Entri ni tertunggak.dok perap dlm draf.kali ni tukar cerita lain dari masakan..masak je hari2...tapi yg sama juga la..daku bukan pandai sangat pun masak hebat2 macam blogger masakan yg sangat aku kagumi.......
semenjak ada keretapi laju ni.aku dah beberapa kali menggunakan perkhidmatan ETS ni...sebelum tu aku nak bagitau,tiket kena booking awal2.sebelum atau paling lambat 2 minggu...terutama time perayaan atau cuti sekolah.
Pertama kali dulu naik tahun lepas bulan april.masa tu ada kenduri di negeri sembilan.kalau naik keretaapi ni paling daku suka bila sampai kolam bukit merah.ETS ni akan melalui kolam bukit merah yg luas.best tau kiri dan kanan air.
Ni la gambar kolam bukit merah tu.kalau dari rumah aku ke kolam bukit merah ni lebih kurang dua puluh minit je..
Napa gambar pertama ni saiz kecik lak...belasah je,daku bukan pandai nak adjust bagai....agaknya daku sebab screenshots dari berita metro online...tq ye metro..gambar yg lain tu semua daku snap sendirik...gambar no2 dan no3 tu daku snap dari dlm ETS.
Aku pergi dgn adikku anaknya 2 orang adam dan mujahid,dan sepupu daku.kami naik di stesen keretapi parit buntar.tambang dewasa x silap daku dewasa rm74.kanak2 pula separuh harga.bertolak dari stesen parit buntar lebih kurang jam 9.30 pagi.4 ke 5 hari sebelum tu ada gerabak tergelincir menghala ke kuala lumpur.area mana daku dah lupa(batang kali kot).agak menakutkan dari gambar2 yg kawan2 wasap tue...disebab kan sudah beli tiket.bertabah hati juga la pergi..suasana dlm keretapi agak senyap.tapi penuh juga dgn penumpang.memasing duduk tmpt sendiri.ada cafe yg jual minuman panas.dan makanan ringan.tapi kami x beli pun.sebab dah bawa bekalan.aku x bawa apa pun..aku cuma bawa beberapa biji buah limau kasturi,yg sempat aku petik di pokok tepi rumah.untuk apa aku bawa limau kasturi yg hijau masam rasanya..aku bukan nak makan pun.bab ni yg malu nak cerita...sebenarnya daku cuma nak cium aroma kulit limau tu je...sebab aku ni suka muntah bila perjalanan jauh.naik kereta ka,keretapi ka,bas lagi la.heeeeehee..tension tau..mula2 naik dia ok je tekak ni.bila dah lebih 2 jam..mula la perut serba tak kena(bukan sakit perut)tekak pun mula mengembang.sembang pun takmo dah.pakai angguk2 geleng2 je.makan minum pun takmau.adik aku pelawa makan pun,aku takmau.kakak sepupu bawa nasi lebih.dia bawa sambal udang galah pun aku tak hairan.adik aku pun bawa makanan dan lauk pun aku takmau..kesudahannya.aku makan seketul kuih yg sempat darling ku belikan di gerai ditebuk pancur tu je..anak adik aku si mujahid yg umur 3 tahun tu asyik menyanyi dlm sepanjang perjalan...penat pokpek menegur apa yg dia nampak.bertanya itu ini...sepatutnya sampai awal.tapi sebab landasan belum pulih sepenuhnya.lewat hampir 1 jam dari yg ditetapkan.sampai stesen tampin terus lari ke toilet.
Itu pengalaman yg pertama naik ETS...pengalaman kedua iaitu bulan november tahun yg sama.pun pergi ke negeri sembilan.kali ni pergi dgn my darling dan 2 orang anak lelaki aku..konvo anak sulung aku di MPOB Pahang..lenkali la aku tulis entry pasal tu.(itu pun kalau rajin....)
Awal pagi selesai solat subuh.kami berkereta ke parit buntar.sebelum tu singgah breakfast di bagan serai berhadapan balai bomba.berhampiran pejabat pos..anak2 aku makan nasi lemak,semestinya sambal ayam kegemaran anak2ku.suami ku pun makan nasi putih berlauk kari ikan sepotong.canai pun anak aku order.......aku???
Lebih kepada memikirkan situasi berada dlm keretapi.aku cuma makan kuih seketul dua..pastu sempat juga tapau kuih untuk alas perut atas keretapi.kereta kami tinggalkan di parking lot KTM.sebelum tu aku sempat makan ubat tahan muntah yg dibeli suami aku sebelum ini ada la kawan daku bagi petua nak elakkan pening ke loya ke cium la buah limau kasturi.sebelum ini masa pergi cameron masa family day,aku dah cuba....berkesan la sikit. pun sempat suami aku petik sesudah subuh.dengan bangga nya aku sepanjang perjalanan tidak ada langsung rasa loya2...limau kasturi pun aku x sempat cium2.
Sampai sudah limau kasturi(3~4)biji layu kusam dlm handbag sebab lupa keluarkan...perjalanan waktu pagi dlm ets sejuk sangat.dah nama pun aircond.agak bising dgn sembang pokpek2 penumpang bangku depan aku.nak tido pun ganggu.geram aku...kali ke2 ni naik ETS,seminggu sebelum tu ada gerabak keretapi simen pulak tergelincir dekat batu gajah..
Menduga lagi ketakutan aku..disebabkan dah beli tiket.bertabah dan bertawakal juga la...sepanjang perjalanan berdoa semoga selamat dan dipermudahkan perjalanan.sempat juga aku snap gambar gerabak yg tergelincir yg tunggang langgang gerabaknya.
Aku rasa aku sorang je kot yg teringin beriya iya amik gambar tu...sebab daku tengok penumpang lain mcm buat tak tahu je...x pa la.aku kan...suka simpan untuk kenangan...lagi satu orang lain mungkin tengok melalui tv atau kiriman gambar.daku rasa sangat bertuah dapat tengok depan mata.....
Agak perlahan bila melalui landasan tu...sebab masih ada kerja baik pulih..tersengih sengih pekerja2 landasan tu..rata2 muka warga asing.agaknya kalau tiada warga asing..mau ke orang2 malaysia kita berkerja berpanas mcm tu..koc yg aku dan keluarga aku duduk tu ditempat kan juga mini cafe.jadinya cuci mata la nengok berganti ganti orang beli makanan dan minuman.ada juga budak2 sekolah yg beruniform t shirt sekolah..mungkin rombongan sekolah.sampai stesen tampin tepat masanya.itu la pengalaman aku sendiri lalui.aku letak entri saje je kenang kenangan.dalam setiap koc ETS ni ada tv...toilet,kafe,surau pun ada...ada cleaner yg akan kutip sampah,pastu lorong pejalan kaki tu dorang mop letak pewangi fresh.tiapkali sampai satu satu stesen ada pengumuman untuk persediaan turun.satu lagi daku nak bagjtau,pintu akan terbuka terus je turun jgn lambat2.atau terhegeh hegeh baru nak angkat beg..sebab pintu tu terbuka sekejap sangat.1-2 minit je.pastu zapp tertutup.ada satu kali tu sorang kakak ni bukan penumpang turut sama naik ETS,konon nak salam dgn sedara dia...tup...tup..tak sempat turun,terpaksa ikut dan turun stesen lain bila ETS berhenti....salah kakak tu juga..sapa suruh naik.lain lah keretapi dolu2...boleh berlama lama berhenti..siap ada penjual naik menjual makanan dan minuman..kesimpulannya..aku memang suka naik ETS.x de jammed.bertolak ikut masa yg ditetepkan,kalau nak lewat pun ada lah dalam 5 -10 minit lewat...
Apalagi ni nak tulis...itu je kot...
agaknya bila lagi aku dpt naik ets...kalau naik ets takde jammed..ada orang tu terkandas 10 jam dalam bas atas highway.dah la pertamakali naik bas...sian dia...
Baca blognamakucella
http://namakucell.blogspot.my/2017/02/perjalanan-yang-panjang.html
No comments:
Post a Comment