Sunday, 19 February 2017

MEE GORENG PEDAS

Asklmwkth.....






Menu mee goreng daku masak hari jumaat minggu lepas...tiap2 minggu pagi jumaat dari jam 9 hingga ke jam 12 tengahari,ada kelas belajar mengaji di SURAU AN NUR di kampung daku.golongan ibu2 dan wargamas yg mengikuti pembelajaran di kendalikan guru mengaji yg mesra di panggil KAKLONG SAADIAH.Jemaah wanita yg mengikuti kelas pengajian ini paling ramai 25 orang,ada juga kelas fardu ain pembelajaran  berkaitan SOLAT...sebulan sekali di surau agak jauh sikit dari rumah daku di kendalikan seorang USTAZAH.
Daku amat2 BERSYUKUR menjadi salah seorang jemaah di surau itu.SURAU AN NUR ni berhampiran dgn masjid.Di waktu petang diadakan sessi SEKOLAH KAFA.
ALHAMDULILLAH ......bagi diri ku..ada peningkatan bacaan....dan masih banyak yg perlu di PELAJARI.berbanyak TERIMAKASIH kepada KAKLONG SAADIAH dan USTAZAH SARAH yg membuka jalan kebaikan dan masa yg bermanafaat bekalan untuk AKHIRAT.SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAH URUSAN KAMI..AMINN.....
Berbalik kepada mee goreng pedas.daku guna jenama ni



Suami daku beli di market BAGAN SERAI.tujuh paket yg berat 450gm.Di kesempatan tu daku minta KAKLONG SAADIAH tolong bacakan DOA KESYUKURAN anak sulung daku dah dapat KERJA..
Pagi jumaat tu daku tak mengaji pun.sebab daku ABC....dlm kol 11 pagi daku hangkut mee goreng tu ke surau...banyak kuih muih pelbagai jenis yg jemaah lain bawa.....
Seronok makan ramai2 lepas abis mengaji.....

Jom intai resepi biasa2 daku...



MEE GORENG PEDAS

BAHAN NYA**

Mee kuning 7 bungkus
Sawi 4 pokok
Fishcake (secukupnya)
ayam 1/2 ekor
Udang secukupnya
30 tangkai cili kering
10 biji cili padi
3 biji bawang besar
5 biji bawang kecil
sos cili  3 cawan
1 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap manis
gula 1/2 cawan
garam secukupnya
Serbuk perasa (optional) daku letak
Minyak 2 cawan


CARA DAKU**


Potong ayam kecil kecil,bersih dan toskan.bersihkan udang(buang kulit dan kepala)rebus kulit dan kepala udang dgn 1 cawan air,ketepikan.
Basuh mee kuning dan tos.
Blend cili kering bersama bawang besar,bawang kecil dan cili padi.mesin halus lumat stok kepala dan kulit udang,ketepikan...
Cuci bersih sayur sawi,tos dan potong.ketepikan
Panaskan minyak dlm kuali besar.tumis sambal blend sampai wangi dan medidih letup2...masukkan potongan kecil ayam.sederhanakan api.masukkan stok udang.kacau.biar masak dan mendidih.masukkan sos cili,sos tiram,kicap manis,udang dan potongan fishcake.masukkan garam,gula,serbuk perasa.kacau.masukkan batang sawi.kemudian masukkan mee dan daun sawi.kacau mesra sebatikan..tutup api.angkat..


Maaf ye daku guna kuantiti yg banyak untuk buat mee goreng sempoi ni..ANDA pepandai lah adjust ye..mee goreng mesti ada rasa pedas dan manis...boleh ditabur bawang goreng dan daun bawang...(daku x letak)
SELAMAT MENCUBA.......


2 comments:

  1. Amiiinnn..
    Semoga kita semua dirahmati..
    Aunty..
    Nnt snap la pic kuih- muih kat surau tu...
    Mana tau ada kuih yang kiter x tau..macam kuih balung ayam hari tu..
    Dah boleh buat entri..
    Just suggestion..
    hihihi

    ReplyDelete
  2. Insyaallah....tapi rasa nya biasa biasa je kuih2 yg di bawa...he...he..

    ReplyDelete