Thursday 16 February 2017

IKAN DARAT MASAK CUKA

Asklmwkth...

Minggu lepas tak hujan,minggu ni pun tak hujan.cuaca agak panas skrg.selepas tengahari bertambah panas sampai ke petang...alhamdulillah..
Kena bersyukur walau panas atau hujan...

Menu ikan masak cuka ni,favorite suami daku.biasa nya daku masak awal sehari.baru ada RASA cuka...masak cuka memang sinonim la dgn ikan darat,pelbagai ikan antaranya ikan haruan,ikan sepat,puyu dan ikan laut pun boleh dimasak cuka.terpulang selera masing2....kali ini daku guna ikan teroboi dan ikan patong.Tahu ke Anda ikan patong?dia seakan ikan puyu..tapi bukan puyu.rasa dia manis isi nya lembut...kalau di masak sambal tumis pun sedap sangat...ikan ni hasilan tangkapan kolam belakang rumah daku...ada juga ikan lampam,tapi daku jarang di masak cuka.Lampam lebih sedap di panggang cecah air asam.
Jom intai resepi..

IKAN DARAT MASAK CUKA


BAHAN NYA*


Ikan teroboi dan ikan patong(garam kunyitkan)
1 biji bawang besar(hiris kasar)
1 labu bawang putih(banyak lagi bagus)
2 biji bawang kecil(hiris)
1 sudu kecil biji sawi
Halia (hiris halus memanjang)
cili hidup hijau(daku tak letak,stok habis)
15 biji cili padi (belah tak putus)
1/3 cuka makan(secukupnya)
1/2 cawan air
Garam,serbuk perasa.


CARA DAKU**


Ikan di cuci bersih,daku ramas dgn limau kasturi untuk hilangkan hanyir.kelar ikan teroboi rapat rapat,tos.lumurkan ikan dgn garan dan kunyit.goreng separuh garing.angkat.tinggal kan sedikit minyak,tumis halia,bawang kecil hiris dan biji sawi.tumis sampai naik wangi.masukkan cuka,air.kacau dan mendidih kan.masukkan ikan goreng,bawang besar,cili padi.kecilkan api renihkan bahan dan ikan supaya mesra.masukkan garam dan serbuk perasa.tutup api.angkat.





Di hari yg sama juga daku masak kangkung tumis belacan dan ayam goreng berempah...




Cukup le untuk lunch kami bertiga..

Nak pesan sikit##
Ikan teroboi tu banyak tulang.kelar rapat2 supaya bila di goreng.tulang akan garing dan rangup.
Biji sawi  masukan dlm penapis kecil dan alirkan di air paip...cuci ye sebelum guna...

2 comments:

  1. Tapi kiter lagi geram tengok ayam goweng tuuuuuuu...
    aunty wat la entry ayam tu....
    nak minta mak buat jugakkkkkkkk..

    ReplyDelete
  2. Insyaallah...lainkali aunty buat entri ye sayang.....

    ReplyDelete