Thursday 14 December 2017

NASI AYAM GORENG @ SOUTHERN YELLOW CHICKEN RICE


Asklmwkth...

Panjang eeh tajuk nya...sedap nasi ni,tapi Daku boleh makan sikit jerr.....eeehh mana boleh...Diet Atkins x lulus makan carbo tinggi.....takpe Cheat jerr 1 hari...esok diet semula....sekali sekala kena pelbagai kan sikit menu...kan..asyik menu sama jer....

















jemaah dlm rumah ni,3 orang jer...biasa la masak lebih untuk lunch dan dinner....















ayam setengah ekor yg dah di bersih kan di perap di lumur dgn serbuk kunyit,serbuk kari dan serbuk perasa Maggi Cukup Rasa.biarkan seketika..
















panaskan minyak,goreng separuh masak,angkat dan ketepikan...












#  NASI AYAM GORENG @ SOUTHERN YELLOW RICE #


Bahan - bahannya:

1/2 ekor ayam

1/2 sudu besar serbuk kunyit

1/2 sudu besar rempah kari

1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa

Cara Daku:

Ayam dilumur dgn serbuk kunyit,serbuk kari dan serbuk Maggi Secukup Rasa.ketepikan.goreng separuh masak.angkat.ketepikan


Bahan Untuk Nasi

Beras 3 cawan -cuci dan tos

3 1/2 cawan air -atau secukupnya

1/2 cawan susu cair

1 sudu besar minyak sapi/margerine

Sedikit minyak masak

1 sudu rempah kari ayam atau daging

Sedikit serbuk kunyit

1/2 labu bawang besar - hiris

1 batang kulit kayu manis

2 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang

1/2 kiub pati ayam Maggi

Sedikit garam

Sedikit serbuk lada hitam

Sehelai daun pandan


(Bahan tumbuk kasar)

1 inci halia

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

 (Bahan Lain)

Timun(Daku habis stok)

Buah tomato

Daun sup

Bawang goreng


Cara Daku.

Panaskan minyak sapi dan minyak masak,tumiskan kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan bahan tumbuk kasar hingga wangi.

Masukkan rempah kari dan kacau rata sebelum di masukkan sedikit air.(maaf tiada pic step by step).

Masukkan beras,daun pandan,serbuk kunyit dan kacau sebati atau mesra dgn rempah rempah tadi.

Pindahkan beras kedalam rice cooker.Tuangkan susu cair dan baki air tadi.masukkan kiub pati ayam.Dan sedikit garam.

Susunkan ayam goreng diatas beras.Masak nasi seperti biasa Sehingga masak.

Setelah masak,ceduk nasi dan ayam berhati hati kedalam pinggan.


Dalam pic tu Daku sediakan juga sup kosong tulang,leher,kaki ayam yg ditabur daun sup dan bawang goreng(sekadar menambah uuummmppph)makan nasi goreng ayam macam tu pun dah sedap...terpulang selera masing- masing.


Sambal Cili


2 tangkai cili merah

2 tangkai cilipadi merah

1 biji buah tomato

1 sudu besar cuka

Sedikit serbuk Maggi Secukup Rasa

1/2 sudu gula

Potong kasar cili merah,cilipadi merah dan buah tomato.masukkan juga cuka,gula dan serbuk maggi secukup rasa.blend kasar secara pulse.Tak perlu masukkan air.sebab buah tomato menghasilkan air.jgn lumat..kasar2 sahaja..























Mmmm....puas makan..kata anak Daku....yerr la Dik...lenkali mak masak lagi tau.....

Kebelakangan ini agak sebuk,ha..ha....sebuk aktiviti surau,aktiviti tempahan kek dan jamu...dannn aktiviti kenduri kendara....walaupun Daku dalam mood berdiet....kalau orang dah jemput..INSYA ALLAH Daku cuba pergi...mesti tempat ANDA pun banyak kenduri kendara kan di musim cuti sekolah ni...mmmm..macam Adik sorang tu Intai2 dah balik kampung kat kedah.....satu hari 3 tempat memenuhi undangan walimatulurus.....kalau sempat singgah la yer umah Aunty...tapi call atau what Aap tau dulu...

TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG DAKU BIASA2 INI...

2 comments:

  1. Ooooo....aunty masak nadi sedap ni senyap2 jew yew...x ajak pun...hahaha...
    Nampak sedapnyerrrrrrrrr....
    Teringin sangat nak singgah...tapi belum ada rezeki...huhuhu...
    Esok dah nak balik..
    Tapi x dapat plan untuk singgah sebab mak kiter cakap rushing nak hantar barang osda kakak..huhuhu..Semoga kita dapat jumpa juga 1 hari nanti..

    ReplyDelete
  2. La dah balik KL....
    Mmm...x rezeki nak jumpa....
    Takpa bila2...boleh singgah umah Aunty..
    Dah puas la yerr Dik Cella balik kmpg...makan kenduri,makan laksa kayu arang.makan sambal ikan puyu..
    Dapnyerr....

    ReplyDelete