Friday, 4 January 2019

PUDING KARAMEL YANG WOW


Asslmwkth...

Sapa suka makan puding?Semua orang suka kan...Orang yg ada Diabetis pun suka kan..Tapi ....pesakit Diabetis kalau makan puding ni.Memang naik la kencing manis,boleh potong kaki...Daku pun suka puding ni...Tapi tu lah kalau makan tak boleh amik banyak..Maniss,lemak...Alhamhamdulilah tahap gula dalam darah masih di paras normal.Walaupun jarang buat puding karamel.Alhamdulillah kejadiannya menjadi juga..Ada juga Kawan2 yg buat sering tak menjadi..Entah la dimana silap ....










Dalam pic lupa letak gula dan air..



Resepi ;

        PUDING TELUR KARAMEL

Bahan untuk Karamel..(sederhana manis)

Gula pasir 4 sudu besar .
1/4 cawan air.
(Tabur gula atas loyang rata,masak atas api kecil hingga keperangan.masukkan air,dah cair,tutup api.biar sejuk)seperti gambar ke3.

Bahan untuk puding telur

5 biji telur saiz B.
1 tin susu cair (400 ml).
150 ml air.
3 sudu besar gula pasir.
1 sudu kecil esen vanila.


Cara Daku:

1)  Panas kan air dalam periuk pengukus.

2)  Sediakan mangkuk besar,masukkan                 gula,susu cair,air dan esen vanila,kacau hingga gula hancur dan sebati,kemudian masukkan telur.jangan dipukul.kacau dgn pemukul tangan secara perlahan(kacau manja2).jangan sampai berbuih.

3)  Tapis bahan tersebut kedalam loyang gula karamel yg dibuat awal tadi.

4)  Kukus puding karamel selama lebih kurang 45 minit.Balut penutup pengukus dengan kain.

5)  Sejukkan(lebih sedap dimasukkan dalam
 peti ais)















Sejuk2 dingin dari dalam fridge..sedap sangat sederhana manis..okey..Puding Karamel yg Daku buat penghujung 2018...

Pic yg di bawah ni pulak Daku buat pada hari khamis di tahun baru 2019...Ada dua orang tetamu nak datang betandang kerumah selepas solat asar..Jadinya waktu pagi khamis berpagian didapur.Disamping memasak untuk lunch untuk Daku dan Suami,Daku juga merebus Nasi impit berkuahkan sambal kacang.Sempat kan juga Daku mengukus puding karamel.

Masih menggunakan bahan yang sama,tapi Daku ubah sedikit,iaitu melebihkan sukatan gula daripada 4 sudu gula kepada 5 sudu gula.Dan Daku juga tidak menggunakan air langsung untuk karamel.(saja testing).Hasilnya Anda tengok sendiri warna sangat2 brown bila tidak dimasukkan air dan karamel menjadi sangat manis pada tekak Daku...pppssstt tapi tidak pada tekak tetamu Daku..yer lah dah mereka tu memang penggemar manis...

Sebelum ini memang Daku guna resepi dan cara yg sama...








Dah siap buat karamel...




Guna pemukul tangan jer...cara Daku masukkan gula,susu cair,air dan esen vanila.kacau sampai gula hancur.kemudian baru masukkan telur.kacau sebati saja.





Kemudian tapis dan sambil dituang kedalam loyang perlahan lahan.








Sedia untuk di kukus.Panaskan air pengukus terlebih dahulu.











Nampak tu,air wap ...begitulah bila pengukus tak berbalut kain....Dah ler Daku kehabisan aluminium foil.



sejukkan dahulu dalam peti sejuk.sisipkan bahagian tepi dgn pisau supaya bila diterbalikkan akan mudah tanggal.Terbalikkan dalam pinggan yg besar sedikit.










Bila dah terlebih brown tu..akan terasa juga sedikit pahit.....Ini bukan salah resepi.Tapi
kesalahan Daku sendiri.Dah elok2 guna resepi yang sama sebelum ini.Memandai mandai derhaka..okey lah dah jadi pengajaran...ha...ha....Alhamdulillah habis pun dimakan.Tiada la pembaziran...







Nasi impit yang sudah siap di rebus dalam rice cooker.





Sambal kacang sebagai peneman sang Nasi impit.





Daku kalau makan Nasi impit memang suka letak sambal kacang nya lebih..








TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI...

Wednesday, 2 January 2019

BEKALAN MAKANAN ALA KELAH2



Assalammwkth...


Banyak sangat dalam draf...pic2 kat bawah ni semua nya pic tahun lepas...Maksud Daku tahun 2018 punya...x pa kan..skrg baru post...
Daku dan rakan kampung kan ada kelas KEMAS setiap hari rabu.....setiap petang hari rabu..ada kelas masak memasak diselang seli kelas jahitan dan gubahan...Kelas Kami juga terbabit pertandingan Hias Kebun Dapur...Kelas kampung Daku sekaligus mewakili Daerah Kerian.10 Daerah dalam Negeri Perak..
Kalau dah masuk bertanding tu,maksudnya tiap2 hari kena bersihkan kebun dan tanam anak pokok sayuran.Bukan nak sentuh bab pertandingan tu...

Nanti lain entri Daku cerita,sebabnya masih belum berakhir pertandingan tersebut..


Pic2 kat bawah ni ada yg Daku dah terdelete..jadinya tinggal ni jer...Daku,Cikgu Kemas yg bernama Cikgu Sara dan kawan2 suka berkelah dan makan2 di kebun dapur kami..masing2 sukahati nak bawa lauk atau makanan apa pun...Yg penting kalau menu nya Nasi putih lauk nya tak kisah lauk apa.kalau dah bawa seorang satu jenis lauk,kalau 10 orang dah jadi 10 jenis...




Mee goreng rengkas2 ni antara yg pernah Daku bawa...




Yang ini pulak Sambal Tauhu dan masak lemak kuning mandai atau sebutan Banjarnya GANGAN MANDAI...






Ni pulak Nasi putih dan sambal sotong kering..








Ni pulak masak lemak kuning ikan masin campur pisang muda...

Yang seronoknya...ikan pekasam goreng,Sambal belacan dan ulam2 mesti ada....



Masa ni pulak..Kami tak bawa bekalan..memang dah rancang nak masak nasi goreng kampung..Kawan aku bawa Nasi putih  dan Pes sambal untuk Nasi goreng..Sayuran nya kami petik Kangkung.Antara kami tolak menolak disuruh menggoreng nasi..Kesudahannya..Cikgu Sara juga yg jadi Chef.Yg tengah memasak tu lar Cikgu Sara...Yg nampak tangan saja tu,tukang pegang penghadang..Masak diluar dewan berangin pulak,api dapurnya meliuk lentuk(ha..ha..betui ka Daku sebut)....







Belanja pic Daku dan sebahagian kawan2 sekampung...Masa ni Demo masak Jelly 3D...kenal ker Daku yg mana satu?Eehh...ramai2 tu..Daku rupanya paling tinggi....

Terima kasih pada Anda yg sudi singgah blog biasa2 Daku ini....

Tuesday, 1 January 2019

TAHUN BARU 2019

Assalammalaikum..wkth...


Apa khabar Anda2 semua....Hari ini hari selasa bersamaan kalendar baru,tahun baru 2019...

Banyak ker Azam tahun 2018 yg sudah di capai?...
Semakin meningkat usia dan semakin sedikit masa untuk kita....
Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah..Syukur pada ALLAH untuk segalanya...Yg baik datang nya dari ALLAH..Yang kurang baik datang dari Diriku sendiri....Semoga ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA2 KITA SEMUA DAN SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH...AAMIINN..

TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI MEMBACA BLOG BIASA2 DAKU INI...


Monday, 1 October 2018

CREAM PUFF

Assalammualaikumwkth...

Sebulan sekali keluar entri...
Dah bulan Oktober...cepat nya masa berjalan..dah menghampiri hujung tahun...
Anak2 yg amik peperiksaan pun dah bermula....
Kawan2 Daku yg punyai anak yg amik peperiksaan dah mula risau...minggu lepas UPSR..Minggu ni rasanya peperiksaan PT3....camtu la kan....Bila anak2 amik peperiksaan,Ibu2 lah yg paling risau..tak senang duduk..
Cerita hari minggu tadi...
Daku dan Suami Balik Kampung Suami...jelezz Anak Daku bila dapat tahu Daku balik kampung..Tengahari masa dirumah Kakak Ipar Daku,Anak Daku call tanya,Daku ada kat mana...Ha..ha..Jgn Marah Dik..Nanti Adik cuti SEM,boleh jer balik kmpg Ayah...










Lama dah tak buat Cream Puff ni..Sebelum ni ada ja yg nak order..tapi Daku Malaz nak buat...Setakat untuk makan sendiri jer...Aduhh..macam zalim jer kan.....


Pagi sabtu minggu lepas,Daku dan teman2 jemaah Surau di jemput di Majlis WalimatulUrus kat Kampung sebelah...Kami dijemput untuk bacaan Yassin dan Doa Selamat.Majlis bermula jam 10.00 pagi..Selepas itu Kami di jemput makan..Pelbagai kuih muih dan bubur pulut hitam sebagai pencuci mulut..Manakala lauk pauknya berbagai jenis,Nasi putih dan Nasi minyak madu,Daging masak Merah,Kari Daging,Ayam Goreng,Air Asam Kerisik,Sambal Udang,Ulam ulaman,Sambal belacan,Ikan masin goreng,Papadom,Ayam pop.Tak semua Daku amik....Masih mengamalkan konsep gotong royong.Seekor kerbau ditumbangkan.

Balik dari Kenduri tu.Berehat sebentar.Kemudian sambung membakar tiga biji kek.Bukan untuk dijual tau.Tapi sebagai buahtangan untuk Kakak ipar daku.kat kampung tu ada Dua orang kakak ipar.jadi kena lah buat sebiji sorang.Yg sebiji lagi Daku buat untuk anak Saudara Suami.Maksudnya Daku akan berkunjung tiga buah rumah.Kakak ipar yg no 2 dah pesan awal - awal ajak makan tengahari dirumahnya.Sebenarnya Hari Raya Haji yg lepas,Kami tak berkesempatan balik kampung Suami.Sebabnya.Pada Hari Raya Haji tu,Kakak sulung Daku yg tinggal di Johor,Balik beraya dirumah Daku dengan anak cucunya.Kakak Daku pulak tak berapa sehat.Dan pada Hari Raya pertama tu,My Jiran tepi rumah buat korban,kemudian pada hari Raya ke 2 pulak.My Jiran yg sama buat kenduri Kesyukuran.Itu yang rasa rindu pada kakak2 ipar dan ajak Suami balik kampung.Selepas lunch dan solat pergi pulak rumah anak saudara Suami.Waktu nak balik.Diberi nya ikan sepat hidup yg masih lompat lompat.Rumah Dia kan tepi bendang..Sukanya Daku dapat ikan sepat yg masih joget joget.Sampai rumah terus Daku bersiang ikan.Ada telur dalam perut ikan sepat tu.Malam tu juga Daku goreng cecah cabai picit,bawang kicap....Sedapnya makan dengan nasi putih panas2...Sayangnya tiada gambar...












Berbalik cerita Cream Puff ni pulak.Siap bakar kek sambung buat kulit Puff pulak...Lewat sikit la Daku masuk tidur..Esok pagi nya pulak baru masak Inti Kastard nya..



Walau pun tak lawo...Janji lembut sedap dan berongga rongga bahagian dalam....








Ini yg baru lepas keluar oven,Kali ini Daku letak inti Kastad jagung.Kebetulan ada jagung fresh.Kalau sebelum ini Daku buat Cream Custard.Kedua dua inti ni Daku suka,sebab sedap dan lazatkan...Tak boleh makan selalu ni...Bahaya...boleh menjunam jarum penimbang...Ha..ha...




Abaikan ajer mana yang meleleh sememeh tu...Maklum jarang2 buat...he..he.. alasan...ker memang Tangan awok tu yg tak berseni...ajommm tengok resepi.....



CREAM PUFF


120 Gram Tepung Gandum

90 Gram Butter(suhu bilik,potong kecil

200 Ml Air

4 Biji telur Saiz B

CARA DAKU*

1)  Panas kan oven pada suhu 200c....

2)  Alaskan loyang kuih.

3)  Ayak tepung

4)  Masukkan air dan butter ke dalam periuk,Masak dengan api sederhana hingga mendidih.Bila dah mendidih tutupkan api.

5)  Terus masukkan tepung dan kacau cepat cepat.Buka api sederhana semula.kacau adunan sebentar.Tutup api.Biar sejuk sebentar.

6)  Masukkan adunan kedalam mangkuk besar,masukkan telur sebiji demi sebiji,putar sehingga halus dan licin

7)  Masukkan adunan ke dalam piping bag.gunakan Nozel 1 cm.Kalau tiada nozel.Potong jer sedikit bucu plastik dan paipkan atas dulang.Basah kan jari.Tekan bahagian tanduk yang terbentuk,supaya cream puff kelihatan menarik.

8)  Spray permukaan Cream Puff dengan air.

9)  Bakar dalam oven dengan suhu 200c selama 15 minit.Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit lagi.Cream Puff akan sedikit perang bahagian atas.Sejukkan sebelum di masukkan  Cream Custard.

CREAM CUSTARD JAGUNG

5 Sudu besar Tepung Jagung

100 ml air

400 ml susu segar

100 ml air **

1/2 Cawan isi jagung **

8 Sudu gula pasir **

2 Sudu besar mentega

1 Sudu teh esen vanila

Secubit garam

Sedikit pewarna kuning

Snow Powder


CARA DAKU*

1)  Masukkan bahagian yang bertanda ** kedalam periuk.Masak atas api sebentar,sejukkan.kemudian blend halus.

2)  Masukkan air,susu segar,tepung jagung,garam,pewarna kuning ke dalam periuk,Kacau.kemudian buka api sederhana.kemudian masukkan  bahan blend yg bertanda ** dan  kacau hingga naik wap,perlahan kan api,masukkan esen vanila dan mentega.kacau jgn berhenti hingga berkilat dan halus.

3)  Tutup api.Masukkan dalam bekas.Wrap plastikkan supaya bahagian atas tidak kering bila dah sejuk.Cara Daku pulak..Dibiarkan dalam periuk,5 minit sekali Daku akan kacau.Begitulah seterusnya sehingga sejuk.Kemudian masukkan dalam piping bag.Potong bucu,paipkan Cream Custard ke dalam  Puff.Isi penuh dalam rongga2 yg kosong.

4)  Akhir sekali ayakkan Snow Powder diatas Cream Puff...








Kek Minyak Marble jer pun......saje kek tu Daku potong dua...Daku wrap plastik terus untuk kekalkan kelembapan...











Jadi ler kan manisan sebagai buah tangan.Yang penting jalinan ukhwah persaudaraan tu biar kekal hingga ke akhir hayat.TERIMAKASIH PADA ANDA YANG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI....SEMOGA ANDA SEMUA SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH..AAMIINN...

Friday, 3 August 2018

SUKASUKI EMPAT BULAN



Asklmwkth...

Salam jumpa lagi...aduyai...lama juga la dok menyepi...tapi takde la sampai setengah tahun menghilang...Alhamdulillah Daku dan Keluarga baik2 saja.....
Agak sebuk...juga la...dgn urusan harian.. dan urusan luar...Nak buat entri asyik tunggak...

Masa PRU lepas memang Daku sebuk sikit...alahai sebuk2 dlm Kampung jer pun...Bantu mana yg patut...Nak cerita panjang sangat...di pendek kan cerita...Daku memang terbabit dlm kempen sebelum mengundi...Pahit manis Daku dan rakan sama2 tempuhi....Beberap kali juga lah YB turun masuk Kampung Daku jadi Pengerusi Majlis...terbabit juga menyampaikan bantuan dari rumah kerumah...Beberapa kali balik rumah dah tengah malam...ada saja program di Markas Kami...
Paling best bila Ketua Wanita Bahagian dikata kan iras2 Daku...betui ker???Ntah kawan2 Daku lah yg kata...Ada lah kot sikit2...tambahan bila pic kami berganding berdua..Kita tutup bab PRU...Ssyyhh Kita dah jadi Pembangkang..haip..

Bulan puasa paling seronok...Waktu pagi Daku Bertadarus.....kali ni Daku ikut Kumpulan Kampung Sebelah...ha..ha..Kenapa?Saje jer nak cari pengalaman.....Lagipun Daku memang selalu hadir di Surau Kampung tersebut..Kumpulan tu ajak joint Bertadarus...Syukur Alhamdulillah full Daku sebulan bertadarus(x cuti ABC)...tapi ada cuti sehari itu pun sebab Daku ada mesyuarat cawangan seterusnya dilantik jadi Pengerusi Tetap untuk 5 tahun lagi......Berbalik pada hal Tadarus tadi..Kami ada 3 kumpulan..Khatam Al Quran dibuat selepas Hari Raya...Sedihnya Daku x boleh Berkhatam sebab ABC....hu..hu...Ingat lagi tahun lepas pun Daku Bertadarus, bila time Khatam, ABC...Takpa lah ALLAH dah rancang semuanya...Redha jer....

Bulan puasa tu...Juadah berbuka Daku lebih banyak memasak sendiri daripada membeli..kecuali kuih muih dan air,Suami dan Anak suka membeli beraneka air...Daku pulak memang kurang berminat nak masuk Bazar Ramadan.Cuma ada sekali saja Daku pergi Bazar,Itu pun sebab Daku cuti masak....Salah satu sebab Kenapa Daku Malaz nak jejak Bazar Ramadan ada lah,Daku simpati tengok Wajah2 penjual yg mana makanan yg mereka jual kurang sambutan...kesian...4-5 kali juga lah Kami berbuka di luar.Pada hari last berpuasa..Kami ramai2 iaitu Keluarga kakak dan keluarga Adik berbuka di rumah Daku...Macam2 menu ada,tapi tiada pic....





Dua hari sebelum Raya,Anak lelaki Daku balik Kampung penuh muatan keretanya..Dgn Hamper2(bukan beli tau),karton Air karbonate.Hampir seminggu juga la Anakku bercuti...

Pada Hari Raya pertama tu,Dari pagi sampai ke malam tetamu datang..Menu daku ada lah Mee Kari,Nasi Planta,Lemang(beli),Rendang Ayam dan Daging Masak Hitam.Kek dan Biskut2 Raya tu biasa lah...
Walaupun Daku amik order Biskut Raya...Tapi Daku juga beli biskut Raya tau...Kann...Daku sebenarnya lebih suka olahan orang lain..Tempahan Kek dan Biskut,Daku kurangkan...Sebab Daku rasa macam tak mampu nak buat...Kesian juga ada kalangan Kawan2 Daku terpaksa Daku tolak tempahan..Faktor usia rasanya...Nak jadikan cerita lepas raya tadi,buat juga beberapa biji kek tempahan dorang...Aduii...punya lah jenuh amik semangat nak membaking...
Sebut pasal hari raya pertama tu kan...Kejiranan sekitar rumah Daku kan dikelilingi rumah saudara mara...Ada 6 buah rumah(termasuk rumah Daku)3 buah rumah emak saudara,sebuah rumah Kakak dan sebuah rumah sepupu.
Menu kami masing2 tak sama,Maksudnya juadah Utama lah..Kalau menu Daku Mee kari,Kakak Daku pulak Mee Kuah Udang,Sepupu Daku Lontong,Mak saudara yang pertama menu Nasi dan lauk pauk,Mak saudara kedua menu Laksa Penang,Menu Mak saudara ketiga Ketupat rendang@mihun sup ayau Soto Ayam.Wajib berkunjung enam buah rumah.see...berbeza menu kan...Raya kedua bebas nak masak apa pun...tapi selalunya sama jer menu hari pertama kedua..sebab masak banyak kan....Hari raya kedua,Daku balik kampung Suami...raya ketiga beraya  dan menziarah emak saudara di Alor Pongsu..raya ke empat Shopping keperluan untuk Anak lelaki Daku..Raya ke 5,Beraya ke rumah Maksu Daku di Gerik,Raya ke 6 berya di Butterworth dan Seberang Jaya rumah Sepupu Daku..seterusnya ada kenduri Walimaturus,ada majlis jemputan Yassinan,Ada jemputan rumah Terbuka...Dan terbabit juga Perwakilan Pemilihan Calon di Dewan Bagan Serai...hu...hu..sebuk...

Panjang Daku tulis kan.....ha..ha..balas dendam..seminggu selepas Hari Raya AidilFitri,Kami kehilangan Abang Ipar yg kembali Ke Rahmatullah..Suami kepada Kakak Sulung yg tinggal di PONTIAN,Johor...ALFATIHAH untuk Arwah..Masa dapat berita ni,Daku tengah menghadiri Pemilihan perwakilan di Dewan Dato Zainal  di Bagan Serai....Daku cuma wakil kan Anak lelaki sulung yg tinggal di Negeri Sembilan pergi menziarah kematian...Meninggal jam 11 pagi..Kebumi selepas asar...

Ini pulak cerita pada hari 29 Syawal...Waktu pagi Jumaat,Makcik Daku buat MAJLIS KHATAM AL QURAN Tahlil dan doa selamat dirumah beliau..KAMI berkhatam beramai ramai...Hampir 100 orang jemaah yg hadir...Dah selesai majlis,Kami dijamu pelbagai makanan dan lauk pauk......Dan pada sebelah petang Daku dan Kawan2 yg terbabit dan Kumpulan KEMAS Kampung Daku di jemput menghadiri Jamuan Hari Raya di Kampung Parit Hj Ismail selaku Tuanrumah....Tiap Kumpulan Kampung masing2 bawa satu juadah...Kumpulan Kami pilih bawa Mee Rebus...Ada kumpulan yg bawa Laksa,ada yg bawa Lemang Ketupat,Ada yg bawa Nasi impit,Ada yg bawa kuih muih basah,ada kumpulan bawa biskut raya,dan ada kumpulan bawa buah buahan...Ramai juga lah ....penuh dewan di dalam dan luar khemah..meriah...yg Daku lebih BERSYUKUR ialah sebelum bermula jamuan tu...Kami dikejutkan dgn Rancangan Tuan rumah yg mahu ada kan MAJLIS KHATAM AL QURAN...Di letak kan Al Quran didepan Daku...Majlis bermula jam 3 petang.Alhamdulillah mujur dari rumah lagi Daku memang masih ada wuduk...Betapa bersyukurNYA Daku dalam masa satu hari,hari jumaat yg barokah,jumaat yg mulia...Daku dapat BERKHATAM AL QURAN sebanyak dua kali dalam sehari..Iaitu waktu pagi dan waktu petang...see...Perancangan ALLAH siapa yg tahu..TERIMAKASIH ALLAH.....





Apa lagi nak tulis ni....
Ohya lupa...Sekarang kat rumah Daku Suami Isteri ja lagi...Anak Daku dah sambung belajar di nun jauh di Utara...Perlis Indera Kayangan..
Agak sunyi dirumah..apa lagi bila Suami pergi kerja....Best juga yer ke Perlis aritu musim Mangga Harummanis...Suami Daku beli la juga 4 kg sebagai buah tangan...Padang Besar pun ada juga Kami meronda..Dekatkan situ..Bermalam semalaman di Perlis.....Waktu berpisah dgn Anak Daku...aduhai sedihnya.....Daku mana pernah berpisah dgn Dia...









Dalam perjalanan balik tu singgah makan dan solat di RnR Gurun...Hujan lebat waktu tu..
Sampai rumah,jenguk bilik anak,nampak tuala tersidai...huwaaaa...Daku nangis...Dua hari Daku x masuk bilik anak,yg kemas bilik anak daku pun,Suami Daku yg kemas...
Alhamdulillah sekarang Daku dah okey.....Anak pun selalu call,wasap...sent pic..sampai penuh galeri...Sudah2 la Dik berselfie...

Ok antara antara aktiviti Daku bila free ialah Daku dan Kawan2 kumpulan KEMAS kampung tiap hari pagi petang kami berkebun di belakang Dewan Orang Ramai bertanam sayuran sikit,bertanam herba sikit,bertanam bunga sikit buat Landskap..Kebun Kami terpilih sebagai Wakil Daerah Kerian untuk pertandingan Hias Kebun Cantik untuk Negeri Perak...Doa2 kan yer Kampung kami jadi Johan...Daku x lah serajin kawan2 Daku yg pergi berpanas pagi petang...Daku pergi mengikut mood juga lah...Ada masa Kami berkelah di Kebun,masing2 sukahati nak bawa lauk apa pun..makan ramai2.......lepas penat mencangkul,menggaul tanah...Dah tengahari baru masing2 balik rumah.....Daku sebelum pergi kebun,mesti masak awal2...Sebab malaz nak masak bila dah penat.....






Cantik tak hiasan kebun kami?Tu jer yg mampu buat..tapi masih ada lagi ruang yang perlu di tambak dan diperbaiki......











Panjang lebar sekali tulis...Tak ada yg menarik pun...TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI..

Friday, 13 April 2018

MEMBAKING SAMBIL MASAK2



Asklmwkth.....



Tajuk ntah apa2.....macam tak percaya pulak Daku boleh buat entri untuk hari ni........Asal nya konon nak sambung entri tertunggak....Ingat nak buat la kesinambungan yg Daku janji kan dulu.....Bila fikir mesti nak loading pic amik masa lama.....Dengan Wifi yg lembab...Dah la pic2 berlambak...Tunda dulu
lar pasal entri tu.....
Pagi2 lagi Daku dah start keluarkan dan sediakan bahan nak membaking.........Kek2 ni Daku buat untuk nak dibawa ke BOTA.....Petang sabtu esok,lepas Solat Zohor...Daku,Suami dan Anak lelaki Daku akan bertolak...Suami kerja dulu...Tapi separuh hari jer......Anak Arwah Kakak Suami akan Melangsungkan perkahwinan pada hari Ahad....
Nasib baik skrg Daku cuti mengaji.....sepagi memang terperuk di dapur....Sambil bakar kek,sambil sidai kain,sambil sembang2 dgn bunga2 kat laman...Sambil cuci2 peralatan membaking sambil masak untuk lunch.....Sapa lagi nak tolong cuci,kalau bukan Daku sendiri...Anak Daku dah pergi kerja.....Buat pelan2.....






Alhamdulillah....Dah siap kek yg biasa2 jer...
Tu jer la buah tangan yang sempat Daku buat...Hajat hati nak buat Cream puff juga,macam dah tak larat.....Red Velvet simple jer......Aku terlupa nak suruh Suami beli bunga jambak yg dari sugar tu.....Alahai..tak lawo.Di sebabkan anak2 saudara memang suka topping cheese,jadi kita letak lebih sikit..takpe lah....janji ikhlas nak bagi.....







Nampak tu....tu bukan bunga raya tau...tu Kek Marble Moist....Tak rancang pun nak olah ala2 bunga raya.....hantam saja bila dah lorek..cantik pulak,Tu yang Daku snap pic........Kek Marble antara yg selalu Customer order..........Pic atas sebelum di bakar....







Yg puple tu baru kuar dari oven...si bunga raya pulak amik giliran untuk di bakar.....







Dah siap bakar si bunga merah...Ok...Dah siap.....Memandangkan hari ini hari Jumaat...Suami balik nak makan tengahari dan solat jumaat...Nak masak2 pulak.....







Ada ikan,ada sayur bendi...dah senang kerja Daku,masak jer 2 dalam 1...







Ikan nak landing jap tepi kek...





Maka terjadi la gulai ikan Nyok2 bendi + belimbing buluh....semata menu tu jar Daku masak,Nasib baik ada stok sambal belacan dalam fridge......Cukup ler menu tu untuk Daku Suami Isteri...Anak Daku memang makan kat tempat kerja.....Sementara Suami Daku ke masjid ni lar,Daku sambil buat entri ni.....ni pun entah kol berapa baru boleh publish...jap lagi nak keluar angkat kain kat ampaian...Hari macam dah mula nak mendung.....Kat Kmpg Daku skrg,asal petang jer hujan...malam hari pun kadang hujan jugak.....
Sebulan dua ni Daku dah semakin mengABAIKAN DIET ATKINS...Sebab banyak sangat terjebak dgn kenduri kendara...Tiap minggu ada saja Undangan kenduri...Dah nama pun kenduri...mesti ada makan2.....Kadang2 kumpulan Ngaji kami akan dijemput untuk majlis Yasinan atau kekadang di jemput untuk majlis Khatam Al Quran....abis camna.....??Nasib baik la naik setakat sekilo dua jer.......Kadang bila rakan2 cakap dah kurus sikit,Mula lah Lupa Daratan........Aiiiissshhh....Nak kena amik semangat semula ni...Paling best minggu lepas makan Donut kat Big Apple 2 ketoi sorang,dan Anak Daku pulak beli Macaroon di kedai Harrodbread.......hadui.....Payah juga kalau pencinta makanan...Apa pun Syukur Alhamdulillah atas segala yg ALLAH BERIKAN.....


TERIMA KASIH PADA ANDA YG.SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI.....








Thursday, 12 April 2018

DOA SELAMAT UNTUK ANAK -ANAK



Asklmwkth......


Lama dah tak buat entri....sebuk pun ia...malaz pun ia.....kadang taip sekejap...pastu mai mood...esok la..tulat la...pakat lebur camtu jer...
Tajuk kat atas arini punya cerita....fresh lagi tu....hari isnin anak sulung call,bagitau hari Khamis ada interview di Ampang...Minta RESTU DAN DOA...Daku kata kenapa lambat bagitau....katanya Dia pun baru dapat call dari ......Teringat la Daku pulak..Yg si Adik pun ada interview di U.........Nak masak2 bahan x berapa nak cukup...Sudahnya Daku order jer..Nasi lemak 35 bungkus dari akak yg berjualan Nasi lemak nun di hujung kampung Daku...Nasi lemak tu Daku bawa ke Surau Kampung sebelah...Surau tu juga Daku salah seorang jemaah...Di kendali kan USTAZAH SAADIAH...macam kenal jer kan nama tu......yer...Guru mengaji Daku di surau AN NUR juga bernama KAK LONG SAADIAH...Nama yg sama tapi orang yg berlainan...Surau kendalian Ustazah Saadiah tiap minggu pada hari Isnin dan Khamis.kelas fardu ain juga dikendalikan oleh Ustazah Saadiah..Manakala kelas mengaji kendalian Kak long Saadiah hanya setiap pagi jumaat..
Maksud nya hari ini Daku minta Ustazah bacakan Doa Selamat untuk kedua dua anak lelaki Daku...Sayu sangat waktu Ustazah baca dan di aminkan oleh rakan2 jemaah...sebab waktu jam itu lah Anak Daku bertarung dengan soalan dari juru Interview(haa..haa...betui ka Daku sebut...sorry)Minggu depan 23-04-2018.In Sha Allah ..Anak lelaki Daku yg tamat SPM tahun lepas akan menghadiri juga temuduga di ..... ...... kuala Lumpur.Persiapan kelengkapan pakaian pun dah siap di beli.ALHAMDULILLAH...result SPM semua LULUS.......MOHON DOA JUGA ANDA PEMBACA ENTRI INI...SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN ANAK2 DAKU...TERIMAKASIH...






Suami sempat belikan air kotak juga.....Pagi tadi Daku pergi Surau agak lewat dalam pukul 10.00 pagi...Daku minta anak Daku hantar kan makanan dan minuman kotak ni ke surau...Lagi pun Daku ABC...
Sebelum ke surau,sempat Daku masak nasi dan satu menu lunch...nanti bila balik tidak lah kelam kabut nak masak....



Nak interprem juga kat entri ni...menu tak payah tulis la...semua pandai masak...eewwah...ker Daku yg malaz nak taip...





Sup kepala ikan merah...simple jer menu...janji sedap...









TERIMA KASIH PADA ANDA YG. SUDI SINGGAH BLOG BIASA BIASA DAKU INI...