Thursday 21 May 2020

HARI PUASA KE 27 (PKPB)

Assalammualaikum..


Eeehhh...Dah hujung2 ramadan dah...Sekejap nya masa berlalu.





Badam coklat atas permintaan anak Daku.Minggu lepas pergi Kamunting dengan anak Daku berdua.Dia yang drive.Ayahnya kerja.Best gak sekali sekala keluar,jalan raya lengang.Bila masuk kedai Bakery.Ramai nya orang.Beratur hampir 15 minit.Anak Daku tunggu dalam kereta,pandai dia...






Daku cuma tolong panggangkan badam dan cairkan coklat.





Anak Daku sudukan dalam paper cup.


Walau Daku masuk kedai bakery dan beli bermacam macam,tapiii...Badam coklat tu jer yg dibuat.Biskut lain2 tak buat pun...MALAZ...
Esok daku nak buat sebiji kek marble.Anak Daku nak kek blueberry cheese(tapi dia kata bila2 pun ok)ha..ha...tu yg Daku dok malaz lagi nak buat,bahan2 memang dah dibeli.Ya esok Daku nak buat Kek marble dan kek blueberry cheese.Hari sabtu dah sebuk masak2 untuk hariraya.





Disebabkan raya tahun ni masih PKPB..Daku pun malaz nak buat biskut2 raya.Daku dah order melalui OnLine sebanyak 6 bekas...





Yang ni pulak Daku order melalui kawan adik Daku iaitu biskut kegemaran Daku juga biskut Snow coklat.











Dodol raya pun order.Sebekas rm13..
Dah selalu order walau bukan diluar perayaan.




Hari yang sama,Daku sempat snap pic kuih2 pemberian jiran2 Daku.Bayangkan tiap2 hari pelbagai kuih muih,kadang2 lauk pauk,termasuk lah pelbagai mee,mihun.Setiap hari mesti ada...Dalam tipuware tu,bubur lambuk,jiran Daku buat diPejabat,katanya..

Daku pun kadang pening nak balas dengan apa,sudahnya kekadang Daku suruh Suami beli lebih kuih2.Time Daku rajin buat,ok la..Tang hari malaz...Apa pun Alhamdulillah dengan segala rezeki...










Kuih peria menunggu turn untuk dikukus.





Gigih Daku siapkan kuih peria,buat lebih dan agihkan pada jiran2 berdekatan.Kuih peria berintikan kaya dan kacang merah.





Cuma berlapikkan potongan daun pandan...Masa ni wangi sangat aroma wap pandan....



Sejukkan sebentar.Sesudah dikeluarkan dari kukusan...








Minuman kegemaran air sirap merah selasih.Puas minum guna gelas besar bertangkai.Hari biasa tak digunakan pun gelas ni,sebab besar sangat,berat pulak tu...Salah satu hadiah Daku perolehi  masa satu pertandingan sempena Hari Kemerdekaan.Yang ini hadiah saguhati.Manakala satu lagi pertandingan,iaitu pertandingan masakan set Nasi tomato dan ayam masak merah.Daku mendapat tempat ke2
Semua pertandingan tu Daku sertai tahun lepas.Alhamdulillah...




Pencuci mulut,buah anggur hijau panjang,manis dan sedikit masam..
Bulan puasa ni,Suami beli buah tembikai,buah laici segar,dan buah anggur.Jenuh gak nak abis kan buah buahan tu.Ada jugak Suami Daku beli buah timun betik.Memang kalau bulan puasa,mesti Suami beli buah timun betik...Daku memang tak pandai makan buah timun betik.Selalunya Suami potong kiub dan digaul dengan gula pasir.Katanya teringat zaman dulu2...





Asam pedas ikan pari,Suami daku  dah dua kali beli asam pedas ikan pari.Sebab sedap sangat...


Walaupun PKPB...Untuk lauk pauk berbuka,Suami Daku selalu sangat membeli.Daku cuma masak nasi dan goreng sayur jer.Daku pulak tak berapa sehat,Minggu pertama PKP..Daku dah tak sehat,pergi klinik swasta kena injection dan dibekalkan ubat.Hari jumaat lepas pun pergi klinik swasta lagi,injection sejarum lagi...Adduui...DOA kan Daku sehat ya...






Yang ini pun sama..beli..paru berlado..




Yang ini Daku masak..
Untuk anak Daku,ayam korea,kerja memasak lebih mudah dengan sos korea keluaran Adabi...





Paling Daku suka sayur pahit,bunga betik dan daun pucuk betik,basuh bersih,tos..kemudian hiris halus.Tumbuk bawang putih,bawang merah,ikan bilis dan sedikit belacan,Tumis bahan tumbuk sampai wangi,dah dimasukkan bunga betik dan daun pucuk betik hiris perasa garam dan serbuk perasa.Nak kurangkan rasa pahit,pecahkan sebiji telur.Lima atau sepuluh minit lagi waktu nak berbuka,baru Daku menumis..Makan nasi panas berlaukkan sayur macam ini,memang Daku suka.....

TERIMAKASIH PADA ANDA YANG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YANG BIASA2 INI...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..

#pkpb
#kitajagakita


Saturday 2 May 2020

AISKRIM ROTI GORENG

Assalammualaikum wkth..

Salam ramadan hari ke9..Tak terasa dah lebih seminggu kita berada di dalam bulan mulia bulan ramadan...Ustazah kata bulan mengumpul pahala...

Teringat tahun2 sebelum ini,kalau bulan ramadan,ramai2 berkumpul di Surau bertadarus..Rindunya saat itu...Tak tahu nak gambarkan perasaan  bulan ramadan tahun ini,sedihnya.....

Apa pun AL QURAN tetap diHATI...Solat terawih biasanya berjemaah di masjid,tahun ini hanya dilakukan dirumah...


Masih entri tertunggak...Anak Daku mencuba buat aiskrim sendiri dua minggu sebelum puasa.Aiskrim roti goreng ni pulak,anak Daku buat empat hari setelah membeku dalam peti frozen aiskrim tersebut.Daku ingatkan dia nak makan aiskrim sesaje...Rupanya nak buat roti aiskrim goreng.

Masa anak2 Daku masih bersekolah menengah dulu,Daku dah pernah buat roti aiskrim goreng...Pastu lama dah tak buat...Sebab apa tak buat??Haa..haa..sebab tiada permintaan la..
Tapi masa tu guna aiskrim yg dibeli..Bukan homemade...





Nampak tu....Roti aiskrim goreng nampak sedap kan???Memang sedap...100 % buatan tangan anak Daku...Sekali lagi dia berbangga dengan pencapaian buat aiskrim seterusnya roti aiskrim goreng di musim PKP ini...

Sebelum ini minggu pertama PKP dia minta ajarkan buat kek coklat cheese leleh atau pun kek coklat hantu.Punya la Daku malaz nak keluarkan bahan2..Sebenarnya bermula awal tahun 2020 Daku memang dah takmo amik apa2 pun tempahan kek.Apalagi waktu itu Daku tak sehat sampai masuk wad dua kali.Disebabkan anak punya pasal,turutkan juga lah.Tapi memang dia la yg buat step by step.Tapi memang takder la Daku snap pic.Buat satu adunan jer,dapat 4 bekas tipuware yg sedang2 tu...Satu bekas kek cheese leleh tu beri pada Alia.Ehh..tersembang pasal kek pulak..









Aiskrim perisa coklat yang baru di Keluarkan dari peti beku.







Roti idaman ramai,roti gardenia...Eeeehhh..orang masih carik lagik tak roti gardenia?


Nampak tu anak Daku dengan gigihnya,kengkonon nak letak aiskrim banyak2 dalam roti,diambilnya cawan mulut besar.Ditekan tekan takmo terpotong pun...Dicubanya lagi..ha..boleh pun..












Roti kedua dan seterusnya,takmo guna dah cawan molot besar,ditukarnya cawan plastik,pun sama juga susah nak potong...




Daku tengokkan jer apa dia buat,






Nampak tu pisau merah untuk potong keliling roti...Haa..haa...




Kesimpulannya..Walaupun nampak mudah,tapi bila anak Daku yang buat,Daku yang LETIH menengok.
Nasib baik la dia cuci dan dia kemaskan selepas guna.





Dapat itu jer...1..2..3..4..5..6...Adoiii dik..letih mak kao tengok...Nampak tak ada yg terbuka,keluar inti aiskrim nak mencair...Cepat2 dia amik ngap masuk molot...Nasib sempat Daku snap pic sebelum dia makan....5 ketui tu lar masuk frozen..Bagi beku lagi baru boleh goreng....





Abaikan sudu makan tu,Dah cari sudu aiskrim tapi tak dijumpai...









1..2..3..4.. Sepatutnya ada 5 ketul
Ayahnya makan satu,Belum sempat susun dah hilang satu...Panas2 ayahnya makan....Terlebih garing sikit la  anak Daku goreng...Tapi ok la kan...






Semalam Perdana menteri berucap sempena Hari Pekerja,ada menyatakan ada sedikit kelonggaran diwaktu PKP...Dah boleh keluar berdua dalam satu kenderaan.Sebelum ini satu orang satu kenderaan.Apalagi petang semalam cepat jer anak Daku mengikut ayahnya ke Bagan Serai,katanya nak beli barang di Watson...

TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH SUDI DI BLOG DAKU YG BIASA2 INI...


#pkp
#sayangikeluarga
#kitamasakkitamakan