Monday 13 February 2017

TERKANDAS 4 JAM LEBIH ATAS HIGHWAY

Asslmklmwkth....
Ptg ni bukan entri masakan...tapi lebih kepada penceritaan pengalaman daku sendiri...kejadian pada sabtu malam ahad..pada 21hb.january 2017.mungkin anda pernah mengalami pengalaman macam daku..alahai....4 jam pun kecoh ke...cemana ye 12 jam...mau bengkak kaki kejang.....masaalahnya aku x pernah alami..setakat 30 minit pernah larr kan...kisah nya camni...kakak dan abg ipar daku ada rawatan lanjutan di IJN.....jadik dia orang suami isteri pergi le drive kereta ke stesen KTM TAIPING.mereka tinggalkan kereta di parking lot KTM..asalnya mereka nak pergi 3~4 hari,tapi sebab ada beberapa perkara nak diselesaikan.jadinya 3 minggu juga lah.Dia orang memang tinggalkan kunci pendua kereta pada kami.risau keselamatan kereta terlampau lama ditinggal..suamiku bersetuju amikkan kereta tu bersama sepupu daku..selepas solat maghrib kami bertolak.yg pergi ramai,sepupu daku berempat termasuk anaknya 3 orang.aku pulak dgn suami dan anak.semua 7 orang.malam tu cuaca elok..kalau sebelum ini tiap malam hujan.
Selepas memasuki tol BUKIT MERAH dan selepas melewati RnR gunung semanggol.pergerakan semakin perlahan...perlahan...dan...terhenti...kurang 500 meter dari kereta kami rupanya ada kemalangan...
Patut lah laluan arah UTARA perlahan dan banyak lori dan kereta berhenti.....perkara pertama yg daku nampak daripada silauan lampu ialah manusia yg masing2 pegang handphone dan ditinggikan handphone tu...sedang ambil gambar...daku pun keluar tengok apa sebenarnya yg terjadi...rupanya kemalangan baru terjadi...hanya berselang beberapa buah saja kereta dgn kami...lori simen yg sarat muatan dari selatan mengalami pecah tayar merempuh pagar tengah memasuki laluan kami,bertembung sebuah kereta alza dan sebuah kereta myvi...pemandu kereta alza rentung kereta terbalik(tayar keatas)manakala pemandu myvi meninggal di tempat kejadian.kedua dua kenderaan tidak membawa penumpang.masa kejadian pemandu alza(melayu)melambai lambai minta tolong...tapi...malang pengguna tak dapat menolong api terlalu cepat marak...dan terdengar letupan2 kecil...difahamkan...dlm begitu banyak kereta,lori yg berhenti...hanya ada sebuah bas yg datang menolong memadam menggunakan alat pemadam api..api yg marak memang x mampu dipadam.waktu itu bomba belum sampai....dlm 15 minit gitu baru lah bomba,polis sampai..
Mungkin lambat diberitahu...bomba dan polis dari TAIPING.asap hitam memang berkepul kepul di udara...daku memang tak berani mendekati..
Aku cuma berlegar ditempat kami berhenti.aku begitu kagum dgn pengguna2 jalanraya di belakang.rasanya dah 2 ke 3 km dah jammed....suami daku pun sama pergi ketempat kejadian siap interview driver lori simen yg hanya patah kaki...oh ya...lori simen tu bahagian kepala memang terbakar sebab melekat dgn kereta alza..orang ramai dpt selamatkan driver tu..pengguna dibelakang semakin ramai berjalan kaki pergi kehadapan...yg tua,yg muda,lelaki,perempuan.yg berdukung anak kecil..
Dan paling aku x lupa yg bertongkat dua (muda)mungkin patah kaki kot pada andaian daku,pakat2 reramai....sampaikan aku dah confuse....pasar malam.. ke??? kemalangan..!!!daku memang tak la nak mendekat...awal2 lagi badan aku dak menggeletar bila dia orang cerita yg meninggal hangus rentung...daku hanya mampu berdiri ditepi kereta.bila daku rasa penat berdiri,daku masuk kereta..Sempat juga berfikir ALLAH masih melindungi kami dari insiden yg tak diingini ...ALHAMDULILLAH...ditempat yg sama juga aku menyaksikan beberapa buah kereta dan lori kena saman sebab degil dia orang guna lorong kecemasan..kenderaan JPAM,JPJ,SPAD guna lorong kecemasan.dari pukul 8.15 malam sehingga jam 1.20 pagi.baru lah lorong dibuka.bayangkan begitu lama...anak2 kecik dilorong kanan sebelah kereta kami dah merengek...jenuh bapa dia berkipas...rimas la agaknya...nasib baik waktu malam...sejuk sikit.dlm gelap2 tu daku tengok ada bayang2 orang turun ke kaki longkang.daku tanya suami,apa yg mereka buat.rupanya mereka membuang air kecil..huh...suami daku 3 kali ulang ketempat kejadian.pergi balik jadi info kami...lega rasa nya bila laluan dibuka walaupun hanya satu lorong..perut dah berkeroncong.bincang2 dlm kereta nak pergi ke KTM dulu nak amik kereta abg ipar.sampai stesen dekat pukul 2 pagi.....di ulang 2 pagi..(kau rasa)..
Frustnya sampai2 gate besar bermangga...Logik la KTM tutup gate waktu tu..sape nak amik kereta jam 2 pagi???percaya ke mereka kereta kita ada kat situ...memang la percaya...tentu pihak mereka suruh datang pagi esok....tabik la KTM jaga betul keselamatan kenderaan pengguna...tapi muskil juga kalau dah tengah malam takde ke ETS ke atau keretapi barang ke berhenti????
Ok...gate tak buka..kita cari lak kedai makan..kat taiping ni kedai mamak memang banyak yg buka..
..anak aku lak kurang minat...cari punya cari,pusing punya pusing(jalan tak sebuk,boleh rasa jalan tu kita punya)..sampai kemunting jumpa la kedai siam.
Makan le apa yg ada.tapi memang sedap makanan panas mereka...lupa la nama kedai tu.
Pukul 2.30 pagi kami sampai pukul 3 pagi depa nak tutup.dah siap makan..masuk semula tol Kemunting,kekonon nak cepat sampai.kalau naik hihgway dlm 20 minit je sampai la tol BUKIT MERAH.kalau jln lama masa 1 jam.tau apa jadi pulak waktu balik atas highway...jammed lagi...kesan dari kemalangan tadi..simen masih bertaburan atas jalan...satu lorong je buka...dalam kegelapan tu aku tengok pekerja PROPPEL gigih buat kerja2 pembersihan...kasihan mereka...bergelap..mereka juga sebenarnya terdedah dgn bahaya...kalau yg bertaburan tu ayam atau beras atau gula,ok la lagi...ini kampit simen yg pecah2(memang semakin membeku kalau dibiar lama terdedah...rupanya jalan menghala ke selatan dah ditutup untuk kerja pembersihan.boleh nampak berpuluh puluh bas memenuhi sepanjang jln di RnR gunung semanggol.dan laluan dari utara kena exit tol BUKIT MERAH.bayangkan beberapa km pulak jammed dari utara ke tol....kami exit tol BUKIT MERAH hampir jam 3.30 pagi...kesian aku nengok yg terpaksa exit masing2 keluar dari kereta....memasing keliru hala jalan ke TAIPING...bayangkan tempat tu asing bagi mereka...memang la ada signboard...tapi gitu la yg daku nampak masing2 berhentikan kereta dan keluar...(khabar nya jammed sampai tengahari ahad,info dari radio perak dan daku baca metro online....)
Sampai rumah daku terus solat isyak...dlm dua jam tidur kena bangun semula untuk solat subuh...mmm..mmm lepas solat sambung semula zzzzzzz(tido).suami daku ajak pergi TAIPING amik kereta pun daku takmo...dia pergi dgn sepupu.tu je pengalaman daku yg mungkin pengalaman orang lain lagi menarik....

Moral of the story**(peringatan untuk saya)

Saya dan Anda sebagai pengguna jalanraya...jika ada kemalangan didepan mata,tak perlu lah beriya iya mengambil gambar...Saya dan Anda sebenarnya lebih terdedah kepada bahaya lalulintas.dan tak perlu lah sent pada kawan2 gambar2 putus kepala ke,putus kaki ke hingga jadi tular...Apa perasaan ahli keluarga bila melihat gambar mangsa...fikir fikarkan...

4 comments:

  1. Huh...baca pun dah rasa penat dan letih..dok dalam kereta yang jem...lagi la penat kan aunty..
    Tapi syukur kita semua masih panjang umur...ngerinya baca

    ReplyDelete
  2. Itu la memang bersyukur sangat...
    Dan lebih bersyukur dapat sembang dgn dik cella..selama ni aunty cuma baca je blog dik cella..he..he..takpe kan dik cella kawan dgn orang tua mcm aunty...

    ReplyDelete
  3. Sedihnya dgn yg terbakar tu Ogy
    Tak dapat kakak bayangkan detik kematian menghampirinya yg tragis sangat.

    Sebab itulah jem melekat berjam-jam..

    ReplyDelete
  4. Betul kak..saat kereta tu terbakar ogy dah sedih sangat..khabarnya lelaki melayu tu balik dari kerja.isterinya jururawat di HOSPITAL TAIPING.

    ReplyDelete