Friday 17 April 2020

SAGU GULA MERAH BERKUAH SEDAP

Assalammualaikum

Ada kerajinan sikit......Seingat Daku bulan ni,dah tiga kali Daku buat pemanis molot ni..Suami cukup suka dengan sagu berkuah ni...Kenapa gula merah...Ha..ha...saja la nak kelainan...Lagipun gula melaka dah lama tak beli..Sebelum ni gula melaka,anak adik Daku selalu bagi..Dia selalu terbang ke  Sabah dan Sarawak,selalu bagi buah tangan..Gula seakan gula melaka,apa tah namanya..tapi manisnya macam gula melaka,yang terbaru bagi belacan bintulu ker tak silap,seketoi besar.Tahun depan pun belum tentu habis...Macam2 lah dia bagi kalau balik kampung....






Sajer jer letak dalam cawan kaki,sekali sekala keluarkan dari lemari😂😂😂Kesian dah lama tak diguna......





Hanya memerlukan 3 bahan utama,biji sagu,gula merah dan susu cair.





Pewarna yang disukai..





Jom tengok resepi..

SAGU GULA MERAH (Cara Daku)

1 Cawan biji sagu(rendam 1 jam,tos)
3 1/2 cawan air.

Cara.
Masak air hingga mendidih,kemudian baru masukkan biji sagu,kacau sekali sekala dengan api sederhana.Masak lebih kurang 15 minit.Atau sagu menjadi jernih.Tutup api bahagikan untuk diwarnakan.Ketepikan.

Kuah putih

1 tin susu cair atau santan(Daku guna susu cair)
1 tin air
4 sudu gula pasir
Secubit garam
1 sudu tepung jagung(kacau dengan sedikit air)
Daun pandan sehelai(simpulkan)

Masak  susu  cair,air,gula,garam dan daun pandan,kacau,tak perlu sampai mendidih,masukkan tepung jagung.Tutup api.Ketepikan.

Air gula merah/gula melaka

1 cawan gula merah/gula melaka 2 keping
1 cawan air
5 sudu gula pasir
Pandan sehelai(simpulkan)

Masak bahan sampai mendidih,tutup api dan tapis.

Nota:

Jika inginkan sagu yg sebiji sebiji,kurang kan penggunaan air,jadikan 3 cawan sahaja.Selepas sagu masak segera masukkan dalam penapis dan alir kan dibawah air paip sehingga sagu tidak melekat kemudian tos.

Boleh gantikan gula melaka menggantikan gula merah..

Boleh gantikan susu cair kepada santan segar,atau pun susu full cream yang dalam kotak tu..

Sagu gula merah sedap dimakan sejuk,dinginkan didalam peti sejuk atau dimasukkan kiub ais.









Dah diwarnakan...Warna merah terang perisa Ros...Daku memang suka jenama Shahirah..Sebab wangi perisa Ros nya...Apa pun terpulang lah yer...Warna hijau pulak nampak sangat fresh kan...












Sengaja Daku tak alirkan di air paip selepas diangkat dari atas dapur.Sebab Daku suka ketul2 bergumpal macam tu.Best sangat bila di kunyah ada rasa kenyal2 gitu....Biasa la selera tak sama kan.Ada orang lagi suka biji sagu tu sebiji sebiji...











Anak Daku tak berminat pun nak makan sagu gula merah ni...Daku dan Suami jer yang suka makan.Petang semalam kami berbual sambil ambil angin di halaman rumah sambil duduk di pangkin dibawah pohon cempedak.Habis la semangkuk kami makan......Sedap sejuk2 letak ice cube...Sampaikan tak sedar anak Daku jerit dari dalam rumah.."Mak Ayah masuk lah rumah dah pukul 7.00 petang...Hee..he...Kacau la Adik ni....Nak ajak makan malam ler tu......

Semenjak PKP ni...Daku dan Suami memang suka habiskan masa waktu petang kami dihalaman duduk2 atas pangkin sambil tengok kereta,motor lalu lalang.......Kadang2 ada la lalu kereta Polis peronda buat pengumuman larangan keluar rumah.Kuat betul  Speaker dorang......Teringat jaman dolu dolu,Masa Daku kecik,Kalau kereta Jabatan Penerangan nak ada kan wayang pacak.Petang sebelum tu dorang dah buat pengumuman...Kat kampung dolu2 kalau wayang pacak dorang mainkan atas Jambatan besar atau pun orang kampung Daku sebut atas TITI BENA...Jap..Nanti Daku cari ada tak pic TITI BENA yg Daku maksudkan tu...




Haa..haa..ada pun itu ler TITI BENA yg Daku maksud kan...Jambatan penghubung 4 buah kampung...Jambatan sebelum Daku lahir dah ada..Jangan tanya tahun berapa jambatan tu dibina..Bawah jambatan ada dua saliran air,Satu saliran sungai yang panjang dan satu saliran taliaair besar.Unik tak kampung Daku??Tetiba....

TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YANG BIASA2 INI...


#kitamasakkitamakan
#kitajagakeluargakita


3 comments:

  1. Sedapnyaaaaaaaa...
    Favourite kiter nih..
    Makan sejuk2 bulan puasa.. Mmmmm
    Selamat menanti Ramadhan untuk auntu ogy sayang😘❤️

    ReplyDelete
  2. Pulut mangga lagik sedap...selamat berpuasa juga pada Dik Cella dan keluarga..Jaga diri tau..Aunty pun sayang 💜 Dik Cella..muah2..

    ReplyDelete
  3. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000 :d
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q :-*

    ReplyDelete