Saturday 28 September 2019

BUBUR ASSYURA PEDAS DAN BUBUR ASSYURA MANIS 2019



Asslmklmwkth.......


Hari ini  28 Muharram...Ada yang cakap bulan Assyura...Masak Bubur Assyura ni pada hari selasa 24 Muharram bersamaan 24 September lepas...Masak di dewan,geng KEMAS sebenarnya yg rancang.Hari selasa tu Daku dah semakin sehat dari demam...
Sebelum ni memang dah makan bubur assyura manis pemberian Mak saudara Daku yang dia buat sendiri.Manakala bubur assyura pedas pemberian kawan baik dari kampung sebelah bagi 1 tupperware penuh...






Buat dua periuk,satu assyura pedas,satu assyura manis.Semua bahan di beli dan dan disediakan oleh Cikgu Sara.Kutipan duit sorang rm10...Hari isnin Cikgu Sara beli barang dan hantar ke dewan.Masing2 amik bahagian,Daku minta tolong kawan Daku hantarkan kerumah Daku,kacang merah untuk Daku rebuskan..Ada yang sediakan santan,sediakan dapur,sediakan periuk.










Sayur bayam brazil yang di petik dikebun dapur tepi dewan..Ubi kayu pun dorang cabut dari pokok yg ditanam di belakang dewan.





Antara bahan2 yg Daku sempat snap...

















Semua tu bahan untuk assyura pedas..
Tak banyak sangat pun bahan sayur dan ubi ubian...Jagung fresh pun ada...tapi tiada pulak dalam pic..aduiii...Daku datang lewat sikit sebenarnya...




Sambal tumis bilis ni Dorang suruh Daku masak  sesiap dari rumah....Sambal ni untuk bubur assyura pedas...








Kacang merah saiz kecik ini juga yg Daku rebus dari rumah..










Tengah masak beras nak sampai kembang tu....Jangan tanya sukatan yer..Sebab Masa Daku sampai periuk dah bertenggek atas dapur.








Tu dah dimasukkan sayuran dan sambal bilis...








Ni pulak bancuhan tepung beras,santan,gula...
Untuk Assyura manis...










Tu bahan untuk assyura manis...







Bergilir mendayung mengacau bubur assyura..




Masa ni masih ada kawan2 yg belum datang..Kalau dalam list nama2 yang terbabit ada la 25 orang...Tapi tu lar ada juga yg bagi duit,tapi bayang tak nampak...Yang hadir lebih kurang 15 orang jer...






Biasanya masyarakat kampung Daku ni tiap tahun masak bubur assyura di perkarangan masjid..Meriah dan ramai yang hadir...Ni kami masak bubur assyura di dewan sebab antara program kelas KEMAS kami..Setiap selasa kan kami ada kelas KEMAS,masak2 ker,kraftangan ker atau aktiviti perkebunan ker...

Tapi esok ahad,Pihak MPKK akan buat juga program masak Bubur Assyura...Asalnya nak buat di Masjid.Suka la Daku dengar.tetiba dalam 3-4 hari ni pihak MPKK tukar fikiran nak buat program tu di dewan...Ramai juga tu yang tak setuju termasuk la Daku...mm..mm..Kat masjid kemudahan banyak..Sebelum2 ni kalau masak bubur Assyura masak guna kayu api..Dua kawah besar...Perkarangan masjid ada dewan juga..Tempat masak dan tempat membasuh pun luas berbumbung elok..mmm..mmm malaz nak campoq....Dah helok2 nak buat kat masjid..




Antara kudapan yg ada..Mihun goreng(tiada dlm pic) dan cucur udang...






Nak letak gak pic bubur Assyura pedas.Nikmatnya dapat makan bubur assyura setahun sekali jumpa.
Masak tak banyak pun Assyura pedas tu..Memang kami masak untuk makan sementara nak tunggu Bubur Assyura manis tu masak....








Ada juga yg bawa buah mangga,jambu dan pencicah pedas...Daku kan baru lepas baik dari demam...memang pucuk dicita ulam mendatang la...






Setelah berpanas sambil mengacau dan sambil kami makan2...Tetiba hujan turun dengan selebat lebatnya bersama angin yang agak kuat..






Nampak tu jadi gelap suasana....Bahagian depan dewan..





Pokok kat belakang dewan tu bergoyang kekanan kekiri...Takut tau masa ni..Berhimpit kami mengelak tempias hujan...
Kami ibu2 yang berada didewan ketika ini,masing2 memikirkan anak2 dan rumah yang ditinggalkan.Daku pun risau jugak.Walau pun tiada sesiapa dirumah.Suami Daku kebetulan hari yang sama pergi ke KLIA ada urusan kerja sikit,tengah malam baru dia sampai rumah...





Hujan masih lebat..Bubur belum ada tanda2 nak masak..masih cair...Dengan angin yang kuat.Api dapur pun dah jadi tak tentu hala dek tiupan angin..Nasib baik la ada meja dan tudung periuk sebagai perisai dari tempias dan tiupan angin.....







Siap berbaris tipuware untuk diisi bubur Assyura...Ikut sukatan tu sama rata..










Akhirnya masak juga..Itu pun jam menghampiri ker 6.00 petang..Hujan pun dah berhenti...






Abaikan yg bertopeng kat belakang tu yer...
Masa ni cuaca tengah panas,cerah...
TERIMAKASIH PADA ANDA YANG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI...

Friday 27 September 2019

LEMAK CILI PADI DAGING SALAI



Assalammualaikum wkth..


Menu hari ini jumaat,pagi tadi selongkar peti frozen,Jumpa 4 keping daging salai.Keluarkan 2 keping jer....Makan berdua ja..Masak banyak nanti tak abis pulak.Lagipun masak untuk lunch.Malam nanti nak jemput Anak Daku dekat KTM..Dia wasap nak balik kampung.Sebab sabtu takde kelas,jadi nak balik.Sebelum tu Daku dah tanya,Adik nak suruh mak masak lauk apa??Dia siap bagitau...Adik nak makan Nasi Kandar.Amboiii.....Padahal minggu cuti yg dia balik aritu,dah pekena Nasi Kandar.Kat Bagan Serai ni ada ja dua tiga tempat kedai Nasi Kandar.Semuanya kedai 24 jam...
Kecuali ada satu kedai kegemaran Suami Daku,kedai Nasi Kandar tu buka dari jam 5.00 petang sampai jam 12.00 malam sahaja..Lauk dia memang sedap dan fresh.Kedai dia pun bersih.Rasanya wife tokey melayu jati.Suaminya mamak..Kedai tu la malam ni kami nak pergi makan...










Dah hiris daging salai ni dapat la setengah mangkuk..


Keluarkan juga sayur buah kundur.Asalnya kundur tu 2 biji pemberian Mak kepada Tok Ketua Kampung.Sebiji besar Daku sedekahkan semula pada sorang Makcik yg tinggal nun di hujung kampung.Suka dia bila Daku beri buah kundur tu...Tapi Daku bagitau siap2,bukan Daku yang tanam.Pemberian orang Daku panjangkan sedekahnya..Sebiji lagi sederhana besar,Daku belah dua.Sebelah Daku amik,sebelah lagi Daku bagi pada Kakak daku.Suku Daku dah masak tumis air sebelum ni,Tinggal la balance sikit tu Daku kawankan ajer dengan daging salai...





Cara Daku..

Blend cilipadi,bawang besar dan sedikit kunyit hidup.Blend bahan tu dengan santan cair.Masak bersama daging salai yg sudah dihiris nipis.Masukkan juga sebatang serai yg di ketuk.Masak hingga daging empuk.Bila daging dah lembut masukkan sayur buah kundur.Kemudian masukkan santan pekat dan masukkan 1 keping asam gelugur.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.











Kat bawah ni bukan daging goreng tau...




Pagi tadi punya cerita.Lepas breakfast.Baca la blog Adik Manis tu...Tedia..punya tengok mandai goreng sama sambal petai bilis.Punya la sedap tengok mandai goreng...
Tak boleh jadik tu yang amik balang mandai,amik seketol kecik keluarkan siap2....Takut lupa...
Sebenarnya lama dah tak makan mandai goreng....Seingat Daku.Last masak mandai ni masa Anak lelaki sulung tu balik masa raya puasa.Anak sulung Daku memang suka dan pandai makan mandai goreng.Minggu depan katanya nak balik kampung..Boleh la goreng banyak sikit.Yang si Adik memang tak pandai la makan mandai goreng ni...






Mandai goreng atau pun mandai guring,orang banjar kampung Daku kata...Makanan warisan..Daku goreng dgn bawang merah,bawang putih,cili merah dan cilipadi hiris.Goreng dengan sedikit minyak.Last sekali pecahkan sebiji telur dan masukkan sedikit serbuk perasa dan gaul...Boleh juga letak ikan bilis.Dah masak angkat.







Tengah Daku taip entri ni...Hujan tengah lebat..Minggu ni petang2 dah mula hujan..kat tempat lain pun sama kan...Syukur Alhmdulillah...TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YG BIASA2 INI...



Saturday 21 September 2019

KERABU TAUGEH ORANG DEMAM



Assalammualaikum.wkth..


Mula demam dari hari khamis dah..Sana sini orang dok heboh jerebu..Daku okey jer..kengkononnya,Kita duduk dalam rumah,mesti terhindar dari jerebu.....Pada pagi hari rabu tu,Daku menyapu daun2 kering di halaman rumah,Sambil siram2 pokok bunga tu.Masa tu memang jerebu kat luar.Dah terkumpul daun daun kering tu,boleh pulak masuk rumah amik pemetik api dan apa lagi membakar lagi.Bukan tak tahu larangan membakar di musim jerebu..Seronok api marak makan daun daun kering.Itulah harga yg perlu Daku terima,esoknya khamis dah mula sakit tekak,badan dah mula seram sejuk...
Sesuai sangat la perkataan yg selalu orang sebut.YG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH,YANG KURANG BAIK DATANG NYA DARI DAKU SENDIRI..

Takmo cakap banyak dah..Ubat semua dah makan,minum air masak pun dah bergelen.





Last menu hari jumaat.Teringin nak makan kerabu.Taugeh segar ada la dalam semangkuk camtu,Dalam tak larat tu,petik la ulam raja sikit daun selom sikit.Kerabu cara Daku,










Hiris  ulam raja dan daun selom.Rencahnya tumbuk 2 biji cili merah hidup,9 biji cili padi,2 biji bawang merah,belacan sikit,paling utama udang kering(agak2 jer).Tumbuk tak payah sampai lumat.Panaskan api letak sedikit minyak,tumis bahan tumbuk sampai wangi,letak kunyit serbuk sikit.Kemudian masukkan segenggam kelapa segar.Masukkan garam sikit dan serbuk perasa.Masak sampai wangi,dan tutup api.Biar rencah dalam kuali dan biar sejuk sebentar.Masukkan taugeh yang sudah di bersihkan,masukkan juga daun selom dan ulam raja.Jangan lupa bawang besar hiris.Perahkan juga 3 biji jus limau kasturi.Gaul sebati.Angkat dan masukkan dalam pinggan.

Nikmat sungguh meratah kerabu ni masa lunch.Rangup,pedas dan masam.Makan nasi sikit jer..Mulut rasa pahit,payau.Petang tu Suami kait buah mempelam,dia kupas,dia hiris,ada pulak kuah pencicah.Boleh habis dua biji Daku makan sorang.Jangan tanya pic.Memang takde.Lepas tu takmo makan apa dah.Hari Daku buat kerabu tu juga Daku masak gulai pekat  sotong dan ikan goreng.




Jadi ler menu orang demam...








Selalu kalau demam,Daku hanya suka makan roti,sama ada bun atau roti slice.Untuk breakfast pagi tadi cuma makan oat coklat,untuk lunch pulak roti.Malam ni pun sama makan roti.Hari ni tak masak apa pun,Suami tak kasi.Dia suruh Daku rehat.Suami makan kat luar.Dia tanya nak makan apa2 tak?Siap disenaraikan nama2 makanan.Takmo lah..Tak selera....Kesian Daku kan...Kepala ting tong dah ni kesan makan ubat...

DOA kan Daku sehat yer...
TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YG BIASA2 INI...




Monday 16 September 2019

SELAMAT HARI MALAYSIA



Assalammualaikum wkth..





Selamat menyambut Hari MALAYSIA kepada semua rakyat MALAYSIA...Semoga semuanya hidup dalam aman dan damai.Bersatu padu,saling hormat menghormati sesama kaum.
Sebagai rakyat MALAYSIA kita kena bersyukur berada di bumi bertuah ini...

MESIN KELAPA VS KUKUR KELAPA

Asklmwkth..


Apa ker tajuk cenggitu???
Ini cerita bulan lepas nyerr..
Mesin kelapa vs kukur kelapa...Waktu ni rasa nak nangis...
Pagi sebelum Suami pergi kerja,Daku suruh dia kupas kelapa....eeehh jap..kupas ker kopek...mana2 pun boleh la...Stok kelapa frozen hampir habis..Jadinya kelapa pun ada yg dah jatuh...Ada sembilan biji buah kelapa...
Dah suami siap belah kelapa,Daku pun cuci bersih buah kelapa luar dan dalam.Dan tos..





Seterusnya keluarkan benda alah ni dari stor dapur dan menyiram nyiram air kedalam permukaan mesin.Nampak tu basah lagi...







Kelapa yang sudah bersih dan di tos airnya,Dimasukkan dalam besen besar..Bila Daku dah petik switch ON kat mesin kelapa ni...Tak mo berputar macam selalu..Dua tiga kali juga la Daku cuba tetap sama.Takut juga dok main ON OF switch..Takut juga renjatan elektrik.Sapa pun taktau....Dahh...sudah...Nak buat camna ni...Takkan nak pergi ketuk rumah jiran nak pinjam mesin nyior...Aduiii...Nak tak nak, Kena gunakan alternatif lain,jadinya keluarkan lah kukur nyior legend ni...Kukur nyior warisan arwah Mak...Masih tajam gigi nya...Dah lama sangat tak mengukur.....Dengan badan pun dah makin comei...lahai...Letih nya...



Tu baru 4 tempurung,dah bangun berdiri tegakkan pinggang...Banyak lagi tu...






Berehat sebentar,pastu baru teruskan...Agak mencabar juga la...Kalau dulu zaman anak dara,sekejap jer kukur kelapa setakat dua biji....



Akhirnya setelah beberapa kali bangun,duduk,bangun siap juga...Macam tak percaya pulak.Daku start kukur jam 9.30 pagi selesai kukur jam 10.40 pagi...




Abaikan la yer tempurung yang ada Daku kukur sampai kekulit ari.Janji Daku abiskan kukur...



Penuh setalam...Bukan untuk kenduri...Daku memang dah biasa mesin banyak2 buat stok.Tiga bulan sekali mesin.Daku bukan rajin nak mesin tiap hari...kalau ada Kelapa parut frozen senang bila2 masa nak gunakan dah ada.Kat rumah Daku ni,ada masa tetamu datang tak kira waktu.Bila ada stok kelapa parut ni amat memudahkan kerja masak memasak Daku...







Paling sedikit sekali mesin 8 biji.Manakala paling banyak Daku mesin 14 biji...Tu dah siap pack,Ada yang sebiji kelapa dan ada yang saiz setengah biji.Senang bila perlu amik jer mengikut kuantiti yg nak dimasak.




Apa cerita mesin kelapa ni...
Ha..ha...dah siap kemas simpan kukur kelapa semua....Daku pun mencuba  ON semula mesin kelapa ni...hah...mau pulak berputar dengan jayanya...Addduuhh...Memang dah tertulis ALLAH suruh Daku kukur kelapa...Alhamdulillah itu saja yg mampu keluar dari mulut Daku.Sebab tak perlu nak bawa pergi repair atau beli baru...Pppsssttt jangan bagitau suami Daku.Sebab dalam hal ini,Daku juga yang bersalah sebab TERLEBIH MANDIKAN mesin tu...Mungkin air ada terkena wayar yang berselirat di bahagian belakang mesin...

Okey nak citer tu jer...Japgi nak pergi hantar Si bongsu tu ke Stesen keretapi Bagan Serai..Dia balik bercuti sempena Hari Malaysia hari ini...
Jadi lah  balik dua hari....Naik Komuter ke Arau,Perlis...Bye bye Dik......Sunyi semula la rumah...Hu...hu..Nak nangis ni...
TERIMAKASIH PADA ANDA YANG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI..