Saturday, 4 February 2017

JOM DETOKS LEMON

Asklmwkth..



Daku guna sebiji lemon,bersihkan lemon.daku siram dgn air panas.potong,masuk dlm jug.tuang air panas.biarkan 4~ 5 jam.baru minum....sedap tau..pahitttt...kulit dan biji lemon lebih mempengaruhi dari kemasaman isi lemon...ha..ha..pahit itukan ubat...

Walaupun cuti Tahun Baru Cina dah seminggu berlalu..tapi still masih ada orang buat kenduri kendara...kadang2 kan kalau kat kmpg la ada juga bertembung kenduri hari yg sama...nak buat macam mana kan....masing2 nak cuti yg panjang baru buat kenduri..contoh minggu lepas hari sabtu dan ahad ada kenduri...hari ni sabtu dan esok ahad takde dah kenduri..
Tapi esok ahad daku ada satu jemputan kenduri,jauh la dari kampung aku...kenduri walimatulurus tu di dewan berhampiran sek.men.mudzaffar shah(SMMS)sekolah menengah aku dulu..bila ada kenduri kita akan disajikan nasi minyak la,nasi beriani la pastu beraneka lauk pauk..sedap2 belaka...masakan ayam masak merah kalau x berlinang sambal dgn minyak dan santan pekat,tak sah,tapi sesetengah tempat mereka guna susu cair, memang x cantik la kan.begitu juga kalau daging masak hitam,mesti berpalut minyak.....sendirik mau ingat la,dah kau bedal semua tu ditambah pulak serba serbi pemanis mulut,seperti cendol,teh tarik,bubur kacang dan dikampung daku skrg dah ada keluar menu orang banjar yg agak jarang dibuat.iaitu wadai keeping(tau ke wadai keeping)ala kat tmpt lain mungkin di sebut lain.....iiiissh camni la daku suka lari dari tajuk diatas.
Kesimpulannya dlm sebulan kena minum air detoks 2~3 kali...aku kalau buat bukan setakat lemon,kadang aku buat dgn epal hijau ke,timun ke,paling daku suka air nanas tanpa gula..kesihatan kena jaga juga tau...sekurang kurang ada pencucian usus kita yg rasa nya menimbun kerak2 yg malaz tanggal...aku tau x de yg rajin nak buat tiap hari.ada orang detoks dgn sayuran mcm saleri ke saderi ke..iiissh..daku macam tak boleh telan larr...


2 comments:

  1. Kakak pun suka juga buat macam ini Ogy.
    Tapi biasa buat masa hujung minggu aje
    Hari kerja memang tak menyempatlah nak buat:)

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak,nak buat tu memang bercinta la kan....
    Dah berumur ni kita kena buat juga la...

    ReplyDelete