Tuesday 9 June 2020

NASI GORENG PETAI



Assalammualaikum wkth..

Sana sini ada orang jual durian,dimana ada durian disitu ada petai...
Jarang Daku makan makanan berat waktu pagi sebagai sarapan.
Pagi tadi Anak lelaki Daku nak makan nasi goreng kampung katanya...

Kebetulan ada lebihan nasi sejuk malam tadi tak habis,Daku on jer..
Tumbuk bilis sikit,cili padi sikit,bawang putih  dua ulas,bawang merah sebiji,belacan sikit,garam sikit,tumbuk guna lesung batu...kena tumbuk lumat,sebab,anak Daku tu ngengada sikit.Nanti diasingnya cebisan bawang or bilis.

Tumis dengan sedikit minyak gorengan ikan atau ayam(rahsia lagi sedap)....He..he..orang la kata..Betul la kot..
Tumis sampai naik bau,masuk kan sedikit serbuk secukup rasa Maggie..pastu pecahkan telur,masukkan nasi sejuk yg sudah di peroi lerai.
Gaul sama rata...Dah siap..mudah jer nasi goreng cara Daku...

Eeehhh kata nasi goreng petai???
Sesudah disendukkan kepinggan anak Daku...
Baru disenduk ke pinggan pink ...ooopppss bukan pinggan tapi tray pink comel Daku..Pastu baru hiriskan petai hijau,fresh,mentah.
Mana boleh masukkan petai dalam kuali nasi goreng,Tak pandang la anak Daku....Dia tak pandai makan petai...






Alhamdulillah nasi goreng kampung simple,ada petai dan ada telur dadar sepotong....Nanti lainkali Daku cerita pasal tray pink comel ni yer..







Pic petai ni,sebenarnya pemberian anak saudara Daku yg menjadi salah seorang frontliner nun di HKL...Dia tak balik kampung pun....
Petai Batu Kurau kata si tukang Cod..Ada 10 keping,5 keping untuk kakak,5 lagi untuk Daku..Padahal Suami Daku beli juga petai...

Anak saudara Daku tu geram tengok petai2 yg dijual kawannya(kes support kawan niaga la ni)..
Esok  dah boleh rentas negeri.
Menerusi perbualan whatsUp family,Anak2 saudara Daku akan mula balik kampung minggu depan...Nak elak jammed katanya.....

Esok juga bermula PKPP...
Kena ingat pesanan,PM kita...
Kena dengar juga nasihat Menteri kanan..dan kena ikut saranan,
Ketua Pengarah Kesihatan.

Pada yang nak balik kampung tu,berhati hati dijalan raya ya...

TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH DI BLOG DAKU YG BIASA2 INI...

#Pkpp
#Kitajagakita
#RayaSebulan