Saturday 25 February 2017

WADAI KEEPING/GAYAM

Asklmwkth







Daku buat  wadai keeping ni hari jumaat lepas...lepas balik dari kelas mengaji,daku sambil masak untuk lunch...sambil juga sedia bahan untuk buat wadai keeping...bubur ke kuih....nampak mcm bubur atau pengat tapi di panggil wadai keeping........wadai keeping  ni boleh juga di panggil GAYAM......bukan gayah tau...tu nama orang.....masyarakat banjar seakan sudah melupai  wadai keeping.....dolu2  kalau buat wadai keeping kena buat ada IBU dan ANAK.......ha...ha... DIK CELLA kena suruh mak buat wadai keeping yg ada IBU dan ANAK ini...


Sukatan daku guna sukatan cawan.

Untuk Wadai keeping

BAHAN **
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air daun pandan (5 helai)
Secubit kapur
Pewarna hijau (daku  x letak)
Secubit garam

Sediakan mangkuk besar,masukkan tepung pulut dan tepung gandum,gaul rata.cuci bersih daun pandan dan potong,blend bersama 1 cawan air.tapis.campurkan secubit garam dan kapur,tapis.masukkan dlm periuk kecil panaskan atas api untuk suam suam kuku.angkat dan terus tuang atas tengah tepung pulut.jangan habiskan air.gaul tepung sebati dan jadikan doh yg tidak melekat di jari.ambil secubit doh,bulatkan seperti guli dan tekan depan dan belakang.tabur kan sedikit tepung atas talam besar supaya tidak melekat,dan susun jarakkan.....buat sampai habis...


Untuk  IBU WADAI KEEPING


Bahan **

1/2 cawan beras pulut (rendam 3-4 jam)
1/2 cawan tepung pulut
1 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan air pandan
Secubit garam


Beras pulut yg telah direndam,di toskan,dan di blend kasar.guna pengisar kering..jgn  di ayak..biar ala ala kasar sedikit.sediakan mangkuk besar.satukan beras pulut dan tepung pulut berserta kelapa parut.gaul sebati.masukan garam kedalam air pandan.tuang air pandan secukupnya dalam adunan tepung pulut.gaul sebati dan tidak melekat di jari.ambil doh sebesar dua ibu jari,kepalkan dan di bulatkan dan di bentukkan leper sedikit.buat sampai habis.

Untuk KUAH WADAI KEEPING

Bahan nya **

3 mangkuk santan cair
3 mangkuk santan pekat
1 cawan gula pasir (ikut kemanisan masing2) daku suka yg sedang manisnya
1 cawan gula merah
Garam 1 sudu kecil

Cara daku **

Sedia kan periuk,masukkan santan cair,panaskan api.masak santan cair,bila mula mendidih.masukkan gula merah dan gula pasir,kacau hingga larut.bila mendidih masukkan ibu wadai keeping dahulu dan bila ibu wadai keeping mula timbul.masukkan pula anak wadai keeping dgn cara ambil 2 senduk  kuah santan yg sedang mendidih dan siram atas wadai keeping.ini untuk memudahkan wadai keeping di keluarkan dari talam.sengetkan talam dan luncurkan butiran wadai keeping kedalam periuk.ANDA memerlukan seorang pembantu di waktu ini....masukkan santan pekat dan dikacau.jgn tinggal periuk untuk elak melimpah keluar.perlahan ka api.masukkan garam...kacau.tutup api....angkat periuk anda dari atas dapur,untuk elakkan kuah menjadi semakin  pekat.

Nak cite sikit...

Wadai keeping atau gayam ini,daku ajak anak saudara daku tolong....dgn rela hati nya....dia mengadun doh dan menggentel sedemikan rupa.....daku hanya masak dan sediakan bahan.......Thanks ADIK...awal bulan mac ini,adik dah mula mengajar di IPOH........alamak .....x de geng la masak2....wadai keeping ni dolu2......kalau ada apa2 kenduri samaada cukur jambul ke,,berkhatan ke,merisik ke atau orang nak ke MEKAH ke...wajib buat...skrg pun masih ada yg buat...dalam keluarga daku...MAK NDAK daku yg rajin dan pandai buat...kalau kenduri kahwin kena buat banyak,lebih kurang 15 talam baru cukup untuk sekampung....kusss semangat.....jenuh gentel...mengantuk tau.....makan memang la sedap.......tapi lepas tu mengantuk semula.......pulut la katakan....daku kalau buat suka sejukkan dahulu..antara ibu dan anak wadai keeping..daku paling suka makan bahagian ibu...ada rasa kasar kenyal..ANDA kena cuba buat.......tempat lain mungkin namanya lain....bahan mungkin yg sama......

ASAM PEDAS IKAN PATiN

Asklmwkth....
Daku masak ikan patin tu mengikut selera daku....suami daku dan anak daku memang tak makan patin......daku pun dah lupa sejak bila daku pandai makan patin ni... Adik aku pun x reti makan....rugi..rugi...beli dah siap potong.ada lagi balance dlm freezer...asalnya daku nak masak tempoyak...carik dlm fridge...takde la pulak....iiiisssh...punya la tingin...udah le lambat... lagi musim doyan...akhirnya ku asam pedas je sama nenas....yg nenas tu pulak asalnya daku nak masak siput sedut....tapiiiii....carik kat market tarakkk.hai...takde sape ke pergi carik siput belitung kat laut?...siann daku...time teringin memanjang ada.. ..dah suami tak makan ikan patin,ku masakkan juga gulai siakap.....untuk anak daku tak masak ayam pun...pagi sebelum pergi sekolah anak dah cakap,nak makan kat sekolah.....hujumg tahun amik SPM selalu lewat balik sekolah...selain dikantin,depan sekolah memang ada kedai makan persendirian,menjual dari pagi sampai ke petang berjualan nasi berlauk,yg agak murah dan sedap...isteri peniaga ni pun kawan daku juga...meniaga dah lama..pembeli pulak pelbagai. Panjang lak daku sembang....jom intai resepi mudah biasa2 daku...
ASAM PEDAS IKAN PATIN BAHAN NYA ** 3 Potongan ikan patin 1/2 mangkok nenas hiris 2 Sudu besar sambal cili blend 2 biji bawang kecil (hiris) Serai 1 batang (ketuk/titik) Sedikit lengkuas(letuk/titik) Sedikit halia (ketuk/titik) 1 sudu pes asam jawa 1 cawan air Sedikit serbuk kunyit Daun kesum Minyak masak Garam,gula/serbuk perasa CARA DAKU ** Cuci bersih ikan patin,tos. Panaskan minyak,tumis bawang kecil,dah wangi masukkan halia,serai dan lengkuas.dah wangi masukkan sambal cili blend,tumis sampai pecah minyak,tuang air dan pes asam jawa dan serbuk kunyit,tunggu hingga mendidih.masukkan nenas hiris dan potongan ikan patin.sederhanakan api masak sekejap,masukkan garam,gula/ serbuk perasa. Bersihkan ikan dgn air basuhan beras,rendam seketika bersama perahan limau kasturi untuk buang hanyir ikan... Sambal cili blend bermaksud cili kering yg dipotong dan direndam dgn air panas untuk kelembutan,tos.dan dimesin bersama bawang besar,bawang kecil,(belacan,bawang putih jika suka)untuk melumat kan biji cili masuk kan sedikit minyak masak sesudu dua....tttttrŕrrzzzz siap.selain nenas,boleh juga diganti terung,timun tua,atau belimbing buluh...

Friday 24 February 2017

PISANG TANDUK GORENG

Assmklwkth....


Rezeki jgn ditolak...musuh usah di cari..
Pisang tanduk tu pemberian jiran sebelah kiri rumah daku...tetiba ptg lepas asar dah ada sebiji pisang terletak elok atas tembok beranda rumah daku...mungkin masa daku dlm rumah,jiran daku hantar...dah tau dah jiran mana yg hantar....beranda atau di sebut bahasa banjar AMBIN rumah daku ada dua pintu gril kecil..satu sebelah kanan satu sebelah kiri...jiran daku kalau bagi apa ke letak le atas tembok tepi gril pintu...daku x kisah sangat sebab jiran jiran ku sekelompok 6 buah rumah semua ada pertalian saudara...ALHAMDULLLAH baik2 belaka..
Napa sampai 3 pinggan...kebetulan ada tetamu dtg..ku goreng sebiji pisang tanduk yg masih mentah.kubuat juga cekodok pisang yg sudah ranum.pinggan tengah tu cucur udang lak belian suami daku yg baru blk kerja.ptg tu hujan agak lebat.feel la sikit makan ....napa takde sambal kicap....ooowh...dlm kalut2 tu daku lupa nak buat sambal kicap...


Kat situ le pisang tanduk tu parking.

Ni pulak pisang nangka pun pemberian jiran sebelah hulu...asalnya 5 sikat,2 sikat daku dah beri pada mak saudara daku..separuh sikat je daku ambil,yg lain daku beri pada jemaah mengaji...terimakasih ye jiran hulu dan hilir daku..


Wednesday 22 February 2017

PEKASAM GORENG

Asklmwkth.....










Pekasam goreng ni daku masak untuk dinner,kebetulan anak daku takde kat rumah dia dan dua orang kawan nya ikut cikgu pergi ipoh ada acara dikediaman isteri MENTERI BESAR PERAK anjuran BAIDURI,x silap daku..malam tu dorang tido rumah cikgu di parit buntar.kalau dia ada daku goreng ikan pekasam tu bising la dia...ha...ha..sebab harum sangat kan....waktu goreng tu hari hujan dari asar bawa ke maghrib...suami  daku ajak makan kat luar daku takmo,malaz nak bersiap bagai,jadinya ku goreng pekasam....pekasam pemberian anak saudara daku yg berkahwin dgn orang gerik...special pekasam tu sebab guna ikan LOMA....tau ke  ikan loma ANDA....daku ada terbaca info ikan loma ni cuma ada di sungai PERAK...BETUL KE.????kalau salah tolong betulkan ye....kalau pergi  KELANTAN melalui lebuhraya sebelum sampai pekan gerik akan melalui TASIK RABAN yg luas...di kiri kanan jalan akan kelihatan pondok2 kecil dan gerai2 jualan hasil penduduk kampung antaranya PEKASAM IKAN LOMA...
Ingat lagi masa perkahwinan anak saudara daku tak silap 6 tahun yg lalu...Rombongan pengantin di sajikan dgn pelbagai lauk pauk yg sedap2 dan paling istimewa PEKASAM IKAN LOMA..mm...mmm sedap sangat....jom tengok kawanan pekasam goreng......







PEKASAM GORENG


BAHAN **


2 ekor  ikan pekasam
1 biji bawang besar    (potong bulat)
3 biji bawang kecil      (hiris)
4 tangkai cili kering    (potong  kasar)
3 ulas bawang putih   (hiris,)
7 biji cili padi.              (Potong)
1 biji cili hidup hijau  (potong)
3 batang serai.             (Racik)
1/2 sudu kecil serbuk secukup rasa

CARA DAKU **


Panaskan minyak secukupnya untuk 2 ekor ikan pekasam.goreng hingga garing.angkat dan tos.minyak yg sama goreng pula bawang besar,bawang kecil dan serai racik.waktu ini aroma serai sangat harum,terus masukkan cili kering,cili hidup dan cili padi,goreng sebentar dan masukkan pula serbuk secukup rasa,kacau gaul kecilkan api dan daku suka masukkan semula pekasam goreng ke dalam kuali untuk sebatian rasa dan aroma.angkat dan tutup api.....
Dannn...jgn lupa sebelum goreng pekasam nasi nya dimasak ya ibu2...mithali...
Makan dgn pulut pun sedap pekasam ini.....tapi...
AWAS....Jgn kerap sangat...boleh high blood and high cholesterol...



Ni ler pekasam ikan loma...nak tahan lama kena masuk fridge...

Tuesday 21 February 2017

KUAH LEMAK TELOR ITIK

Asklmwkth.......




Lemak tolu itik la pulakk.....daku suka telor itik dimasak lemak...arwah abah daku pun suka...anak2 daku....sorry la memang tak reti makan...kalau telor ayam dorang makan pulak...dolu2 kan kalau kenduri kahwin kalau salam2 dgn tuan rumah dpt bunga telor.....dulu telor itik...masa tu agaknya murah kot telor itik dari telor ayam...telor itik ni kena cuci bersih2....
Walaupun daku suka masak telor itik,tapi daku tak reti makan daging itik...masa family day kat negeri sembilan...masa kat kuala pilah daku kagum dan terpegun tengok itik salai bergantungan.....gumok2 lak tu itik2 salai tu...tak pulak daku beli....daku cuma beli daging salai yg sedap dimasak lemak ciliapi..
Masak lemak telor itik ni sedap digandingkan dgn sambal belacan dan ikan masin goreng....
Beralih kepada resepi biasa2 daku...


LEMAK TELOR ITIK



BAHAN NYA **

4 biji telor itik
1 mangkuk santan sederhana pekat
1 biji bawang besar(hiris)
1 ulas bawang putih(hiris)
1 biji cili merah(hiris)
garam
Gula
2 sudu besar cuka
1 mangkuk air


Cara daku**

Cuci bersih telor itik,lap kering.panaskan kuali masukkan 1mangkuk air bersama 2 sudu besar cuka.bila mula mendidih,perlahan kan api,pecah kan telor dlm mangkuk dan masukkan perlahan kedalam air yg dicampur cuka.biarkan telur mengeras kuning dan putih.jgn di kacau.angkat telur perlahan dan masukkan dlm penapis untuk tos.masak kan telor hingga habis.buang air bercuka tadi..sediakan periuk masukkan santan,bawang besar,bawang putih dan cili hidup.masak santan dgn api sederhana.santan kena dikacau sentiasa.masukkan telor dan mesrakan bersama garam gula...tutup api..



Nak pesan sikit..


Kalau nak masak lemak telor itik ini.daku lebih mudah guna kuali yg melengkung...
Boleh juga telor terus di masak bersama santan..
Terpulang memasing...atau boleh juga telor direbus dahulu kemudian di kupas kulit...
Yg guna cara air dan cuka tu..daku pelajari dari anak saudara daku...MEKASIH WAN...

SAMBAL IKAN KELI

Asklmwth.....






Minggu ni dah mula kerap hujan.agak lebat,siap pakej kilat guruh dan angin.tengahari panas lit lit orang utagha kata...petang mendung hitam membawa ke hujan nan lebat...ALHAMDULILLAH....
Menu ni daku masak minggu lepas nyerr...sambal keli ni antara ikan yg anak2 daku makan...anak2 daku tak semua ikan dorang makan..mcm bawal,siakap yg memang tak makan.dah jenoh pujuk suruh makan dari depa kecik.....kalau ikan darat keli je dorang makan.ikan laut lak memang tak la...asyik ayam,ayam,ayam.sotong,udang,ketam pun tolak tepi.......sayur pun sama yg si abang tu cuma suka kobis goreng itu pun yg di goreng ala2 mamak tu...kekuningan...tapi si abang tu paling suka pulak JERUK MANDAI....kekadang daku pelik juga mandai yg tak semua orang pandai makan...boleh lak anak daku makan.pajeri pun anak daku makan tapi bukan nenas atau terung,amik kuah pekat tu je...ikan keli biasa nya anak2 daku suka di goreng di sambal tumis atau kadang di buat keli berlado.....ikan keli ni kan cuci bersih.buang darah kat tulang perut tu(daku cuci bilas dgn limau kasturi dan garam kasar.
Ok...beralih kepada resepi biasa2 daku...
Ikan keli yg sudah di bersihkan,di kelar,tos sebentar kemudian di lumur garam dan serbuk kunyit.panaskan minyak dan goreng(terpulang nak garing atau tidak)
potong cili kering secukup nya,direndam air panas sehingga lembut.cuci bersih dan tapis.kopek bawang besar 1 biji,bawang kecil 3 biji,bawang putih 2 ulas.cuci bersih semua bawang.blend lumat cili kering,bawang besar,bawang kecil,bawang putih,belacan,air sedikit dan minyak 2 sudu untuk lumat kan biji cili kering.....zzzzaaasss ....siap.tinggalkan sedikit minyak gorengan ikan dan terus tumiskan sambal blend tadi sehingga sambal betul betul masak,masukkan sedikit air supaya tidak hangus sambal.dah puashati masukan sekeping asam gelugor,masukkan ikan keli goreng,kecilkan api,masukan garam,gula secukup rasa.kacau supaya sambal meresap pada ikan.tutup api dan angkat.....


Resepi ini lebih kutujukan kepada anak daku yg berada jauh dari mataku dan hidup  berdikari...x payah la nak suruh tulis kat whatsApp nak masak  sambal keli macam mana kannn.refer je blog mak ye....he..he..


Ikan keli ni kalau kita nak goreng sahaja,lumurkan serbuk kunyit LEBIH sedikit supaya garing cantik dan sedap....

Sunday 19 February 2017

KULIT TART

Asklmwkth...





Apa khabar ANDA?

Apesal entri kulit tat..lambat lagi nak raya..lambat ke????.....x salah daku 27/05/2017 ini,kita umat islam nak mula berpuasa....
Sebenarnya daku letak resepi kulit tat ni,atas PERMINTAAN teman whatsApp daku...daku amik juga tempahan untuk kulit tart,cheese tart dan tart nenas gulung...kecil kecilan jer....ada yg untuk hantaran,dan ada yg lebih kepada makan makan....
Resepi ni memang daku belajar dari guru(berbayar) yg di jemput dtg kerumah 4~ 5 tahun yg lalu...masa tu di ajar juga resepi tart telur,tart kastad dan tart buah....asal nya anak2 daku la yg suka sangat makan cheese tart.harganya kan  agak MAHAL untuk 1 pcs...x sanggup nak beli selalu....itu yg daku gigih belajar..Jgn tak tahu...kedua dua anak daku dah tak pandang dah cheese tart ni...sebab dah JEMU...haa..amikk kau...sampai dah takmo...daku kalau ada tempahan memang buat secukupnya...takde nak tinggal2...sape nak perabih..tak boleh makan selalu gak nanti...dah gemuk tambah gumok.he...hee...kalau tempahan raya,customer suka yg saiz kecik comei tu...
Ok..beralih kepada resepi...

Jomm tengok **

KULIT TART  **

125 gm margerin/planta  (daku guna jenama
pelangi)sebab wangi
250 gm tepung gandum
50 gm gula halus
1 biji telur
Acuan tart



CARA DAKU  **


Panas kan oven Anda 180c selama 10 minit...
Dalam satu mangkuk adunan yg besar,masukkan margerin atau planta bersama gula halus.pukul dgn senduk kayu.setelah sebati masukkan tepung gandum.gaul jadikan seperti serbuk roti,gunakan hujung jari sahaja.pecahkan telur pukul manja dgn garfu dan tuang dlm tepung.Uli sebati juga ala2 manja.agak2 tidak melekat di tangan.bulatkan,dan tekan dlm acuan.(daku x de gambar sebab tangan bertepung)tekan2 kan adunan tepung meliputi dalaman acuan.untuk kemasan.ambil pisau sisipkan tepung di gigi acuan(faham ke tak ni)...ambil garfu cucukkan ke dasar tepung supaya bila di bakar,tidak menggelembung dgn udara.bakar selama 30 minit





Dah hilang panasnya..simpan kulit tart dalam bekas atau balang yang sukar dimasuki angin...









MEE GORENG PEDAS

Asklmwkth.....






Menu mee goreng daku masak hari jumaat minggu lepas...tiap2 minggu pagi jumaat dari jam 9 hingga ke jam 12 tengahari,ada kelas belajar mengaji di SURAU AN NUR di kampung daku.golongan ibu2 dan wargamas yg mengikuti pembelajaran di kendalikan guru mengaji yg mesra di panggil KAKLONG SAADIAH.Jemaah wanita yg mengikuti kelas pengajian ini paling ramai 25 orang,ada juga kelas fardu ain pembelajaran  berkaitan SOLAT...sebulan sekali di surau agak jauh sikit dari rumah daku di kendalikan seorang USTAZAH.
Daku amat2 BERSYUKUR menjadi salah seorang jemaah di surau itu.SURAU AN NUR ni berhampiran dgn masjid.Di waktu petang diadakan sessi SEKOLAH KAFA.
ALHAMDULILLAH ......bagi diri ku..ada peningkatan bacaan....dan masih banyak yg perlu di PELAJARI.berbanyak TERIMAKASIH kepada KAKLONG SAADIAH dan USTAZAH SARAH yg membuka jalan kebaikan dan masa yg bermanafaat bekalan untuk AKHIRAT.SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAH URUSAN KAMI..AMINN.....
Berbalik kepada mee goreng pedas.daku guna jenama ni



Suami daku beli di market BAGAN SERAI.tujuh paket yg berat 450gm.Di kesempatan tu daku minta KAKLONG SAADIAH tolong bacakan DOA KESYUKURAN anak sulung daku dah dapat KERJA..
Pagi jumaat tu daku tak mengaji pun.sebab daku ABC....dlm kol 11 pagi daku hangkut mee goreng tu ke surau...banyak kuih muih pelbagai jenis yg jemaah lain bawa.....
Seronok makan ramai2 lepas abis mengaji.....

Jom intai resepi biasa2 daku...



MEE GORENG PEDAS

BAHAN NYA**

Mee kuning 7 bungkus
Sawi 4 pokok
Fishcake (secukupnya)
ayam 1/2 ekor
Udang secukupnya
30 tangkai cili kering
10 biji cili padi
3 biji bawang besar
5 biji bawang kecil
sos cili  3 cawan
1 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap manis
gula 1/2 cawan
garam secukupnya
Serbuk perasa (optional) daku letak
Minyak 2 cawan


CARA DAKU**


Potong ayam kecil kecil,bersih dan toskan.bersihkan udang(buang kulit dan kepala)rebus kulit dan kepala udang dgn 1 cawan air,ketepikan.
Basuh mee kuning dan tos.
Blend cili kering bersama bawang besar,bawang kecil dan cili padi.mesin halus lumat stok kepala dan kulit udang,ketepikan...
Cuci bersih sayur sawi,tos dan potong.ketepikan
Panaskan minyak dlm kuali besar.tumis sambal blend sampai wangi dan medidih letup2...masukkan potongan kecil ayam.sederhanakan api.masukkan stok udang.kacau.biar masak dan mendidih.masukkan sos cili,sos tiram,kicap manis,udang dan potongan fishcake.masukkan garam,gula,serbuk perasa.kacau.masukkan batang sawi.kemudian masukkan mee dan daun sawi.kacau mesra sebatikan..tutup api.angkat..


Maaf ye daku guna kuantiti yg banyak untuk buat mee goreng sempoi ni..ANDA pepandai lah adjust ye..mee goreng mesti ada rasa pedas dan manis...boleh ditabur bawang goreng dan daun bawang...(daku x letak)
SELAMAT MENCUBA.......


Friday 17 February 2017

TEMPAHAN KEK

Asklmwkth.....


Antara tempahan kek red velvet dan coklat kek oreo...

Jgn kecam daku...sebab tak berseni kek daku..
Alhamdulillah...customer x pandang pada rupa tapi..lebih kepada rasa kek tersebut...terimakasih pada kawan2 yg pernah menempah pada daku...gambar2 tu hanya sebahagian...ada yg daku dah delete...ha...ha...
daku hanya suke suke je..bukan ber'iya pun....ikut mood (ada ke cenggitu)..daku bukan nya ada fb ke,instagram ke......semua tu aku tak pernah ada.......
Ketinggalan JAMAN daku kannn....but I still know of any developments through daily readings....




















Malu sebenarnya...nak tayang...tapi..sebab daku dah ada blog....tepek je le...pastu boleh delete yg dlm folder tu....he..he...




PERPUSTAKAAN BERGERAK MASUK KAMPUNG

Asmklmwkth...


Pertama kali bas perpustakaan bergerak masuk dalam kmpg daku...sebelum ini kampung daku dah selalu bas persiaran masuk kmpg daku...biasanya rombongan pelawat melawat kolam2 ternakan arowana.....
Perpustakaan bergerak atas usaha KETUA KAMPUNG dan JKKK yg memang aktif dgn pelbagai aktiviti...bas perpustakaan bergerak ini  dilaksanakan berhadapan balairaya kmpg daku...balairaya pun dah cantik ditukar balairaya yg baru...
Date kat gambar tu 4/2/2017(sabtu) dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari...
Suasana dlm perpustakaan bas.sambutan menggalakan daripada kanak2 dan murid2 sekolah rendah.di maklum kan perpustakaan bergerak ini datang 2 minggu sekali.Di benarkan meminjam buku dan dipulangkan dua minggu kemudian.
Pelbagai buku cerita disusun rapi...terdapat juga novel2 untuk remaja.Bersusun juga buku buku masakan untuk kaum ibu2....
Mmm...tanda sokongan daku pinjam juga dua buah buku ilmiah.....




Teruja memilih buku....terhad 2 buah buku je nakk...



Buku komik juga yg di intai.....
Semoga usaha baik ini berterusan dan mendapat sambutan....

Thursday 16 February 2017

IKAN DARAT MASAK CUKA

Asklmwkth...

Minggu lepas tak hujan,minggu ni pun tak hujan.cuaca agak panas skrg.selepas tengahari bertambah panas sampai ke petang...alhamdulillah..
Kena bersyukur walau panas atau hujan...

Menu ikan masak cuka ni,favorite suami daku.biasa nya daku masak awal sehari.baru ada RASA cuka...masak cuka memang sinonim la dgn ikan darat,pelbagai ikan antaranya ikan haruan,ikan sepat,puyu dan ikan laut pun boleh dimasak cuka.terpulang selera masing2....kali ini daku guna ikan teroboi dan ikan patong.Tahu ke Anda ikan patong?dia seakan ikan puyu..tapi bukan puyu.rasa dia manis isi nya lembut...kalau di masak sambal tumis pun sedap sangat...ikan ni hasilan tangkapan kolam belakang rumah daku...ada juga ikan lampam,tapi daku jarang di masak cuka.Lampam lebih sedap di panggang cecah air asam.
Jom intai resepi..

IKAN DARAT MASAK CUKA


BAHAN NYA*


Ikan teroboi dan ikan patong(garam kunyitkan)
1 biji bawang besar(hiris kasar)
1 labu bawang putih(banyak lagi bagus)
2 biji bawang kecil(hiris)
1 sudu kecil biji sawi
Halia (hiris halus memanjang)
cili hidup hijau(daku tak letak,stok habis)
15 biji cili padi (belah tak putus)
1/3 cuka makan(secukupnya)
1/2 cawan air
Garam,serbuk perasa.


CARA DAKU**


Ikan di cuci bersih,daku ramas dgn limau kasturi untuk hilangkan hanyir.kelar ikan teroboi rapat rapat,tos.lumurkan ikan dgn garan dan kunyit.goreng separuh garing.angkat.tinggal kan sedikit minyak,tumis halia,bawang kecil hiris dan biji sawi.tumis sampai naik wangi.masukkan cuka,air.kacau dan mendidih kan.masukkan ikan goreng,bawang besar,cili padi.kecilkan api renihkan bahan dan ikan supaya mesra.masukkan garam dan serbuk perasa.tutup api.angkat.





Di hari yg sama juga daku masak kangkung tumis belacan dan ayam goreng berempah...




Cukup le untuk lunch kami bertiga..

Nak pesan sikit##
Ikan teroboi tu banyak tulang.kelar rapat2 supaya bila di goreng.tulang akan garing dan rangup.
Biji sawi  masukan dlm penapis kecil dan alirkan di air paip...cuci ye sebelum guna...

LEMAK KUNING KELADI PUTIH

Asklmwkth



Lemak kuning keladi putih.dah lama tak masak keladi masak kuning ni...kejadian nya masa cuti Thaipusam aritu...sehari sebelum tu adik daku bagitau nak datang rumah.Dia ada permintaan nak suruh daku masak keladi lemak kuning.sebelum ni kalau masak keladi daku lebih suka masak asam pedas.keladi tu daku beli dari jiran sekampung 4 pokok 3 hinggit...aku ada tanam keladi sebelum ni yg besar dah di cabut.tinggal yg kecik2 ..tanam tepi rumah...dah la macam hidup segan mati tak mau...memamg mcm tu ke...orang yg rajin tanam kurang minat makan keladi...orang yg macam daku ni,yg memang pantang nampak keladi bila tanam tak berapa menjadi...Nama saja dok di kmpg.....he..he...sian daku....ubi tu keladi putih.daku pun bukan tau sangat jenis2 keladi ni..orang kampung daku kata paling sedap keladi udang.napa eek dipanggil keladi udang?jiran daku kata sebab pangkal batang tu kemerah merahan ala2 pink.ada orang lain lak kata yg sedap buat sayur keladi minyak...x kisah la..janji ada ubi..daku suka ubi..batang nya kureng...adik daku lak suka batang...haaa...cantik sangat kan....biar daku dan suami abis kan ubi......


Bahan **


4 pokok keladi(dikupas ubi dan batang)
asam gelugor 10 keping
6 tangkai cili kering(potong dan rendam air panas)
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
halia sedikit
2 batang serai
1 biji bawang besar
2 biji bawang kecil
2 sudu ikan bilis(bersihkan)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 keping asam gelugor
Daun kesum secukupnya
2 sudu minyak masak
Garam,gula/serbuk perasa

CARA DAKU**




Kupas keladi dan batang keladi.buang kulit ari batang keladi,potong ubi dan batang.rendam dgn air paras keladi bersama 10 keping asam gelugor biarkan dlm 10 minit.bilas bersih ubi dan batang(sambil baca selawat nabi,pesan arwah mak daku),tos.
Masak air panas bersama asam gelugor yg diguna untuk rendaman tadi.bila mendidih masuk ubi,biar separuh masak,angkat,tos.masuk pula batang celur juga separuh masak,tos.buang air yg dicelur.
Blend cili kering,bawang besar,bawang kecil,halia,serai dan ikan bilis bersama sedikit santan cair.kisar sampai halus.
Panaskan api masuk 2 sudu minyak masak.masukkan bahan kisaran bersama serbuk kunyit dan serbuk lada hitam...api biar sederhana sambil dikacau..walaupun santan cair,elakkan dari berbintil.biar nak wangi bahan kisaran tadi.masukkan santan cair,keladi.sambil dikacau dan mesra dan mendidih sedikit baru masukkan santan pekat dan asam gelugor dan daun kesum.kecilkan lagi api rasakan dgn garam dan gula atau serbuk perasa.tutup api.alih kan periuk.supaya kuah tidak berbintil.


###petua arwah mak daku###

Nak elak kan tangan gatal waktu "bersiang" keladi.tangan mesti kering,pokok keladi pun kena kering.jgn libat kan air langsung.sesudah selesai bersiang keladi baru direndam.kalau ada sarung tangan getah lagi bagus.jikalau terkena juga kegatalan tangan.cepat2 digosok dgn garam kasar.ada orang kata lepas makan keladi.badan akan dimasuki angin.untuk elakan masuk angin.masukkan lada hitam dan halia dlm masakan tersebut.Insyaallah.




Wednesday 15 February 2017

KEK KURMA BEREMPAH MOIST

Asklmwkth.......


Hari2 nak tulis entri....tapi ada juga hari kemalasan.ada masa daku sebuk..mcm pagi tadi rancang nak bakar kek 2biji red velvet yg orang tempah.tapi aku bakar sebiji red velvet sebiji lagi kek kurma.nampak dlm fridge kurma yg masih elok dan cantik...toiing...terus teringin nak buat.kali ini daku masukkan juga rempah kuih....bukan rempah kurma atau rempah kari ye...rempah kuih yg orang buat untuk kek lapis.asalnya nak guna try tepung hongkong.lupa pulak...padahal dah keluarkan..
Sesudah tepung gandum diayak baru perasan...masa daku bakar kek kurma ni...fuhhh...wangi aroma kek...rempah la kata kan..sambil bakar kek..sambil daku masak untuk lunch...kol 12.30 mesti kena siap masak.suami daku akan balik rehat makan.
Kek ni panas pun belum hilang daku dah potong.sebab...sebab....sebab suami daku dah tak sabar nak jamah..padahal baru lepas lunch..sepotong besar aku bagi tak cukup lagi,nak lagi sepotong...waaahh...suke la daku ...x pe makan je bang...suami daku cakap sedap makan panas2...daku pulak bagitau kek kurma ni selepas 2 hari baru sedap...(dapat ke bertahan dua tiga hari????)he...he...anda kena buat..sebab sedap...

KEK KURMA BEREMPAH MOIST


Bahan **

11/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
2 sudu kecil rempah kuih
1 sudu kecil(sudu kfc)baking powder
1 sudu kecil(sudu kfc)soda bikarbonat
3 biji telur gred b
1/2cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
10 biji  kurma
5 biji kurma(,untuk hiasan)





cara daku**

Ayak tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder dan rempah kuih.daku ayak ulang 3 kali.tujuan supaya rempah dan serbuk penaik mesra dan tidak pahit.(terpulang masing2)
panaskan oven suhu 180c.alaskan loyang kek dgn mentega(daku cuma alas dgn baking paper.
Potong dan buang biji kurma kisar bersama susu segar dan minyak jagung sampai halus.
Pukul telur bersama gula sampai kembang.masukkan tepung berselang seli dgn kisaran susu dan minyak sambil putar perlahan.jgn putar lama.cukup sekadar sebati adunan.tuang perlahan ke dlm loyang.guna spatula sisipkan adunan tepi mangkuk adunan.susun kurma yg dihiris memanjang untuk hiasan atas kek.bakar selama 1 jam..mengikut oven masing2...cucuk dgn lidi tester.kalau masih lekat adunan.tambahkan masa 10 minit...angkat..keluarkan dari oven...

Warna kek memang brown hasil kurma dan rempah kuih...
##  Peringatan untuk saya dan anda
Cuci bersih telur yg hendak digunakan.walaupun tidak nampak kekotoran.perlu digosok dan bilas bersih.


Tuesday 14 February 2017

KUIH BALUNG AYAM

Asklmwkth....




Ha..ha..sememeh je kuih dakukan...takpe..janji daku tak ciplak gambo orang punye....


Sarapan apa Anda pagi ini....Nasi lemak,nasi goreng,mihun goreng,nasi impit,atau kuih muih basah kuih talam ke,bingka ke atau yg jenis goreng karipap ke.....iiissshh dah lama tak buat karipap..letak inti pedas kentang,tapi daku lebih suka inti ubi keledek.kalau dpt yg warna oren tu lagi sedap..manis..
Kuih balung ayam mmm...mmm spesis kuih peria...daku suka makan kuih ni..masa arwah mak aku masih ada...mak selalu buatkan...kuih ini juga kegemaran arwah abah.dolu2 kan tepung pulut tak perlu beli mcm skrg...arwah abah daku kan pesawah...dlm banyak petak bendang tu ditanam padi beras...akan ada satu petak ditanam padi pulut...aku masih ingat keharuman butir padi pulut bila dipicit,akan terkeluar cairan seperti susu(bermaksud butir padi pulut tu belum matang)bukan untuk dijual padi pulut.abah aku akan bawa satu guni tu kekilang padi berhampiran untuk dijadikan beras pulut.seguni tu bertahan sehingga musim yg akan datang...bestnya kenangan masa tu..ada harinya mak aku akan tanak pulut.makan dgn ikan wadik(tau ke ikan wadik???)mak aku akan pelbagaikan pulut tu boleh di buat kuih lopes,pulut udang,pulut tekan(tau ke pulut tekan?)tapai pulut.mak aku kalau buat tapai memang manisss......kuih pula mak aku paling kerap buat kuih balung ayam..dolu2 kan mana ada pengisar letrik mcm skrg.dulu guna lesung dan alu.Yg jadi mangsa kakak aku la tukang tumbuk.arwah mak aku tukang ayak daku pulak lebih kepada jadi pemerhati...ha..haa..biasa nya selepas diayak.bahagian yg akhir sekali.akan tinggal beras yg masih ala ala kasar sedikit kurang lebih dalam 1 mangkuk.mak aku dah tak ayak.dibiar saja begitu.dipanggil TEPUNG ANTAH dijadikan doh kuih balung ayam.dia punya rasa sedap tau..tak sama mcm tepung pulut yg diayak...iiiissshhh...faham ke Anda  apa yg daku maksudkan...kalau  orang BANJAR faham je..orang BANJAR panggil sebut BALUNGAN HAYAM....ha..ha...aku orang banjar..
Nampak kuih daku berkumpul ditengah ramai2....kes angkat terus dari kukusan...

KUIH BALUNG AYAM

Bahan**
2 cawan tepung pulut
1 sudu penuh tepung gandum
5 helai daun pandan
1 cawan air
Garam secubit
Daun pisang
Minyak sedikit

Inti**
2 cawan kelapa parut putih(sederhana muda)
gula merah secukupnya
Gula putih(ikut kemanisan)
1/2 cawan air
pes durian
Garam secubit


Cara daku**

Masukkan air+gula merah+gula putih.masak sampai cair,tapis.
Masak semula air gula masukkan kelapa parut,pes durian dan garam.kacau dgn api sederhana kecil.masak hingga kering sedikit.angkat.biarkan sejuk.ketepikan
Untuk doh#
Daun pandan cuci bersih,potong,blend lumat bersama air,tapis.buang hampas.
Sediakan bekas,masukkan tepung pulut dan tepung gandum.kacau air pandan dan garam secubit.masukkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil diuli sebati.agak2 tak melekat ditangan.ambil daun pisang untuk lapik doh dlm pengukus.sapukan minyak sedikit.ambil sekeping lagi daun pisang kecil sapu minyak untuk lapik doh.ambil doh sebesar buah  dokong,bulatkan dan tekan manja.letak 1 sudu kecil diatas doh.tutup doh.kemaskan tepi2 tu supaya inti tak terkeluar.buat sampai habis.panaskan air kukusan sampai mendidih.letak kukusan dan tutup dgn kain untuk elakkan air jatuh(daku lap penutup).kukus lebih kurang 8~10 minit saje...siap...angkat..biarkan sejuk...

Satu tips
Untuk Anda yg selalu ketiadaan buah durian diluar musim..masak inti bersama durian ..kemudian FROZEN kan...bila nak guna..defrost kan...he..he..


Monday 13 February 2017

TERKANDAS 4 JAM LEBIH ATAS HIGHWAY

Asslmklmwkth....
Ptg ni bukan entri masakan...tapi lebih kepada penceritaan pengalaman daku sendiri...kejadian pada sabtu malam ahad..pada 21hb.january 2017.mungkin anda pernah mengalami pengalaman macam daku..alahai....4 jam pun kecoh ke...cemana ye 12 jam...mau bengkak kaki kejang.....masaalahnya aku x pernah alami..setakat 30 minit pernah larr kan...kisah nya camni...kakak dan abg ipar daku ada rawatan lanjutan di IJN.....jadik dia orang suami isteri pergi le drive kereta ke stesen KTM TAIPING.mereka tinggalkan kereta di parking lot KTM..asalnya mereka nak pergi 3~4 hari,tapi sebab ada beberapa perkara nak diselesaikan.jadinya 3 minggu juga lah.Dia orang memang tinggalkan kunci pendua kereta pada kami.risau keselamatan kereta terlampau lama ditinggal..suamiku bersetuju amikkan kereta tu bersama sepupu daku..selepas solat maghrib kami bertolak.yg pergi ramai,sepupu daku berempat termasuk anaknya 3 orang.aku pulak dgn suami dan anak.semua 7 orang.malam tu cuaca elok..kalau sebelum ini tiap malam hujan.
Selepas memasuki tol BUKIT MERAH dan selepas melewati RnR gunung semanggol.pergerakan semakin perlahan...perlahan...dan...terhenti...kurang 500 meter dari kereta kami rupanya ada kemalangan...
Patut lah laluan arah UTARA perlahan dan banyak lori dan kereta berhenti.....perkara pertama yg daku nampak daripada silauan lampu ialah manusia yg masing2 pegang handphone dan ditinggikan handphone tu...sedang ambil gambar...daku pun keluar tengok apa sebenarnya yg terjadi...rupanya kemalangan baru terjadi...hanya berselang beberapa buah saja kereta dgn kami...lori simen yg sarat muatan dari selatan mengalami pecah tayar merempuh pagar tengah memasuki laluan kami,bertembung sebuah kereta alza dan sebuah kereta myvi...pemandu kereta alza rentung kereta terbalik(tayar keatas)manakala pemandu myvi meninggal di tempat kejadian.kedua dua kenderaan tidak membawa penumpang.masa kejadian pemandu alza(melayu)melambai lambai minta tolong...tapi...malang pengguna tak dapat menolong api terlalu cepat marak...dan terdengar letupan2 kecil...difahamkan...dlm begitu banyak kereta,lori yg berhenti...hanya ada sebuah bas yg datang menolong memadam menggunakan alat pemadam api..api yg marak memang x mampu dipadam.waktu itu bomba belum sampai....dlm 15 minit gitu baru lah bomba,polis sampai..
Mungkin lambat diberitahu...bomba dan polis dari TAIPING.asap hitam memang berkepul kepul di udara...daku memang tak berani mendekati..
Aku cuma berlegar ditempat kami berhenti.aku begitu kagum dgn pengguna2 jalanraya di belakang.rasanya dah 2 ke 3 km dah jammed....suami daku pun sama pergi ketempat kejadian siap interview driver lori simen yg hanya patah kaki...oh ya...lori simen tu bahagian kepala memang terbakar sebab melekat dgn kereta alza..orang ramai dpt selamatkan driver tu..pengguna dibelakang semakin ramai berjalan kaki pergi kehadapan...yg tua,yg muda,lelaki,perempuan.yg berdukung anak kecil..
Dan paling aku x lupa yg bertongkat dua (muda)mungkin patah kaki kot pada andaian daku,pakat2 reramai....sampaikan aku dah confuse....pasar malam.. ke??? kemalangan..!!!daku memang tak la nak mendekat...awal2 lagi badan aku dak menggeletar bila dia orang cerita yg meninggal hangus rentung...daku hanya mampu berdiri ditepi kereta.bila daku rasa penat berdiri,daku masuk kereta..Sempat juga berfikir ALLAH masih melindungi kami dari insiden yg tak diingini ...ALHAMDULILLAH...ditempat yg sama juga aku menyaksikan beberapa buah kereta dan lori kena saman sebab degil dia orang guna lorong kecemasan..kenderaan JPAM,JPJ,SPAD guna lorong kecemasan.dari pukul 8.15 malam sehingga jam 1.20 pagi.baru lah lorong dibuka.bayangkan begitu lama...anak2 kecik dilorong kanan sebelah kereta kami dah merengek...jenuh bapa dia berkipas...rimas la agaknya...nasib baik waktu malam...sejuk sikit.dlm gelap2 tu daku tengok ada bayang2 orang turun ke kaki longkang.daku tanya suami,apa yg mereka buat.rupanya mereka membuang air kecil..huh...suami daku 3 kali ulang ketempat kejadian.pergi balik jadi info kami...lega rasa nya bila laluan dibuka walaupun hanya satu lorong..perut dah berkeroncong.bincang2 dlm kereta nak pergi ke KTM dulu nak amik kereta abg ipar.sampai stesen dekat pukul 2 pagi.....di ulang 2 pagi..(kau rasa)..
Frustnya sampai2 gate besar bermangga...Logik la KTM tutup gate waktu tu..sape nak amik kereta jam 2 pagi???percaya ke mereka kereta kita ada kat situ...memang la percaya...tentu pihak mereka suruh datang pagi esok....tabik la KTM jaga betul keselamatan kenderaan pengguna...tapi muskil juga kalau dah tengah malam takde ke ETS ke atau keretapi barang ke berhenti????
Ok...gate tak buka..kita cari lak kedai makan..kat taiping ni kedai mamak memang banyak yg buka..
..anak aku lak kurang minat...cari punya cari,pusing punya pusing(jalan tak sebuk,boleh rasa jalan tu kita punya)..sampai kemunting jumpa la kedai siam.
Makan le apa yg ada.tapi memang sedap makanan panas mereka...lupa la nama kedai tu.
Pukul 2.30 pagi kami sampai pukul 3 pagi depa nak tutup.dah siap makan..masuk semula tol Kemunting,kekonon nak cepat sampai.kalau naik hihgway dlm 20 minit je sampai la tol BUKIT MERAH.kalau jln lama masa 1 jam.tau apa jadi pulak waktu balik atas highway...jammed lagi...kesan dari kemalangan tadi..simen masih bertaburan atas jalan...satu lorong je buka...dalam kegelapan tu aku tengok pekerja PROPPEL gigih buat kerja2 pembersihan...kasihan mereka...bergelap..mereka juga sebenarnya terdedah dgn bahaya...kalau yg bertaburan tu ayam atau beras atau gula,ok la lagi...ini kampit simen yg pecah2(memang semakin membeku kalau dibiar lama terdedah...rupanya jalan menghala ke selatan dah ditutup untuk kerja pembersihan.boleh nampak berpuluh puluh bas memenuhi sepanjang jln di RnR gunung semanggol.dan laluan dari utara kena exit tol BUKIT MERAH.bayangkan beberapa km pulak jammed dari utara ke tol....kami exit tol BUKIT MERAH hampir jam 3.30 pagi...kesian aku nengok yg terpaksa exit masing2 keluar dari kereta....memasing keliru hala jalan ke TAIPING...bayangkan tempat tu asing bagi mereka...memang la ada signboard...tapi gitu la yg daku nampak masing2 berhentikan kereta dan keluar...(khabar nya jammed sampai tengahari ahad,info dari radio perak dan daku baca metro online....)
Sampai rumah daku terus solat isyak...dlm dua jam tidur kena bangun semula untuk solat subuh...mmm..mmm lepas solat sambung semula zzzzzzz(tido).suami daku ajak pergi TAIPING amik kereta pun daku takmo...dia pergi dgn sepupu.tu je pengalaman daku yg mungkin pengalaman orang lain lagi menarik....

Moral of the story**(peringatan untuk saya)

Saya dan Anda sebagai pengguna jalanraya...jika ada kemalangan didepan mata,tak perlu lah beriya iya mengambil gambar...Saya dan Anda sebenarnya lebih terdedah kepada bahaya lalulintas.dan tak perlu lah sent pada kawan2 gambar2 putus kepala ke,putus kaki ke hingga jadi tular...Apa perasaan ahli keluarga bila melihat gambar mangsa...fikir fikarkan...

Saturday 11 February 2017

SAMBAL HIJAU IKAN BILIS TOMATO

Asmwkth...

Menu rengkas tapi cukup membuat daku bertambah tambah nasi tanpa sedar.....kalau makan lauk cenggini tak perlu ada kuah bagai...bagi daku cukup ada ulam dan ikan goreng atau telur mata...kalau ulam tu jenis yg rangup2 seperti kacang panjang dan timun jepun...agaknya kalau cecah ubi kayu rebus lagi sedap.bulan lepas la tengok bloghttp://namakucell.blogspot.my/2017/01/sambal-hijau-ikan-bilis-tomato.html...mak dik cella tu pandai masak...
Daku guna bahan2 bahan tu je...serius memang sedap...
Thanks dik cella.....sorry ye aunty memandai letak cili hijau besar...takut pedas sebenarnya....ha..ha..

SAMBAL HIJAU IKAN BILIS TOMATO


Bahan**

3/4 cawan ikan bilis
2 biji bawang besar
1 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
Segenggam cili padi
3 biji cili hidup hijau
Secubit belacan
2 biji buah tomato(potong wedges)
Garam,gula
Minyak


Cara daku**

Bersihkan ikan bilis,cuci bersih,tos.
Bawang besar belah empat,bawang kecik dan bawang putih belah dua.
Panaskan minyak,goreng ikan bilis garing,angkat.
Goreng juga bawang besar,bawang kecil dan bawang putih.angkat dan tapis.goreng juga cilipadi dan cili hidup hijau(daku patah patahkan)angkat dan tos.sejukkan sebentar.
Mesin kasar bahan goreng kecuali ikan bilis dgn sedikit air bersama secubit belacan.tumis  bahan kisar dgn sedikit minyak gorengan tadi.dah naik wangi masukkan ikan bilis,tomato hiris,garam,gula.daku kecilkan api untuk renih dan mesra sambil dikacau.tutup api...

Daku petik serba sedikit daun kaduk,pucuk bebuas pucuk kari...sedapnya pucuk2 ulam tu cecah dgn sambal hijau tu..daku cuci dan siram dgn air panas..takut juga ada benda asing yg lekat...boleh juga rendam dgn air garam...menu tu beberapa hari yg lalu...hari ini daku tak masak sebab ada kenduri lagikk kat kampung sebelah...Dinner???ha..ha..dinner pun tak masak....sebab..
Suami daku janji nak belanja makan mee udang..
Kedai makan baru buka...boleh lah nak cuba...kalau ok boleh datang lagi...kalau x memuaskan.

Ha..ha...KIRIM SALAM.


Thursday 9 February 2017

PETAI SAMBAL SARDIN

Asslmwkth....



Apa khabar Anda...
Dah makan tengahari?daku tulis ni masa suami dan anak daku pergi solat jumaat di masjid...kalau jumaat suami dan anak daku akan balik awal la..hari ni menu daku rengkas sebab daku sebuk bersilat kat dapo...apa yg daku sebukkan...lenkali daku cite..daku masak menu ikan masak kicap,tumis petola dan ayam goreng.jadi le..dlm sebuk tu kena juga masak...
Sambal sardin petai tu daku masak 3~4 hari lepas,yg pasti untuk dinner...masak pun dah lewat petang.seumur hidup tak pernah masak sardin letak petai...sedap rupanya..kepingin nengok kak azie kitchen masak lauk tu..kat entri beliau http://aziejaya.blogspot.my/2017/02/sambal-ikan-sardin-dengan-petai-yang.html...daku masak pun 1 tin kecik je...petai pun kopek sepapan.nak cepat...maghrib dah nak masuk...kecik pulak mata petai tu...takpe la janji tak kempunan...ha...ha aku paksa anak aku makan sambal sardin berpetai...mula2 dia ingatkan kacang peas saiz besar....pastu ayah dia larr bagitau yg tu petai...(agak2 larr ada ke orang letak kacang peas tu dlm sambal sardin)..banyak soal lak tu...takut mulut busuk petai...pokpek2 esok nak pergi sekolah..padahal bukan suruh makan petai...akhirnya amik juga sambal dan ikan...anak2 daku ni pelik sikit...kalau masa sekolah rendah dulu kalau daku masak sardin.dia orang akan amik isi ikan tu bahagian ekor je.geram daku dia orang tinggalkan isi yg masih banyak kat pinggan.dah masuk menengah baru pandai habiskan seketul terus...
Mcm kedekut sambal je kan sambal daku tu...daku masak 1 tin kecik je...aku dah cakap aku nak cepat...he...he..hee alasan.daku goreng juga telur mata dan ayam goreng...cukup untuk kami bertiga
Mcm biasa la daku guna bahan2 yg biasa.cuma penambahan nya isi petai,dan sebiji kentang dipotong wedges dan digoreng separuh masak,daku syorkan anda cuba masak....sebab memang sedap rangup petai tu..kopek dulu kulit petai tu,buang kulit ari yg putih tu...mula2 opkos tumis bawang kecil hiris sebiji,juga halia hiris halus.tumis sampai kuning sikit bawang tu.masukkan sambal mesin.tumis sampai minyak timbul,campak sekeping asam keping,masukkan sardin serta sos nya sekali dan kentang.letak air sikit tak nak hangit,api kena kecik sikit kasi renih dlm 5 minit sambil dikacau.masuk petai kopek,garam serbuk perasa  bawang besar yg dipotong bulat dan cilipadi yg di potong kecik.kacau.tutup api.siap.

Daku x suka masak bawang besar lama sangat.nanti tak rangup...


###sambal mesin bermaksud cili kering yg dipotong,letak air panas kasi lembut.kemudian cuci bersih,tapis.dimesin halus bersama air,sedikit minyak masak untuk lumat hancur biji,bawang besar,bawang kecik,belacan sikit dan zzsszzz mesin halus.simpan dlm balang bersih tutup.masuk dlm fridge.guna sudu bersih bila nak guna.

Aku tulis tu...supaya anak aku yg skrg hidup berdikari ditmpt orang..
Atau adik2 yg baru nak belajar2 masak tu......kalau para ibu2 memang dah mahir kan..

Wednesday 8 February 2017

PENGALAMAN DIRUMAH MISTERI SEKOLAH

Asslmwkth


Cerita ni merupakan kisah benar yg dialami oleh aku sendiri. Aku merupakan guru kontrak di sebuah sekolah rendah swasta di negeri yg dirahsiakan. Kiranya aku ni perantau lah. Tahun pertama, aku tinggal di asrama bersama pelajar2 sekolah menengah. Sekolah ni bersebelahan dengan sekolah rendah. Jadinya pengetua benarkan aku untuk tinggal di asrama sekolah. Tinggal di bilik warden. Rumah ni macam rumah banglo. Tapi aku duduk sampai hujung tahun lepas saja. Awal tahun, aku minta untuk tinggal berasingan dengan pelajar sebab tak selesa. Jadinya pengetua benarkan aku dan sorang lagi kawan aku daripada terengganu tinggal di rumah yang dibuat khas untuk kaunselor sekolah dalam kawasan sekolah jugaklah. Jadinya masa sehari sebelum bukak sekolah, aku pun naik ets untuk pulang ke sekolah. Kakak aku ambil di stesen keretapi. Selepas tu, kami pun pegi ke pasaraya untuk beli barang2 keperluan rumah (tikar/baldi/dll). Sampai je rumah tu, aku pun buat biasa. Kemas2 rumah tu. Cuci toilet semua. Pasang tikar. Lepas tu kakak aku pun balik. Sementara nak tunggu kawan aku sampai daripada terengganu, aku pun mandi, kemas2 sikit lagi. Rumah tu ada 3 bilik. 1 bilik kaunselor dan 2 lagi bilik kosong. Aku ambik bilik yang tengah. Bilik tu ada 1 tingkap tapi ada cermin yang tak lengkap. Rumah tu aku boleh kata, tak lengkap sebab masih renovate lagi bahagian belakang dapur dan tepi. Masa aku nak masuk bilik air tu, ada 2 ekor katak. Aku pun halau katak tu. Ok. Maghrib, kawan aku pun sampai. Kami sambung mengemas dan baca yaasin serta "pagarkan" rumah tu malam tu. Ok dipendekkan cerita, aku nak cerita apa yang jadi je kejadian pelik-pelik.
Setiap hari aku mandi pukul 5.45 pagi tu, aku akan dengar bunyi riuh orang bercakap. Aku fikir positif je orang kantin datang. Belakang rumah ni adalah kantin sekolah rendah. Bila malam2 memang wajib baca al-mulk(kerajaan) dan surah al-hasyr (pengusiran). Dan kami pun tidor dengan bacaan ayat al-quran. Tapi malam2, aku selalu dengar bunyi meja dan kerusi ditolak. Aku fikir positif, budak2 asrama pegi koperasi sebelah rumah kami ni. Ada 1 malam tu pakguard datang ronda, dia tanya berapa orang dalam rumah, berdua ke bertiga. Kawan aku tu muka dah cuak, aku jawab je berdua pakcik. Dan lagi peliknya, katak dalam bilik toilet tu asyik ada je walaupun dibuang banyak kali dah. Celah mana dia datang kan? Nak dijadikan hal, selepas seminggu tinggal disitu, aku terpaksa pulang ke kampung untuk menghadiri temuduga di kampung. Aku pun balik. Tinggallah kawan aku tu sorang. Cadangnya malam tu dia nak tidor rumah tu sorang2. Dia habis sekolah pukul 5 camtu. Balik tu dia nak mandi solat, tiba2 je lampu bilik air ditutup kemudian dibuka semula. Dia takda pulak nak tegur ke apa. Sebab sebelum ni aku dah pesan, jangan tegur apa2. Lepas mandi, dia solat pastu terus start enjin kereta pergi tumpang tidor rumah kawan kami.

Malam esoknya, dia call aku dan cerita. Dia cakap dia dah taknak tinggal situ lagi. Dia ajak aku pindah. Kebetulan pulak, aku diterima untuk mengajar di negeri kelahiranku sendiri. Jadi, aku buat keputusan untuk berhenti je terus sebab ada masalah dengan rumah pulak kan. Aku start kerja baru,bulan mac Tapi takpelah, duduk jelah rumah sendiri dengan keluarga dulu. Berehat. Nak dijadikan cerita, hari terakhir aku kat sekolah tu, aku kena la jugak pegi dulu kan untuk berhenti dengan baik. Oh lupa, sementara 3 hari sebelum aku berhenti kerja, kami berdua menumpang di rumah rakan sekerja. Sambil2 tu, aku pun bertanya atau korek cerita daripada guru2 lama tentang rumah tu. Menurut guru (kak Dar), rumah tu dulu rumah yang ada ustaz dan keluarganya tinggal. Bila malam2, isteri dia selalu terbau wangi sangat time senja. Dan anak dia pulak sampai berkawan dengan "benda" tu. Meremang bulu roma aku. Memang la kalau diikutkan, guru2 ada yang bertanya okay ke kami tinggal situ. Yang aku ni tak faham maksud okay tu. Aku ingat pasal fasiliti ke. Aku jawab jelah, okay je. Rupa2nya okay ke tak tu, kena gangguan ke tak. Kemudian aku cerita la pengalaman aku dengar bunyi riuh tu. Kak Dae cakap, orang kantin datang pukul 6.30 pagi. Ok, jeng ....jeng ....jeng. Dia cerita lagi, kawasan sekolah ni memang keras, terutama dekat stor (belakang rumah tu), belakang kantin, (belakang rumah tu), belakang bilik guru dan bilik air guru perempuan. Maksudnya kawasan rumah kami tu memang tempat "dia" dan mungkin "mereka"! Menurut kak Dar lagi, dekat pokok belakang rumah tu ada tinggal nenek kebayan. Pak guard juga selalu dengar bunyi orang basuh kain dalam tandas bilik guru. Dan kadang kala, bunyi mesin printer dalam bilik guru malam2. Huhuhu. Lemah semangat mak dengar. Habis cerita kak Dar. Petang tu, aku pegi jumpa pengetua untuk maklumkan yang aku berhenti notis 24jam. Bila aku cerita tentang rumah tu, dia cakap, dia pun tak sampai hati nak tanya okay ke tak tinggal situ. Sebabnya masa tempoh renovate, tukang cat rumah tu kena penampar dengan benda tu sampai demam seminggu. Haa .....amik kau!

Bila aku cerita dekat kawan serumah aku tu, dia pun dengar bunyi yg sama macam aku. Dan kebanyakan orang cakap, katak tu adalah jelmaan. Wallahualam......Sekarang aku tengah tinggal di rumah dan berhenti kerja sementara memulakan tugas di tempat baru.
Segala pengalaman yang aku rasai ni, akan aku ingat. Sebabnya, aku ni kategori penakut tapi tak tahulah macam mana aku boleh duduk 10 hari kat situ. Agaknya benda tu marah kami dok situ pastu pasang ayat2 al-quran pulak. Rumah tu dah lama ditinggalkan. Dengar cerita nanti nak dipindahkan jadi tadika pulak rumah tu. Hoi.... seronoklah benda tu dok main dengan budak2! !!!!Lupa pulak, kawan serumah aku tu pun sekarang masih lagi menumpang rumah orang. Kesian dia....

Sekian.


Ok...cerita yg anda baca tu bukan kisah daku..itu ada lah kisah BENAR pengalaman anak saudara aku yg ditulis dah di sent kepada aku untuk aku jadikan entri kali ini.sebelum ini pun dia pernah alami kejadian pelik kat kolej UPM tmpt dia belajar dulu.anak saudara aku ni agak rapat dgn daku..selalu kami berkongsi cerita kalau berjumpa.umurnya 25 tahun.aku memang panggil dia adik...walaupun dia kakak kepada adik2 nya yg seramai 5 orang.kalau ikutkan adik seorang penakut yg amat..
Daku x nak komen pasal rumah yg pernah didiami adik tu...wallahuallam... Dia juga ada tulis entry di blog fiksyen shasha


AKTIVITI MESIN KELAPA

Asklmwkth




Kalau ikut date kat gambar tu 23//01/2017....
Berniaga kelapa parut ke?tak...nak buat kenduri ke?pun...tidak...daku dah lama x beli kelapa.buat apa nak beli,kalau dah ada pokok sendiri.tinggal kat kmpg lak...memang x kuasa nak beli..kot tahap kemalasan melampau...ye la kot...aku kalau nak membeli pun memang tak berbaloi.kedai runcit atau market jauh dari rumah aku..
Ni la rutin bulanan daku...suami ku kumpul kelapa,buang sabut,belah kelapa....seterusnya tugas daku memesin...sebelum ni masa anak2 daku kecil daku bukan berani guna mesin kelapa ni...kali pertama beli,sehari semalam je mesin tu dirumah daku...esoknya daku suruh hantar semula kedai barangan letrik tu...aku beli ganti dgn washing machine..sebab aku ngeri nak guna masin kelapa tu......memang larr boleh je aku suruh suami yg tolong mesinkan tapi sampai bila?????dia kan kerja..jadinya aku guna kaedah yg lama iaitu kukur.......masa muda2 boleh larr kukur sekali hadap 5 biji...sekejap je...dah berumur sikit ni...dah tak larat.......jadi nya ini kali ke 2  daku beli mesin kelapa.aku tetpaksa beranikan juga guna..kalau dah ada stok kelapa yg dah berparut senang...lagipun suami daku memang sediakan satu peti sejuk beku yg sederhana besar untuk simpanan stok ayam,daging,ikan laut,ikan darat(hasilan kolam)serba mak nenek dlm tu termasuk fast food frozen.....jgn tak tau kat rumah daku ada 3 peti sejuk...yg satu tu tmpt daku simpan kek dan buah buahan...yg satu lagi tu tmpt daku simpan sayur,ikan2 masin,stok jem bila ada tempahan tat nenas dan barangan kek pun disitu....
Depan rumah daku ada 2 pokok kelapa.sepokok tu dah tua dah.pokok tu arwah mak aku yg tanam.walau pun dah tua pokoknya...tapi still masih berbuah dgn lebat dan jayanya...sebab apa tau..
Haaaa...daku suka tabur garam kasar di pangkal pokok kelapa tu...petua ni orang2 tua la yg bagi...suami daku beli 1 kilo garam kasar tabur je keliling akar pokok tu.perdu kot orang sebut.sekilo tu untuk 2 pokok kelapa.tabur la 6 bulan sekali.insyaalah,garam tu merangsang akar pokok untuk berbuah..dolu2 kan arwah mak daku tanam kelapa tepi parit...kalau buah kelapa tu matang,dan akan jatuh sendiri...dan air parit yg dalam tu akan menghanyutkan buah kelapa aku...nasib larr..rezeki orang lain lak yg dapat.sebab tu aku kena peka dgn bunyi kelapa jatuh.kena cepat2 amik penyauk(kreativiti suami aku )cipta...ha...ha...aku masih ingat lagi,kata mak aku.kelapa tu pemberian kawan mak aku(daku kenal je)memang dpt pahala besar la kawan mak aku tu bersedekah kelapa.mak aku pulak tanam.hasilnya sampai skrg anak cucu merasa.semoga kawan arwah mak aku tu dimurahkan rezeki.aminnn.ni daku nak bagitau pada ANDA yg baca entri daku ni...kalau ada orang sedekah makanan ke,apa ke.kena bersyukur dan DOA kan orang yg memberi itu sentiasa dimurahkan rezeki...satu lagi ye hargai pemberian orang.itu salah satu pesanan arwah mak kesayanganku..
Ok.sembang pasal kelapa tadi.ditepi parit depan rumah aku ada lagi sepohon pokok kelapa yg ditanam oleh suami aku..jadinyerr 2 pokok larr...alhamdulillah lebat juga buah nya....

Tuesday 7 February 2017

HADIRI WALIMATUL URUS

Askwkth...


Rezeki jgn ditolak,musuh jgn dicari.hari ahad punya majlis...tauke kantin sekolah menengah tempat anak daku bersekolah..dah beberapa kali tauke kantin yg lebih dikenali panggilan maksu buat majlis kahwin anak nya di rumah.tapi kali ni maksu buat majlis didewan sekolah agama berhampiran rumah beliau.aku,suami dan anak lelaki aku tepat sampai diwaktu jemputan tengah berbaris ramai...mujur buat dlm dewan.kurang panas.dah beberapa hari tidak hujan..


Goodies bag,cenderahati dari tuan rumah..alhamdulillah.dah nama pun tauke kantin sekolah..banyak larr guru yg hadir.sebenarnya bukan daku nak promote ye..tak dinafikan air tangan maksu kalau masak lauk kenduri memang sedap..keluarga daku pun pernah menempah lauk pauk untuk majlis kecil seperti tahlil..memang puashati la.harga pun berpatutan...sebenarnya ramai guru2 dan kakitangan sekolah yg selalu menempah makanan untuk majlis bertunang,doa selamat nak ke mekah ke..macammana boleh aku tahu?...ada larr...
Sedap2 yg disajikan.nasi minyak dan nasi putih,daging masak kurma,ayam masak merah,air asam dan paling aku sukai pajeri nenas.sedapnya....daku juga amik semangkuk kecil soto ayam.pun sedap juga...daku letak sambal kicap,dan kacang tanah goreng lebih....berpoluh juga la...pedassss....tapi sedap..
(Terimakasih maksu jemput ogy sekeluarga).perut dah kenyang...jommm balik..x sempat tengok pengantin pun.waktu balik tu sempat le daku snap dari dlm kereta sek menengah daku pertengahan 80an dolu..x banyak sangat pun berubah.dari luaran larr..dewan sek agama ni berjiran dgn sek menengah(SMMS)ADA KE PEMBACA BLOG DAKU NI PERNAH BERSEKOLAH  DI SEKOLAH MENENGAH MUDZAFFAR SHAH?


Banyak kenangan kat sekolah ni...daku simpan je.sampai kat pekan kecil semanggol,daku suruh suami ku berhenti...nampak ada penjual karipap besar..aku bukan turun pun..suami yg menapak ke warung tu..tu larr karipap besarnya..rm5 untuk 2 ketul....mcm x puashati la..tang inti tu banyak ruang kosong...sikit sangat inti..mcm k....t je...dah larr 1





kecik 1 besar...alamat ni yg pertama ni yg terakhir la kot beli....tang kulit tu daku puji sebab rangup...aku pernah je buat ada la dlm 3 kali request dari anak sulung daku...pastu dah takde permintaan malaz la buat..aku buat dulu inti ayam + telur yg dipecahkan dlm kulit karipap.anak aku pun mengada x nak yg letak telur rebus.nak yg telur dipecah terus dalam kulit karipap..sampaikan tangan daku percik minyak panaz..(kau mampu)...sian aku...mana ada acuan karipap sebesar pinggan...anak punya pasal aku cuba buat..dah la aku ni fail bab kelim karipap.daku gelek tepung sebesar pinggan isi inti dan klim.memang x lawa la kan....tu bab klim,bab nak masukkan karipap dari pinggan kekuali tu yg tangan daku dpt habuan percik minyak panaz..anda boleh bayangkan tak?dah la malas nak kenang...tu je kot kisah daku hari minggu lepas...


Saturday 4 February 2017

JOM DETOKS LEMON

Asklmwkth..



Daku guna sebiji lemon,bersihkan lemon.daku siram dgn air panas.potong,masuk dlm jug.tuang air panas.biarkan 4~ 5 jam.baru minum....sedap tau..pahitttt...kulit dan biji lemon lebih mempengaruhi dari kemasaman isi lemon...ha..ha..pahit itukan ubat...

Walaupun cuti Tahun Baru Cina dah seminggu berlalu..tapi still masih ada orang buat kenduri kendara...kadang2 kan kalau kat kmpg la ada juga bertembung kenduri hari yg sama...nak buat macam mana kan....masing2 nak cuti yg panjang baru buat kenduri..contoh minggu lepas hari sabtu dan ahad ada kenduri...hari ni sabtu dan esok ahad takde dah kenduri..
Tapi esok ahad daku ada satu jemputan kenduri,jauh la dari kampung aku...kenduri walimatulurus tu di dewan berhampiran sek.men.mudzaffar shah(SMMS)sekolah menengah aku dulu..bila ada kenduri kita akan disajikan nasi minyak la,nasi beriani la pastu beraneka lauk pauk..sedap2 belaka...masakan ayam masak merah kalau x berlinang sambal dgn minyak dan santan pekat,tak sah,tapi sesetengah tempat mereka guna susu cair, memang x cantik la kan.begitu juga kalau daging masak hitam,mesti berpalut minyak.....sendirik mau ingat la,dah kau bedal semua tu ditambah pulak serba serbi pemanis mulut,seperti cendol,teh tarik,bubur kacang dan dikampung daku skrg dah ada keluar menu orang banjar yg agak jarang dibuat.iaitu wadai keeping(tau ke wadai keeping)ala kat tmpt lain mungkin di sebut lain.....iiiissh camni la daku suka lari dari tajuk diatas.
Kesimpulannya dlm sebulan kena minum air detoks 2~3 kali...aku kalau buat bukan setakat lemon,kadang aku buat dgn epal hijau ke,timun ke,paling daku suka air nanas tanpa gula..kesihatan kena jaga juga tau...sekurang kurang ada pencucian usus kita yg rasa nya menimbun kerak2 yg malaz tanggal...aku tau x de yg rajin nak buat tiap hari.ada orang detoks dgn sayuran mcm saleri ke saderi ke..iiissh..daku macam tak boleh telan larr...


Friday 3 February 2017

SAMBAL BELACAN TOMATO SEDAP

Asklmwkth...






Aku buat sambal belacan tu masa menu lemak putih daun mengkudu aritu.suami daku bertambah2 tambah nasi..
tu je bahan2 nya,pastikan cuci bersih dulu lesung batu,bahan yg nak ditumbuk,belacan jgn pulak pandai2 pi cuci..daun kaduk tu petik kat tepi dapur.patutnya ada cili merah tapi stok abis.cilipadi tu aku tumbuk lumat sama belacan,garam dan serbuk perasa,last sekali baru daku tumbuk buah tomato yg dipotong kasar,dan perahkan  sebiji limau nipis...kecik je kan limau nipis tu seakan limau kasturi...made in bota  tu...

Napa kat hujung tu tulis SEDAP.memang sedap pun kat tekak daku dan suami daku...aku jarang buat sambal belacan letak buah tomato atau orang kmpg aku panggil terung tomato..sebut sambal belacan ni kan...daku terkenang dolu2..masa aku umur belasan tahun.arwah mak aku buat sambal belacan guna cili kering atau di sebut cabai kering,bahan nya kan,cili kering,bawang kecil dlm 2 biji,belacan ofkos la,pastu nak kasi masam sambal tu digiling kan juga mempelam telur atau orang panggil pelam pauh yg muda.yg biji pun putih melepak lagi.atau pun pelam bemban disebut juga mempelam ayaq.kenal ke pelam bemban atau pelam ayaq.dulu2 2 jenis pelam tu je yg banyak ditanam ditengah batas bendang....
Dulu2 kan sambal belacan digiling disebut juga batu giling...kat rumah skrg masih tersimpan 2 batu giling,arwah mak punya dan arwah nenek ku punya...lebih 50 tahun umur batu giling tu...dulu2 mana ada bekalan letrik..blender pun baru nak dicipta (aku agak je..jgn percaya sangat).skrg batu giling kedua dua nya dah jadi arkib dlm kolah mandi.untung juga aku ada 2 bilik air...jadinya kumasukkan dlm kolah...uuuuiiii air mandi jadi sejuk sebab batu giling(ada ke orang sepesen mcm daku)ye lah dah batu giling tu dah x digunakan...daku amik inisiatif masuk dlm kolah.....pandai kann aku...daripada terbiar jadi tmpt tido sang katak....anda pun boleh ikut mcm daku...sayangkan..Peninggalan pusaka dolu2...lagi satu aku masih simpan alu lesung yg dulu2 orang guna untuk tumbuk padi dan beras.kalau nak makan kuih,arwah mak aku akan rendam beras sampai kembang pastu tos air,dan tumbuk sampai hancur kemudian ayak...mcm dah jauh menyimpang je dari tajuk diatas..sorry ye...perut pun dah kenyang.biasa la lepas lunch,cuaca tengah panas rembang..mata pun mula la berat....x boleh,x boleh,...belum solat zohor lagi...nanti lepas solat baru boleh 😴😴😴