/2 sudu kecil.
2 helai daun limau purut(aku lupa petik)
1/3 cawan air

Cara daku**

Bersihkan ikan,tos,lumur garam dan serbuk kunyit.
Panaskan kuali,goreng ikan separuh masak,angkat.
Tinggal kan sedikit minyak gorengan ikan.
Tumis bawang besar yg dihiris kasar bersama daun limau purut yg di koyak.tumis sampai wangi..masuk bahan tumbuk.kalau rasa kering masukkan air sikit..(nanti bersin x hinggat)sambil dikacau dgn api sederhana.dah terbit minyak
Masukan ikan,asam keping,garam,serbuk perasa dan gula.waktu ini aku kecilkan api sehabis kecil dan aku tutup  sebentar dgn penutup.supaya mesra elok rasanya.wap akan terkumpul,sambil dikacau.dah melekat sambal dan ikan.tutup api dan angkat ye kawan2....siap..

Sambal cabai melaka ni aku lawankan dgn ayam goreng dan kentang goreng.anak aku la ni...dia bukan makan ikan darat pun...
Nasi goreng campak2 je.tumbuk cilipadi,bawang,belacan,ikan bilis.tumis bahan tumbuk sampai wangi,aku juga masukan 2 batang sosej yg dipotong bulat,letak garam dan serbuk perasa,pecahkan telur(ingat cuci bersih telur dan pecahkan dlm mangkuk dulu).bila telur masak berketul kacau.masukkan nasi yg dah dilerai.kacau goreng


Siap la menu lunch rengkas untuk keluarga kecilku..cukup lah untuk alas perut kami.


4 comments:

  1. Waaaa....kiter pun suka ikan puyu..ikan keli haruan...
    Sekarang pun kiter kat kampung ni..baru jer tengok ikan puyu nenek pancing kat sungai....bestttt..

    ReplyDelete
  2. Oowh...dik cella blk kmpg ye..singgah la rumah aunty...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time balik kampung naik bas..takuttt giler.....selalu mak drive..hari ni dah nak balik KL...nanti kiter ajak driver bas tu singgah umah aunty makan nasi lauk sambal puyu....hahaha

      Delete
  3. He..he..lawak la dik cella ni..x pe lenkali ajak je driver bas tu singgah umah aunty...

    ReplyDelete