Monday 28 January 2019

PERTANDINGAN HIAS KEBUN DAPUR CANTIK



Assalammualaikum..wkth..


Semua pic2 dibawah adalah pic tahun lepas 2018...Lambat sikit baru muncul sebab ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.Cukup lah menjadi rahsia Daku...
Seperti yang diketahui melalui entri sebelum ini, Kumpulan KEMAS KAMPUNG Daku terpilih memasuki Pertandingan Hias Kebun Dapur Cantik.Sepuluh Daerah terpilih untuk seluruh Negeri Perak..KEMAS kampung Daku mewakili Daerah Kerian.Kalau tak silap Daku projek ni bermula pada bulan Julai 2018...

Apabila diberitahu oleh Cikgu Sara kumpulan KEMAS kami terpilih,Bermula lah kami merancang,mencangkul,merumput.Memang mencabar kerana tanah banyak mengandungi batu dan simen kesan pembinaan Dewan lama dibangunkan menjadi dewan baru...Lagipun tak semua ahli KEMAS yang mahu turun padang...Faham2 lah mungkin mereka tak berminat atau pun mungkin kengkangan masa.Bayangkan lah ada yang tak muncul langsung...Mmm..Malaz la nak kenang...Tapi tak semua lah...Alhamdulillah Encik Suami mengizinkan Daku aktif.....Daku pun bukan lah tiap hari datang ke kebun belakang dewan ini..Kadang2 kan Daku ada aktiviti Surau..

Tanah,baja,benih2 pokok memang di sedia oleh pihak KEMAS BAGAN SERAI yang keluarkan modal...Alhamdulillah..kerjasama dari kawan2 yang lain amat menggalakan...Bila sudah siap ditanam pokok,masih ada cabaran antaranya kambing meragut pokok,ayam mencakar tanah pada anak2 pokok..Dah nama pun Dewan orang ramai.Haiwan ternakan pun bebas bertandang.Adehh..Waktu pagi dan petang bergilir menyiram pokok.Cuaca pulak sebulan dua tu memang panas dari pagi sampai kepetang.Beberapa kali Pengadil hendak datang asyik ditertunda...huh..
Akhirnya pertengahan bulan November barulah Pengadil betul2 datang.....



Kebanyakan pic2 tu Daku ambil dari Group WhatsApps...





Majlis dimulai dengan bacaan Doa selamat yang dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Daku iaitu Encik Sahibol Anuar..








Ucapan aluan dari Tok Ketua Kampung(Encik Hisham)







Ucapan dari pengerusi PKK KEMAS PADANG LALANG..(Kak Yah)




Hari tersebut macam biasa Daku jadi Pengerusi majlis...malu..tutup muka sikit..ha..ha..







Ada sedikit tayangan slaid yang disediakan oleh pihak KEMAS,dan Daku diberi kepercayaan membentangkan secara rengkas.Selepas sessi didalam Dewan.Para Pengadil dan jemputan diajak keluar melihat persekitaran luar Dewan.


Tu mereka tengah buat Demo cara2 nak buat tanah baja organik...
Dua orang kakak dibawah ini memang pakar tanaman.Kat rumah dorang pun rajin bertanam sayur dan pokok..







Beberapa bulan yang lepas,pihak PERTANIAN memang ada datang mengajar cara2 menghasilkan racun organik dan baja tanah organik kepada kami menggunakan campuran sisa2 sayuran....








Encik Hisham turut sama membantu..




puan pengadil berbaju putih sedang membelek
anak2 pokok salad....




Anak pokok cili yang Puan pengadil pegang tu Kami jual dua pokok rm5...Tapi untuk pengadil tak jual lah..beri jer percuma..





Nampak tu tak silap Daku pokok akar seruntun yang selalu orang buat ubat...Mereka minta juga sedikit pokok serai wangi untuk tanam di Ipoh...












Anak pokok cili hidup dan ciliapi untuk dijual.Setakat ini serai,kucai memang ada pembeli,Wang hasil jualan dimasukkan kedalam tabung..Kami Ahli2 KEMAS pula memang boleh ambil apa saja sayur dengan percuma...





Nak letak juga pic  diatas (Bertarikh 14 November 2018)
Penantian suatu penyeksaan.Agak lama juga la,Pihak Pengadil mengumumkan keputusan pemenang...Keputusan hanya diumum kan 2 bulan selepas tarikh tersebut.Bermaksud keputusan baru saja Kami perolehi iaitu pada pertengahan January 2019.






Ini antara yang ditanam di kebun sekangkang kera di tepi dan belakang dewan..Pokok sayuran dan pokok herba...











Ini bahagian belakang dewan,bahagian bawah ada ditanam barisan rumpun rumpun serai,pokok ubi kayu dan kacang panjang.Pic tiada sebab banyak pic dah terdelete..



Banyak menggunakankan bahan plastik terbuang antaranya botol2 plastik ditanam sayur kangkung..Abaikan hutan dan kebun sawit dibelakang tu...
























Daku suka pic ni sebab banyak kenangan.Bersusah payah Cikgu Sara dan Suami nya menebang pokok buluh kuning ini di pinggiran kuburan.Kemudian membawa buluh ini ke Dewan.Waktu ini Kami tak tahu pun Cikgu nak tebang buluh....Hari seterusnya Kami bersama sama menggergaji,membelah kemudian mengetuk menjadi leper seterusnya menulis menggunakan cat...






Selesai mendengar sedikit penerangan dan melawat kawasan kebun..Pengadil dan semua jemputan dijamu makanan Nasi Lemak Special dan kuih muih...Waktu ini jam10.30 pagi..




Daku suka dengan pic diatas tu..Sebab nampak benar keikhlasan silaturrahim..Biar Daku jelaskan Lelaki berbaju putih itu ialah Encik Hamid mantan Ketua Kampung selepas peralihan kuasa politik diganti pula oleh Encik Hisham(berbaju merah)sebagai Ketua Kampung...







Sessi serah cenderahati kepada para pengadil yang Bijaksana...













Selesai acara,lega sangatt...
Sempat lagi Daku dan sebahagian kawan2 bersama Cikgu Sara serta Penyelia dan Staff dari Pejabat KEMAS BAGAN SERAI bergambar untuk kenangan.







Ini lah Dewan orang ramai kampung Daku...








Hasil landskap kreativiti kawan2...






Berhadapan Dewan terbentang Sungai Gedong...Dari sisi kanan.Nampak tak jambatan yang menjadi penghubung.Sungai yang agak panjang bermula dari Tasik Bukit Merah.Jambatan tu agak unik sebab dibawah jambatan adalah aliran air sungai.Manakala Dinding jambatan yang bercat putih pula ada laluan aliran air Taliair Besar berhadapan rumah Daku.Aliran Taliair sepanjang berpuluh puluh kilometer jauhnya arah ke Kuala Kurau penghujung nya ada lah Pantai Ban Pecah...Maksudnya Jambatan tu dijadikan penghubung Sungai dan Taliair....Atas jambatan tu juga lah diwaktu pagi tempat berjual Nasi lemak dan kuih muih.Waktu petang pula ada yang berjual burger dan ada yang berjual apam balik dan makanan bergoreng...

Kalau nak tahu kalau musim hujan,Atas jambatan tu lah tempat orang2 kampung dan orang luar menjala dan memancing ikan.
Bersebelahan dewan adalah warung kopi.Dibuka dari pagi sampai ke malam...






Pic diatas pula masih dihadapan Dewan.Itu pemandangan sebelah kiri.Penghujung kampung tu ada lah Tanah Perkuburan...Ppppsstt dalam sungai ini banyak buaya...Tapi belum pernah lagi mengganggu penduduk...Selalu juga buaya2 ni timbul...






Landskap bahagian hadapan ditanam bunga bunga pelbagai warna...







Daku saja letak dua pic wargamas yg lebih senang Daku gelarkan AHLI SYURGA..Beliau Insan Istimewa yang tidak pernah mengganggu sesiapa..Beliau begitu rajin menjengah melawat walau sebentar apabila melihat Kami melakukan apa jua aktiviti di Dewan atau di Masjid...







Beliau pemalu....Kadang2 bila Beliau datang waktu Kami kelah2 selepas lelah berkebun..Akan ada juga rezeki untuk Beliau...

Okey sebelum menutup entri ini.Mesti ANDA tertanya tanya apa keputusan pertandingan tersebut.Tunggu  yer next entri Daku akan bagitau...In sha allah...

Terima kasih pada ANDA yg sudi singgah blog biasa2 Daku ini...






Sunday 27 January 2019

GULAI KARI AYAM


Assalammualaikum..wkth..

Salah satu menu kegemaran anak2 dan Suami ialah kari...Tak kira lah kari ayam,kari ikan,kari daging,kari telur atau kari udang...Menu pusingan selama seminggu yang selalu nya membuat ibu2 atau surirumah buntu nak masak apa??..Menu berkuah begini tidak la di masak tiap hari.Kadang ada juga menu ala kering2...misalnya goreng2 atau nak lagi sedap jenis goreng bercili.Ikut selera dan mood memasak...boleh cenggitu...ha..ha... mana boleh ikut selera sendiri...Kena pelbagaikan.Biar rengkas janji sedap..









Kalau masak kari,biasanya memang Daku masak style tak guna santan..Dah bertahun tahun dah macam tu...Jangan cakap Daku malaz mesin kelapa....Jangan tak tahu...Daku akan mesin kelapa buat stok frozen.Sekali mesin paling banyak 12-13 biji.Paling sikit 9 biji..Daku memang tak rajin nak mesin sebiji dua..Sebab salah satunya malaz nak leluarkan mesin..Stok kelapa parut frozen lebih kepada penggunaan,masak bubur2 manis,menu masak lemak,inti kelapa untuk buat kuih,dannn...kelapa parut juga untuk Daku buat KERISIK homemade.....Bukan untuk dijual tau..tapi guna untuk sendiri....Stok kelapa parut akan di paket mengikut keperluan.Sama juga dengan kerisik akan di paket paket....


Panjang pulak sembang nya.....








Ayam dan ubi keledek merah kali ini..Habiskan stok keledek merah yang manis dan amat sesuai berganding dengan ayam...







Kawanan penumis.Antaranya Daun kari,Daun pandan,bawang besar,bawang merah,halia,bawang putih,kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga,Dalan sudu tu halba campur dan asam keping.








Dalam piring ni pulak gandingan 4 sekawan,
2 sudu rempah kari ikan,
2 sudu serbuk cili,
1 sudu cili blend,
1 sudu (campuran yang sudah di blend serai,lengkuas,bawang besar,bawang merah,bawang putih,,halia)









1 sudu kerisik frozen(baru defrost)









1 mangkuk air atau lebih (mengikut keperluan)











Dah sedia jom masak...










Panaskan minyak,Tumis semua nya hingga kuning dan naik bau wangi...






Masukkan segala rempah dan bahan blend....







Tumis hingga masak ...Masukkan air sedikit supaya tidak hangus tumisan...












Masuk kan ayam,biar ayam masak dan mengeluarkan air










Masukkan air dan ubi Keledek,Tunggu hingga ayam dan ubi empuk,Masukkan asam keping.

Masukkan juga kerisik...









Masukkan garam dan serbuk perasa....
Tutup api...










Jom makan.Nak lagi heaven renjiskan kicap manis dan patah2 kan cilipadi tu....Eeeh takde sayur ker???







Ada ni ha...Ulam timun jepun,jadi ler....Alhamdulillah...


Terima kasih pada ANDA yang sudi singgah blog biasa2 Daku ini...