Monday, 15 April 2019

ASAM PEDAS DAGING CINCANG



Assalammualaikum.wkth..

Lama tak bersiaran.....
Eeehhh dah masuk bulan April yer...
Sekejap jer masa berlalu....
Ahèemm...bulan ni banyak bulan kelahiran..
Antaranya kakak Daku yg nombor dua awal bulan April,Sepupu perempuan merangkap teman sepermainan masa kecil pun bulan April,Anak Jiran tepi rumah Daku pun bulan April,Anak Adik Daku pun bulan April dan 2 orang cucu kakak Daku pun bulan april...Dannn...panjangnya dan...Daku punya birthday pun pertengahan bulan April...

Alhamdulillah...
My Darling Suami dah beli hadiah....adduuuiii... x payah surprise2 pun...Daku tak minta pun,Tapi Suami dan Anak2 memang INGAT tarikh lahirku...Kalau sebelum2 ini,Suami bagi handbag,Kamera.Untuk tahun ni pun sama Dia hadiahkan Handbag..

Ok..kita stop pasal birthday...Bulan April ni juga,In sha allah pada penghujung April.Daku akan mengadakan Majlis Khatam Quran,Bacaan Yassin,Tahlil dan Doa selamat.Tolong DOA kan yer ANDA2 semua yang membaca entri Daku ini,semoga ALLAH PERMUDAHKAN URUSANKU,AAMIINN..Rakan2 jemaah Surau,rakan2 kampung,saudara mara semua sudah Daku maklumkan...Tak buat kenduri besar besaran pun.Buat setakat mengikut kemampuan jer...

Suami beli daging,teringin nak makan asam pedas daging,masak la sikit.Makan berdua ajer..Anak2 tak balik cuti..

Sedap juga sekali sekala masak daging asam pedas....Masak cara Daku,guna bahan yg ada..
Tuu bunga kantan fresh tanam tepi kolam.Pekerja myanmar yang tanam.Rajin pulak berbunga.Selalu Suami Daku yang petik banyak(dalam 12 kuntum).Sedekah jer pada kawan2...











Daging dalam segenggam yang bercampur lemak sikit2...






Bahan penumis bawang besar,bawang merah(hiris),setengah sudu kecil halba campur,1 sudu bahan blend(halia,lengkuas,serai,bawang besar,bawang merah,bawang putih).2 helai daun limau purut.sedikit daun kesom.

1 senduk nasi pes sambal,
Sedikit serbuk kunyit,
Air asam jawa secukupnya,
Bunga kantan(belah dua)
Garam,serbuk perasa.
Minyak untuk menumis
Air secukupnya.







Panaskan minyak,Masukkan bawang hiris,halba campur,daun limau purut.Dah naik bau wangi,masukkan bahan blend.







Kemudian masukkan pes sambal,serbuk kunyit.
Masukkan air.












Ini air asam jawa




Alamak hilang pulak pic masa masukkan daging.ok ...Masukkan daging dan semangkuk air.Daku tutup kuali supaya daging cepat empuk.Bila daging dah lembut,baru dimasukkan air asam jawa.Masukkan garam dan serbuk perasa.Tutup api.







   


Dah nama pun asam pedas,kena ada rasa yang seimbang pedas dan masam....Sedap2...Lain kali kena buat lagi.Tapii...tak boleh lah selalu makan daging.Kesihatan pun kena jaga...


TERIMAKASIH PADA ANDA YANG SUDI SINGGAH DI BLOG DAKU YANG BIASA2 INI...

Friday, 15 March 2019

KUIH LEPAT LIAT YANG UNIK RASANYA




Assalammualaikum..wkth..

Nak habak mai siap2..Entri tertunggak ni...
Lepat liat makanan dulu2....
Dulu2 arwah mak kalau buat kuih yang berasaskan pulut..Tepung pulut tak beli pun.Arwah abah akan khas kan satu petak sawah untuk ditanam padi pulut...Daripada proses melerai buah padi.Pengasingan sampah,menjemur padi,dan dibawa kekilang untuk dijadikan beras pulut.Semuanya arwah abah lakukan sendiri dengan bantuan arwah mak....Padi yang baru di petik dari tangkai,dijadikan beras pulut..Wangi dan panas.Disimpan sebagai bekalan.Kadang tidak habis sehingga musim menuai padi seterusnya...Kalau nak buat dodol,bubur wadai kiping,kuih balung ayam atau kuih lepat liat.Arwah mak akan rendam beras pulut seterusnya ditumbuk menggunakan lesung kayu dan alu kayu pastu diayak dijadikan tepung pulut....







Lepat liat Daku ini bukan tepung tumbuk tapi tepung pulut beli...Puas makan bila buat sendiri.Payah juga lah sekarang penjual yang ada berjual kuih rare ini...Lepat liat versi tak letak kelapa ditengahnya...Kami kurang minat kalau yang ada letak kelapa tu.
Sebab bila makan rasa macam ada gangguan kelapa..Ha..ha..apa yg Daku tulis ni..Abaikan yer...







Air,santan,gula merah,gula putih,garam dan daun pandan dimasak diatas api sehingga gula hancur,kemudian ditapis.





Air gula yang sudah ditapis dan dibiarkan sejuk.





Dah siap jom tengok resepi..



RESEPI KUIH LEPAT LIAT **

2 Cawan tepung pulut,

1 cawan gula merah,

2 sudu gula pasir,

1/2 cawan santan pekat,

1/2 cawan air,

Secubit garam,

Daun pandan,

Daun pisang (Di layur)

Sedikit minyak masak



CARA DAKU**


1)  Masukkan air,santan,gula merah gula pasir,daun pandan  dan garam.

2)  Masak atas api,sambil dikacau sehingga mendidih dan gula hancur.

3)  Tutup api,tapis air gula dan biar sejuk.


4)  Bersihkan daun pisang,layur atas api dan potong selebar melebihi tapak tangan.

5)  Sediakan mangkuk besar,Masukkan tepung pulut.Masukkan air gula sedikit demi sedikit kedalam tepung,sambil dikacau menggunakan sudu atau senduk.Tak perlu dihabiskan air gula jika sudah mencukupi.Adunan tak boleh keras atau terlalu lembik.  {Lihat pic dibawah}

6)  Sediakan daun pisang,sapu kan sedikit minyak diatas daun pisang.Letak adunan sebanyak dua sudu.Lipat kiri dan kanan daun pisang,dan lipat juga atas dan bawah daun pisang.

7)  Bungkus hingga habis adunan dan susun dalam loyang. Boleh la di kukus menggunakan api yang sederhana selama 15 minit.













Jangan lupa sapu daun pisang dengan minyak terlebih dahulu..





Hati2 semasa membungkus melipat...Adunan mudah terkeluar...












Hilang rindu pada Dodol bila makan kuih lepat liat ini...Tapi tu lar tak berapa kemas lipatan olahan Daku ini......

TERIMA KASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI...

KEPUTUSAN PERTANDINGAN HIAS KEBUN DAPUR



Assalammualaikum..wkth..

Salam bertemu lagi.....Maaf la lama Daku berdiam diri....Sebenar nya Daku lama juga tak buka blog sendiri,dan tak baca blog orang lain.Sebuk ya,malaz pun ya...haiisshh tak tau lah cakap...Bising la Cik Adik Manis tu,sebab kejap ada,kejap hilang...Ha..ha.....
Dah pertengahan bulan Mac dah rupanya...sekejap sangat masa berlalu.Umur pun dah semakin singkat...Alhamdulillah...Pengisian di usia begini,tidak dibazirkan dgn begitu saja...Selama ini hanya mengejar duniawi...Alhamdulillah AllAH beri juga waktu untuk bekalan untuk dibawa ke SANA...Semoga ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSANKU DAN KELUARGAKU..Aamiin...





Daku janji sebelum ni nak buat entri pasal keputusan Pertandingan Hias Kebun Dapur Cantik.Anjuran KEMAS NEGERI PERAK...

ALHAMDULILLAH..Kampung Daku menduduki Naib Johan.Kampungku mewakili Daerah KERIAN.10 Daerah yg bertanding.


Johan - Daerah Tanjung Malim.
Naib Johan -Daerah kerian
Tempat ketiga - Daerah Manjung


Sungguh Kami tak sangka.Syukur sangat...Dengan kemenangan tersebut,kami mengadakan bacaan YASSIN dan DOA SELAMAT diDewan orang ramai kampung Daku...Macam2 makanan ada paling istimewa,Pulut Kuning dan Rendang Ayam...Sekali lagi Daku ditugaskan  menjadi Pengerusi Majlis...




Ini lah hadiah2 kemenangan tempat kedua..Biar gambar berbicara...jadi ler...Yg penting sifat kerjasama dan saling membantu dapat diteruskan...







Pegawai dan Staff KEMAS BAHAGIAN BAGAN SERAI bergambar bersama hadiah yang dimenangi.Perkakas elektrik,Cikgu Sara yg simpan untuk kegunaan bila majlis makan2...Manakala perkakas perkebunan tu kami gunakan untuk tanam semula tanaman sekitar kebun dapur dewan...


Cantik tak kampung Daku.ha..ha.. pandangan dari udara...Nampak tak aliran sungai dan aliran Taliair besar.Jambatan yg kami sebut TITI BENA...menjadi penghubung.Dibawah TITI BENA adalah saluran yg berlainan...Air sungai dan air dari taliair tidak bertemu atau bertembung...Camna nak cerita eehh...Senang cerita datang lah melawat kampung Daku...pppssstt dalam sungai ada buaya...








Terima kasih pada ANDA yg sudi membaca blog biasa2 Daku ini...

Monday, 28 January 2019

PERTANDINGAN HIAS KEBUN DAPUR CANTIK



Assalammualaikum..wkth..


Semua pic2 dibawah adalah pic tahun lepas 2018...Lambat sikit baru muncul sebab ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.Cukup lah menjadi rahsia Daku...
Seperti yang diketahui melalui entri sebelum ini, Kumpulan KEMAS KAMPUNG Daku terpilih memasuki Pertandingan Hias Kebun Dapur Cantik.Sepuluh Daerah terpilih untuk seluruh Negeri Perak..KEMAS kampung Daku mewakili Daerah Kerian.Kalau tak silap Daku projek ni bermula pada bulan Julai 2018...

Apabila diberitahu oleh Cikgu Sara kumpulan KEMAS kami terpilih,Bermula lah kami merancang,mencangkul,merumput.Memang mencabar kerana tanah banyak mengandungi batu dan simen kesan pembinaan Dewan lama dibangunkan menjadi dewan baru...Lagipun tak semua ahli KEMAS yang mahu turun padang...Faham2 lah mungkin mereka tak berminat atau pun mungkin kengkangan masa.Bayangkan lah ada yang tak muncul langsung...Mmm..Malaz la nak kenang...Tapi tak semua lah...Alhamdulillah Encik Suami mengizinkan Daku aktif.....Daku pun bukan lah tiap hari datang ke kebun belakang dewan ini..Kadang2 kan Daku ada aktiviti Surau..

Tanah,baja,benih2 pokok memang di sedia oleh pihak KEMAS BAGAN SERAI yang keluarkan modal...Alhamdulillah..kerjasama dari kawan2 yang lain amat menggalakan...Bila sudah siap ditanam pokok,masih ada cabaran antaranya kambing meragut pokok,ayam mencakar tanah pada anak2 pokok..Dah nama pun Dewan orang ramai.Haiwan ternakan pun bebas bertandang.Adehh..Waktu pagi dan petang bergilir menyiram pokok.Cuaca pulak sebulan dua tu memang panas dari pagi sampai kepetang.Beberapa kali Pengadil hendak datang asyik ditertunda...huh..
Akhirnya pertengahan bulan November barulah Pengadil betul2 datang.....



Kebanyakan pic2 tu Daku ambil dari Group WhatsApps...





Majlis dimulai dengan bacaan Doa selamat yang dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Daku iaitu Encik Sahibol Anuar..








Ucapan aluan dari Tok Ketua Kampung(Encik Hisham)







Ucapan dari pengerusi PKK KEMAS PADANG LALANG..(Kak Yah)




Hari tersebut macam biasa Daku jadi Pengerusi majlis...malu..tutup muka sikit..ha..ha..







Ada sedikit tayangan slaid yang disediakan oleh pihak KEMAS,dan Daku diberi kepercayaan membentangkan secara rengkas.Selepas sessi didalam Dewan.Para Pengadil dan jemputan diajak keluar melihat persekitaran luar Dewan.


Tu mereka tengah buat Demo cara2 nak buat tanah baja organik...
Dua orang kakak dibawah ini memang pakar tanaman.Kat rumah dorang pun rajin bertanam sayur dan pokok..







Beberapa bulan yang lepas,pihak PERTANIAN memang ada datang mengajar cara2 menghasilkan racun organik dan baja tanah organik kepada kami menggunakan campuran sisa2 sayuran....








Encik Hisham turut sama membantu..




puan pengadil berbaju putih sedang membelek
anak2 pokok salad....




Anak pokok cili yang Puan pengadil pegang tu Kami jual dua pokok rm5...Tapi untuk pengadil tak jual lah..beri jer percuma..





Nampak tu tak silap Daku pokok akar seruntun yang selalu orang buat ubat...Mereka minta juga sedikit pokok serai wangi untuk tanam di Ipoh...












Anak pokok cili hidup dan ciliapi untuk dijual.Setakat ini serai,kucai memang ada pembeli,Wang hasil jualan dimasukkan kedalam tabung..Kami Ahli2 KEMAS pula memang boleh ambil apa saja sayur dengan percuma...





Nak letak juga pic  diatas (Bertarikh 14 November 2018)
Penantian suatu penyeksaan.Agak lama juga la,Pihak Pengadil mengumumkan keputusan pemenang...Keputusan hanya diumum kan 2 bulan selepas tarikh tersebut.Bermaksud keputusan baru saja Kami perolehi iaitu pada pertengahan January 2019.






Ini antara yang ditanam di kebun sekangkang kera di tepi dan belakang dewan..Pokok sayuran dan pokok herba...











Ini bahagian belakang dewan,bahagian bawah ada ditanam barisan rumpun rumpun serai,pokok ubi kayu dan kacang panjang.Pic tiada sebab banyak pic dah terdelete..



Banyak menggunakankan bahan plastik terbuang antaranya botol2 plastik ditanam sayur kangkung..Abaikan hutan dan kebun sawit dibelakang tu...
























Daku suka pic ni sebab banyak kenangan.Bersusah payah Cikgu Sara dan Suami nya menebang pokok buluh kuning ini di pinggiran kuburan.Kemudian membawa buluh ini ke Dewan.Waktu ini Kami tak tahu pun Cikgu nak tebang buluh....Hari seterusnya Kami bersama sama menggergaji,membelah kemudian mengetuk menjadi leper seterusnya menulis menggunakan cat...






Selesai mendengar sedikit penerangan dan melawat kawasan kebun..Pengadil dan semua jemputan dijamu makanan Nasi Lemak Special dan kuih muih...Waktu ini jam10.30 pagi..




Daku suka dengan pic diatas tu..Sebab nampak benar keikhlasan silaturrahim..Biar Daku jelaskan Lelaki berbaju putih itu ialah Encik Hamid mantan Ketua Kampung selepas peralihan kuasa politik diganti pula oleh Encik Hisham(berbaju merah)sebagai Ketua Kampung...







Sessi serah cenderahati kepada para pengadil yang Bijaksana...













Selesai acara,lega sangatt...
Sempat lagi Daku dan sebahagian kawan2 bersama Cikgu Sara serta Penyelia dan Staff dari Pejabat KEMAS BAGAN SERAI bergambar untuk kenangan.







Ini lah Dewan orang ramai kampung Daku...








Hasil landskap kreativiti kawan2...






Berhadapan Dewan terbentang Sungai Gedong...Dari sisi kanan.Nampak tak jambatan yang menjadi penghubung.Sungai yang agak panjang bermula dari Tasik Bukit Merah.Jambatan tu agak unik sebab dibawah jambatan adalah aliran air sungai.Manakala Dinding jambatan yang bercat putih pula ada laluan aliran air Taliair Besar berhadapan rumah Daku.Aliran Taliair sepanjang berpuluh puluh kilometer jauhnya arah ke Kuala Kurau penghujung nya ada lah Pantai Ban Pecah...Maksudnya Jambatan tu dijadikan penghubung Sungai dan Taliair....Atas jambatan tu juga lah diwaktu pagi tempat berjual Nasi lemak dan kuih muih.Waktu petang pula ada yang berjual burger dan ada yang berjual apam balik dan makanan bergoreng...

Kalau nak tahu kalau musim hujan,Atas jambatan tu lah tempat orang2 kampung dan orang luar menjala dan memancing ikan.
Bersebelahan dewan adalah warung kopi.Dibuka dari pagi sampai ke malam...






Pic diatas pula masih dihadapan Dewan.Itu pemandangan sebelah kiri.Penghujung kampung tu ada lah Tanah Perkuburan...Ppppsstt dalam sungai ini banyak buaya...Tapi belum pernah lagi mengganggu penduduk...Selalu juga buaya2 ni timbul...






Landskap bahagian hadapan ditanam bunga bunga pelbagai warna...







Daku saja letak dua pic wargamas yg lebih senang Daku gelarkan AHLI SYURGA..Beliau Insan Istimewa yang tidak pernah mengganggu sesiapa..Beliau begitu rajin menjengah melawat walau sebentar apabila melihat Kami melakukan apa jua aktiviti di Dewan atau di Masjid...







Beliau pemalu....Kadang2 bila Beliau datang waktu Kami kelah2 selepas lelah berkebun..Akan ada juga rezeki untuk Beliau...

Okey sebelum menutup entri ini.Mesti ANDA tertanya tanya apa keputusan pertandingan tersebut.Tunggu  yer next entri Daku akan bagitau...In sha allah...

Terima kasih pada ANDA yg sudi singgah blog biasa2 Daku ini...