Thursday 21 May 2020

HARI PUASA KE 27 (PKPB)

Assalammualaikum..


Eeehhh...Dah hujung2 ramadan dah...Sekejap nya masa berlalu.





Badam coklat atas permintaan anak Daku.Minggu lepas pergi Kamunting dengan anak Daku berdua.Dia yang drive.Ayahnya kerja.Best gak sekali sekala keluar,jalan raya lengang.Bila masuk kedai Bakery.Ramai nya orang.Beratur hampir 15 minit.Anak Daku tunggu dalam kereta,pandai dia...






Daku cuma tolong panggangkan badam dan cairkan coklat.





Anak Daku sudukan dalam paper cup.


Walau Daku masuk kedai bakery dan beli bermacam macam,tapiii...Badam coklat tu jer yg dibuat.Biskut lain2 tak buat pun...MALAZ...
Esok daku nak buat sebiji kek marble.Anak Daku nak kek blueberry cheese(tapi dia kata bila2 pun ok)ha..ha...tu yg Daku dok malaz lagi nak buat,bahan2 memang dah dibeli.Ya esok Daku nak buat Kek marble dan kek blueberry cheese.Hari sabtu dah sebuk masak2 untuk hariraya.





Disebabkan raya tahun ni masih PKPB..Daku pun malaz nak buat biskut2 raya.Daku dah order melalui OnLine sebanyak 6 bekas...





Yang ni pulak Daku order melalui kawan adik Daku iaitu biskut kegemaran Daku juga biskut Snow coklat.











Dodol raya pun order.Sebekas rm13..
Dah selalu order walau bukan diluar perayaan.




Hari yang sama,Daku sempat snap pic kuih2 pemberian jiran2 Daku.Bayangkan tiap2 hari pelbagai kuih muih,kadang2 lauk pauk,termasuk lah pelbagai mee,mihun.Setiap hari mesti ada...Dalam tipuware tu,bubur lambuk,jiran Daku buat diPejabat,katanya..

Daku pun kadang pening nak balas dengan apa,sudahnya kekadang Daku suruh Suami beli lebih kuih2.Time Daku rajin buat,ok la..Tang hari malaz...Apa pun Alhamdulillah dengan segala rezeki...










Kuih peria menunggu turn untuk dikukus.





Gigih Daku siapkan kuih peria,buat lebih dan agihkan pada jiran2 berdekatan.Kuih peria berintikan kaya dan kacang merah.





Cuma berlapikkan potongan daun pandan...Masa ni wangi sangat aroma wap pandan....



Sejukkan sebentar.Sesudah dikeluarkan dari kukusan...








Minuman kegemaran air sirap merah selasih.Puas minum guna gelas besar bertangkai.Hari biasa tak digunakan pun gelas ni,sebab besar sangat,berat pulak tu...Salah satu hadiah Daku perolehi  masa satu pertandingan sempena Hari Kemerdekaan.Yang ini hadiah saguhati.Manakala satu lagi pertandingan,iaitu pertandingan masakan set Nasi tomato dan ayam masak merah.Daku mendapat tempat ke2
Semua pertandingan tu Daku sertai tahun lepas.Alhamdulillah...




Pencuci mulut,buah anggur hijau panjang,manis dan sedikit masam..
Bulan puasa ni,Suami beli buah tembikai,buah laici segar,dan buah anggur.Jenuh gak nak abis kan buah buahan tu.Ada jugak Suami Daku beli buah timun betik.Memang kalau bulan puasa,mesti Suami beli buah timun betik...Daku memang tak pandai makan buah timun betik.Selalunya Suami potong kiub dan digaul dengan gula pasir.Katanya teringat zaman dulu2...





Asam pedas ikan pari,Suami daku  dah dua kali beli asam pedas ikan pari.Sebab sedap sangat...


Walaupun PKPB...Untuk lauk pauk berbuka,Suami Daku selalu sangat membeli.Daku cuma masak nasi dan goreng sayur jer.Daku pulak tak berapa sehat,Minggu pertama PKP..Daku dah tak sehat,pergi klinik swasta kena injection dan dibekalkan ubat.Hari jumaat lepas pun pergi klinik swasta lagi,injection sejarum lagi...Adduui...DOA kan Daku sehat ya...






Yang ini pun sama..beli..paru berlado..




Yang ini Daku masak..
Untuk anak Daku,ayam korea,kerja memasak lebih mudah dengan sos korea keluaran Adabi...





Paling Daku suka sayur pahit,bunga betik dan daun pucuk betik,basuh bersih,tos..kemudian hiris halus.Tumbuk bawang putih,bawang merah,ikan bilis dan sedikit belacan,Tumis bahan tumbuk sampai wangi,dah dimasukkan bunga betik dan daun pucuk betik hiris perasa garam dan serbuk perasa.Nak kurangkan rasa pahit,pecahkan sebiji telur.Lima atau sepuluh minit lagi waktu nak berbuka,baru Daku menumis..Makan nasi panas berlaukkan sayur macam ini,memang Daku suka.....

TERIMAKASIH PADA ANDA YANG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YANG BIASA2 INI...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..

#pkpb
#kitajagakita


3 comments:

  1. Wahhhh saya sukka.. Saya suka coklat almond tu tapi dh merata abang cari almond habis stok.. Huhuhu
    Tahun ninx dapat lalu kampung aunty sebab x balik Kedah...
    Huwaaaaa
    Selamat Hari Raya
    Maaf zahir dan batin..
    Muah cikit😘

    ReplyDelete
  2. Ada lagi cikit dalam balang,nanti Aunty makan untuk Dik Cella....x boleh rentas negeri.x kan lalu jer..singgah2 ler umah Aunty..

    ReplyDelete
  3. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    - Telkomsel
    - GOPAY
    - Link AJA
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
    add Whatshapp : +85515373217 x-)

    ReplyDelete