Monday 1 October 2018

CREAM PUFF

Assalammualaikumwkth...

Sebulan sekali keluar entri...
Dah bulan Oktober...cepat nya masa berjalan..dah menghampiri hujung tahun...
Anak2 yg amik peperiksaan pun dah bermula....
Kawan2 Daku yg punyai anak yg amik peperiksaan dah mula risau...minggu lepas UPSR..Minggu ni rasanya peperiksaan PT3....camtu la kan....Bila anak2 amik peperiksaan,Ibu2 lah yg paling risau..tak senang duduk..
Cerita hari minggu tadi...
Daku dan Suami Balik Kampung Suami...jelezz Anak Daku bila dapat tahu Daku balik kampung..Tengahari masa dirumah Kakak Ipar Daku,Anak Daku call tanya,Daku ada kat mana...Ha..ha..Jgn Marah Dik..Nanti Adik cuti SEM,boleh jer balik kmpg Ayah...










Lama dah tak buat Cream Puff ni..Sebelum ni ada ja yg nak order..tapi Daku Malaz nak buat...Setakat untuk makan sendiri jer...Aduhh..macam zalim jer kan.....


Pagi sabtu minggu lepas,Daku dan teman2 jemaah Surau di jemput di Majlis WalimatulUrus kat Kampung sebelah...Kami dijemput untuk bacaan Yassin dan Doa Selamat.Majlis bermula jam 10.00 pagi..Selepas itu Kami di jemput makan..Pelbagai kuih muih dan bubur pulut hitam sebagai pencuci mulut..Manakala lauk pauknya berbagai jenis,Nasi putih dan Nasi minyak madu,Daging masak Merah,Kari Daging,Ayam Goreng,Air Asam Kerisik,Sambal Udang,Ulam ulaman,Sambal belacan,Ikan masin goreng,Papadom,Ayam pop.Tak semua Daku amik....Masih mengamalkan konsep gotong royong.Seekor kerbau ditumbangkan.

Balik dari Kenduri tu.Berehat sebentar.Kemudian sambung membakar tiga biji kek.Bukan untuk dijual tau.Tapi sebagai buahtangan untuk Kakak ipar daku.kat kampung tu ada Dua orang kakak ipar.jadi kena lah buat sebiji sorang.Yg sebiji lagi Daku buat untuk anak Saudara Suami.Maksudnya Daku akan berkunjung tiga buah rumah.Kakak ipar yg no 2 dah pesan awal - awal ajak makan tengahari dirumahnya.Sebenarnya Hari Raya Haji yg lepas,Kami tak berkesempatan balik kampung Suami.Sebabnya.Pada Hari Raya Haji tu,Kakak sulung Daku yg tinggal di Johor,Balik beraya dirumah Daku dengan anak cucunya.Kakak Daku pulak tak berapa sehat.Dan pada Hari Raya pertama tu,My Jiran tepi rumah buat korban,kemudian pada hari Raya ke 2 pulak.My Jiran yg sama buat kenduri Kesyukuran.Itu yang rasa rindu pada kakak2 ipar dan ajak Suami balik kampung.Selepas lunch dan solat pergi pulak rumah anak saudara Suami.Waktu nak balik.Diberi nya ikan sepat hidup yg masih lompat lompat.Rumah Dia kan tepi bendang..Sukanya Daku dapat ikan sepat yg masih joget joget.Sampai rumah terus Daku bersiang ikan.Ada telur dalam perut ikan sepat tu.Malam tu juga Daku goreng cecah cabai picit,bawang kicap....Sedapnya makan dengan nasi putih panas2...Sayangnya tiada gambar...












Berbalik cerita Cream Puff ni pulak.Siap bakar kek sambung buat kulit Puff pulak...Lewat sikit la Daku masuk tidur..Esok pagi nya pulak baru masak Inti Kastard nya..



Walau pun tak lawo...Janji lembut sedap dan berongga rongga bahagian dalam....








Ini yg baru lepas keluar oven,Kali ini Daku letak inti Kastad jagung.Kebetulan ada jagung fresh.Kalau sebelum ini Daku buat Cream Custard.Kedua dua inti ni Daku suka,sebab sedap dan lazatkan...Tak boleh makan selalu ni...Bahaya...boleh menjunam jarum penimbang...Ha..ha...




Abaikan ajer mana yang meleleh sememeh tu...Maklum jarang2 buat...he..he.. alasan...ker memang Tangan awok tu yg tak berseni...ajommm tengok resepi.....



CREAM PUFF


120 Gram Tepung Gandum

90 Gram Butter(suhu bilik,potong kecil

200 Ml Air

4 Biji telur Saiz B

CARA DAKU*

1)  Panas kan oven pada suhu 200c....

2)  Alaskan loyang kuih.

3)  Ayak tepung

4)  Masukkan air dan butter ke dalam periuk,Masak dengan api sederhana hingga mendidih.Bila dah mendidih tutupkan api.

5)  Terus masukkan tepung dan kacau cepat cepat.Buka api sederhana semula.kacau adunan sebentar.Tutup api.Biar sejuk sebentar.

6)  Masukkan adunan kedalam mangkuk besar,masukkan telur sebiji demi sebiji,putar sehingga halus dan licin

7)  Masukkan adunan ke dalam piping bag.gunakan Nozel 1 cm.Kalau tiada nozel.Potong jer sedikit bucu plastik dan paipkan atas dulang.Basah kan jari.Tekan bahagian tanduk yang terbentuk,supaya cream puff kelihatan menarik.

8)  Spray permukaan Cream Puff dengan air.

9)  Bakar dalam oven dengan suhu 200c selama 15 minit.Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit lagi.Cream Puff akan sedikit perang bahagian atas.Sejukkan sebelum di masukkan  Cream Custard.

CREAM CUSTARD JAGUNG

5 Sudu besar Tepung Jagung

100 ml air

400 ml susu segar

100 ml air **

1/2 Cawan isi jagung **

8 Sudu gula pasir **

2 Sudu besar mentega

1 Sudu teh esen vanila

Secubit garam

Sedikit pewarna kuning

Snow Powder


CARA DAKU*

1)  Masukkan bahagian yang bertanda ** kedalam periuk.Masak atas api sebentar,sejukkan.kemudian blend halus.

2)  Masukkan air,susu segar,tepung jagung,garam,pewarna kuning ke dalam periuk,Kacau.kemudian buka api sederhana.kemudian masukkan  bahan blend yg bertanda ** dan  kacau hingga naik wap,perlahan kan api,masukkan esen vanila dan mentega.kacau jgn berhenti hingga berkilat dan halus.

3)  Tutup api.Masukkan dalam bekas.Wrap plastikkan supaya bahagian atas tidak kering bila dah sejuk.Cara Daku pulak..Dibiarkan dalam periuk,5 minit sekali Daku akan kacau.Begitulah seterusnya sehingga sejuk.Kemudian masukkan dalam piping bag.Potong bucu,paipkan Cream Custard ke dalam  Puff.Isi penuh dalam rongga2 yg kosong.

4)  Akhir sekali ayakkan Snow Powder diatas Cream Puff...








Kek Minyak Marble jer pun......saje kek tu Daku potong dua...Daku wrap plastik terus untuk kekalkan kelembapan...











Jadi ler kan manisan sebagai buah tangan.Yang penting jalinan ukhwah persaudaraan tu biar kekal hingga ke akhir hayat.TERIMAKASIH PADA ANDA YANG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI....SEMOGA ANDA SEMUA SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH..AAMIINN...