Friday, 13 September 2019

NASI BERLAUK KAN DURIAN

Assalammualikum wkth...

Musim durian kali ini,betul2 puas la makan durian.Merata orang dok berjual durian.Daripada durian murah kepada durian mahal.Suami Daku pun tak terkecuali dari membeli pelbagai durian,jenis D lah,jenis king la.Paling Daku suka tak lain tak bukan durian kampung lah mendapat tempat dihatiku...Bukan beli banyak2 pun,dua ker tiga biji jer sekali beli.Biasanya tiga kali dalam seminggu mesti beli buah durian.












Daku suka durian sejuk.Sangat enak makan masa sejuk2...manis2 sejuk...Bukan frozen tau..letak bahagian chiller tu.Simpan dalam tupperware bertutup.Sempat la buat serawa durian,bubur kacang durian,inti kuih durian,dodol durian....dodol durian????kenapa???Tak percaya ker,Daku buat dodol durian?Kena percaya.Sebab Suami Daku beli dodol asli,dodol tu pulak lembik sikit.Apalagi,Daku masak semula la campur isi durian.YaAllah punya la sedap dodol durian...dan satu menu sajian berasakan durian,iaitu makan nasi dgn durian.

Dah serupa Nenek2 dah...
Teringat arwah Nenek Daku suka makan nasi lauk durian.Daku tak pernah pun sebelum ni.Sekali cuba sedap pulak...Lahaaii...Daku ajak Suami joint lauk durian.Dia cakap Tak selera.







Ni lar antara koleksi pic yg sempat Daku snap pic.Jangan kecam ya...Tak kenal maka tak cinta.Daku sukaaa....















Ini buah yang baru Suami Daku beli petang tadi.Lemak manis katanya....Daku belum rasa lagi sebab kena dinginkan dulu baru sedap dimakan.....
Kalau teringin cuba la..Jangan lambat2 tau...Musim durian dah nak habis...
TERIMAKASIH PADA ANDA YANG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI...

Thursday, 12 September 2019

KE HOSPITAL TAIPING



Assalammualaikum wkth.







Ini cerita hari selasa.Sepatutnya setiap petang hari selasa,jam 3.00 petang ada kelas KEMAS.Tak kisah la kelas memasak,kelas menjahit atau kelas kraftangan.Tapi pagi selasa tu,melalui Whattsapp group,Cikgu Sara ajak kami pergi Hospital Taiping.Kiranya kunjung ziarah lah.Pada petang hari isnin tu masa cuti Hari Keputraan Yang DiPertuan Agong.Anak lelaki kepada kawan Kelas KEMAS kami ditimpa kemalangan jalanraya waktu pulang dari kerja.Agak teruk juga la walaupun kemalangan sesama motosikal.Dikata kan Anak kawan kami tu nak mengelak melanggar mangsa kemalangan yang berlaku didepan mata.Mulanya hanya dua buah motosikal terbabit.Anak kawan kami tu cuba nak mengelak dari melanggar mangsa kemalangan.Jadinya tiga buah motosikal la yg terbabit.Luka2 sikit,dan yang parahnya bila kepala lutut kedua dua kaki berlubang besar.Ngeri dengar..

Maka lebih kurang pukul 3 petang berangkat lah kami seramai 5 orang termasuk Cikgu Sara(drive) pergi ke Hospital Taiping.Lebih kurang pukul 4.00 petang kami sampai.Keluar dari kereta pergi la berjalan ke koridor Wad.Aduiii tetiba lalu dua orang lelaki attendan Hospital menyorong katil pesakit.Sempat juga Daku jeling gerangan pesakit bertutup.Rupanya mayat..Mungkin nak dihantar kebilik mayat.
Waktu melawat jam 4.30 petang.Tak sempat pun masuk ke wad anak kawan kami tu,sebab jumpa diluar masa dorang nak naik Ambulance nak ke Dewan bedah.Kena operate sebab kecederaan yg agak serius.Cuma dapat tengok gitu2 jer la....Sedih juga tengok kawan kami tu..Semoga dia sabar dan tabah...Tak henti dia ucap Terimakasih sebab kami sudi datang melawat anaknya...






Selepas melawat anak kawan kami tu..Kami ke bangunan pic dibawah pulak.Ada seorang lagi murid Cikgu Sara(kampung sebelah) yg terlantar sakit dah lebih seminggu.Muda lagi,baru berumur 42 tahun.Pelbagai penyakit ada,sakit jantung,kencing manis dan buah pinggang...Rasa insaf la pulak bila tengok pesakit2 terlantar atas katil....




On the way balik tu,kami singgah makan dulu di kamunting...Lepas tu masuk tol kamunting.Tak sampai 10 minit ada kemalangan yg baru sangat terjadi.Polis,ambulance atau peronda lebuhraya pun belum tiba lagi...Hai kecut perut tengok sebelah kiri longkang tayar kereta keempat empat keatas(terbalik).Kereta yang satu lagi mencucuk besi tengah divider.Tak berani nak tengok sangat.Ada la sebiji dua kereta berhenti.Kami tak berhenti pun sebab mengejar masa dengan masing2 belum solat asar lagi...Cikgu Sara pulak nak kena jemput anaknya yg bersekolah sessi petang.Nasib baik la jalan tak jammed...

Tu jer nak citer...TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YG BIASA2 INI..

Wednesday, 11 September 2019

CEMPEDAK GORENG PANAS PANAS



Assalammualikum wkth..


Menu petang Coq Tiwadak...Sebutan Banjar Guring Coq Tiwadak(Guring tau bukan Goreng)Coq tu cucoq la....Cempedak disebut Tiwadak...










Buah cempedak pemberian Abg Ipar yg ditanam di kebun beliau...Ada la beberapa pokok.Buah2 pun tak sama saiz.Ada besar macam dlm pic diatas.Dan ada yg kecil2 buah nya...Buah2 cempedak tanaman abg ipar manis2 belaka.Sangat manis..Dah selalu bagi, dan dah selalu sangat goreng.




Yang ini saiz ulas sederhana,Ada juga yg ulas saiz besar2...Kalau Daku goreng,ulas2 tu Daku potong dua atau tiga...






Aaiiseyy pic kat atas ni nampak kurang cahaya la pulak...










Empat jenis tepung dalam bekas tu,tepung gandum,tepung beras,tepung jagung dan tepung goreng pisang Adabi...Sukatan pakai agak2 jer.





Dan adun tepung2 tu semua berserta sedikit garam,sedikit minyak panas dan air pulak agak2 lah







Panaskan minyak dah boleh goreng,Pastikan gorengan cempedak tidak melekat sesama sendiri.Goreng hingga kekuning kuningan.Dan jangan goreng banyak2 sekali gus.







Okey jom makan panas2......







Apa cerita pulak dgn kulit cempedak ni???
Tengah fikir ni...Nak buat jeruk mandai ker idok...Kulit cantik,tebal...
Tapi mcm malaz pulak nak hiris buang kulit luar tu...
Bertambah malaz bila teringat masih ada dua balang jeruk mandai nun menyorok hujung kabinet...Sudahnya bungkus dgn paper masuk tong sampah...Selamat..Terlebih ghajin pulak Daku hari ini,sampai dua kali keluar entri...He..he...Dik Cella...Aunty tengah semangat nie....

TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI...

GULAI KARI IKAN NYOK NYOK



Assalammualaikum wkth..


Menu tengahari hari ini...Masuk dapur awal tadi..Sambil tunggu washing machine jalankan tugas..Sambil Daku masak,sekejap tengok keluar pintu dapur nengokkan cuaca...Minggu ni asal selepas subuh mesti cuaca gelap,berangin kemudian hujan.Walaupun waktu tu pukul 7.00 pagi...Tadi pun dah hujan sekejap,kemudian berhenti...Dok fikir nak sidai ker tidak kain2 ni ke halaman...Sudahnya Daku tarik besi ampaian masuk parking dan sidai jer kat tempat parking...







Daku menggulai arini.....4 ketul ikan nyok2 digulai bersama beberapa batang kacang buncis dan separuh batang timun jepun...Ha...ha..orang selalu menggulai dgn timun tua,Daku pulak menggulai dgn timun jepun yg muda..Kacang buncis pun dalam lima enam batang..ni kes nak abiskan stok sayuran.Baby bendi pun ada sikit,celur jer...kes takmo membazir....Sayangkan..semua beli guna duit...




Kat kampung Daku jarang sebut kari..Kami memang sebut GULAI...
Gulai tanpa santan,keluarga Daku paling suka....
Bahan lain sama jer macam orang lain,cumanya Daku tak masukkan santan..
Pppssttt. ..Orang kampung Daku sebut Gulai Hindu...
Kali ni rajin sikit..Daku letak resepi...sangat simple..

RESEPI*

**KARI IKAN NYOK NYOK TANPA SANTAN**


Bahan:

  Ikan Nyok Nyok 4 keping,

  Kacang Buncis,

  Timun

 Sebiji Buah Tomato(potong kiub),

  3 Sudu Besar Rempah Kari Ikan,

  1 Sudu Besar Serbuk Cili,

  1/2 Sudu Kecik Serbuk Kunyit,

  1 keping Asam Gelugur,

  Air 2 Cawan,

  Garam,Serbuk Perasa.

  Minyak 1 Senduk(Agak agak)


 #Bahan Tumis#

  1 biji Bawang Besar (Hiris)

  2 Ulas bawang Merah Kecil(Hiris),

  2 Ulas Bawang Putih(ketuk)

  Sedikit Halia(Hiris)

  Daun Kari Setangkai,

 Halba Campur(1/2 Sudu Kecil),


       **Cara Daku**

  A)  Panaskan Minyak,Tumis kan bahan penumis hingga wangi dan kekuningan.

  B)  Masukkan rempah kari,serbuk cili dan serbuk kunyit,sambil di perlahan kan api supaya tidak  hangus.Masuk kan air sedikit sambil di kacau rempah.Tumis hingga naik minyak.Kemudian masukan buah tomato kiub dan kacau.

  C)  Masukkan air,masukkan timun,kacang buncis.Masuk kan ikan,biar merenih sebentar.kemudian masukkan asam gelugor,garam dan serbuk perasa.Dah Masak tutup api.







Nak lagi sedap,renjis kicap manis sikit...Aaauuumm  sangat,kata budak2 muda sekarang ni...Aaauuumm tak aaauumm janji sedap kan..
TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI...

Saturday, 7 September 2019

AKTIVITI JUMAAT DI SURAU AN NUR

Assalammualaikum wkth..



Tiap bulan minggu pertama hari jumaat,Surau AnNur tempat kelas AlQuran yg selalu Daku hadiri akan mengadakan Bacaan Selawat,Tahlil dan di akhiri dengan Doa Selamat.Bermula jam 8.30 pagi dan paling lewat 9.00 pagi..Kami berkumpul.Di ketuai atau dikendalikan Guru Al Quran yg kami hormati dan dikasehi iaitu lebih mesra di panggil Kak Long Saadiah..

Kali ini Dimulakan dengan bacaan Yaasin khas untuk kawan jemaah yg di uji dengan sedikit kemalangan,juga bacaan Yaasin untuk Suami salah seorang jemaah yang sakit tanpa diketahui puncanya..Selepas itu kami berSelawat Nabi,kemudian Tahlil untuk arwah2 dan diakhiri bacaan Doa Selamat....
Alhamdulillah majlis berjalan lancar...

Sedikit info tentang Surau AnNur.Bersebelahan Surau ada lah Sekolah untuk murid2 kelas fardu ain..Lebih kurang 20 meter berhampiran Dewan orang ramai.Manakala lebih kurang 50 meter berhampiran Masjid Jamek Kampung Daku...




Pic kat bawah ni,antara makanan2 yang dibawa oleh jemaah yang akan dimakan beramai- ramai..Ramai ker???Daku kira ada 15 orang.Biasanya ada lah dalam 30 orang...Mungkin jumaat semalam,ada yang sebuk dan mungkin ada komitmen lain...
Masing2 bawa lauk pauk pelbagai..Ada yg bawa menu sayur antaranya Sayur lemak labu dua orang bawa,sayur lemak nangka muda pun dua orang bawa,sayur lemak sengkuang,sayur tumis bayam,sayur campur udang,Daging kurma(he..he..Daku la tue).ada yang bawa sambal daging,sambal ikan keli,Pajeri Nanas,Nasib baik ada juga yg bawa sambal belacan,tempoyak dan ikan2 masin goreng,pekasam..Ada lagi yg Daku x tulis(lupa)Bila dah pelbagai...Tak tau dah rasa.Nasi putih dibawa oleh Seorang kakak ni...Banyak lauk tak habis,masing2 tapau.Biasanya kalau waktu kelas Al Quran.Jemaah bawa kuih muih,mee atau mihun atau Nasi lemak..








Antara yg sempat di snap oleh kawan Daku..







Seawal subuh Daku berkelentang kelentung di dapur.Hiris daging sekilo pemberian Daging korban yg dihantar oleh pihak masjid pada hari raya Aidil Adha.Tiga ekor lembu ditumbangkan.Dua hari berturut dapat pemberian daging korban.Daku kira ada lima bungkusan dalam freezer.Antaranya pemberian orang2 kampung yg buat secara persendirian.Sepupu Daku pun ada buat.Tu yang murah rezeki daging.Daging2 tu ada yang sekati dan ada yang sekilo.




Suami yang suruh masak kurma daging.Kalau makan berdua memang tak habis.Bawa ke surau.Boleh makan ramai...







Selepas siap makan dan siap kemas2...Kami pergi lah menziarah kawan kami yg mendapat kemalangan tu...Sebenarnya sebelum ini,Daku dah ziarah dengan kawan2 KEMAS.Kali ini pergi pulak dengan geng2 surau...

Okey la...Berhenti dulu...TERIMAKASIH PADA ANDA YG SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI...

Thursday, 5 September 2019

ASAM PEDAS IKAN JENAHAK

Asslammwkth....



Lama dah tak update entri....ha..haa....
Dah bulan september rupanya...
Cepat nya masa berjalan...
Raya puasa dah,Raya haji pun dah...
Hari Merdeka pun sudah...
Hari 31hb ogos tu,Daku ada acara terbabit sebenarnya....Daku mewakili KEMAS Kampung Daku......Acara tu dibuat di Dewan Selinsing.Perjalanan 30 minit gak la dari rumah Daku...
Dah nama nya KEMAS kan terbabit juga la kanak2 Tadika...Ofkos kekanak yg pasti terlibat aktiviti Perbarisan...Aduhai comel2 anak lelaki dan anak2 perempuan dgn pakaian beragam beraneka warna....Tak payah la bagitau Daku masuk acara apa...Yg pasti Daku terjebak juga beli Tudung Shawl Bendera....ha..ha...kenangan sangat...Tahun depan boleh la lagi pakai tudung shawl bendera yg sama....Semangat2...

Dah lama sebenarnya tak buka blog sendiri...
Busy sangat pun tak juga....
Tiap hari ada saja nak dibuat...Urusan rumahtangga tetap no 1...


Tiap hari masak jer,kecuali hari sabtu dan ahad...Sabtu tu kadang2 Suami ajak makan kat luar,atau pun kekadang ada jemputan kenduri..Hari ahad memang wajib la makan kat luar.Kami ni suka mencuba kedai2 baru,atau kedai2 yg memang kedai makan kesukaan kami...Ada juga la kedai2 makan yg Daku pangkah,sebab pertama tak sedap dan mahal,yg kedua servis lembab...Lambat bukan nya ramai pelanggan pun waktu tu....Macam baru2 ni,Anak Daku balik bercuti yg 3 hari tu...Kami pergi la makan satu kedai makan ala2 restoran...Anak Daku tengok dlm Fb....Gah sungguh la,dah macam viral lak dia punya promote....Bila masuk jer kedai tu alahai pada pandangan Daku,kedai makan tu kelihatan Lesu,macam kotor(maaf)macam tak terurus macam tunggang langgang...Aaaaiiisshh camna Daku nak gambarkan...Tang makanan pulak aduhai...berkali pelayan yg hantar makanan meminta maaf sebab makanan yg di order tak lengkap...Malaz la snap pic...Tapi tu lar,In sha allah memang tak jejak dah kot.Pertama kali dan terakhir....pppssttt kedai makan tu di Kamunting,Taiping...






Menu asam pedas ikan jenahak......Agak besar juga la.Masak 3 keping jer.Bahagian kepala dah dimasak gulai kari...
Tak payah la resepi.Semua ibu2 dah pandai masak kan...Daku letak pic dan tajuk hanya sekadar mengisi entri Daku yg semakin sepi ....






Tomeh belacan paku rawan...Paku rawan beli tau...bukan tanam...Ikan jenahak tu yer la free...
Daku suka tumis paku rawan belacan ni...feel makan kat ujung2 tu rasa kepahitan sikit...Suami Daku kureng minat...Anak Daku lagi la tak minat...Syoknya makan sorang2..Tak yah rebut2...Tapi kena makan panas2 la...Kalau dah sejuk...Mmm..rasa sendiri lah...













Pinggan Daku tu...konon nasi sesenduk...padahal bersenduk senduk...
Okey la...cukup la dulu...TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YG BIASA2 INI...

Monday, 29 July 2019

Friday, 21 June 2019

IKAN BAUNG TUMIS PEDAS BERKUAH UMBUT LENGKUAS

Assklmwkth...

Panjangnya tajuk......Tak tau nak masak apa..keluarkan sekor ikan baung sesat dari kolam Arowana...Menu hari khamis marin...Khamis dan arini jumaat,Daku masih berpuasa enam...Esok sabtu cuti dulu..Sebab nak ke Slim River kan...Arini Daku kurang sehat sikit,dari hari khamis lagi tak sehat,selesema....Dah dua hari makan ubat...Malam tadi lepas berbuka,bersin menjadi jadi...Sampaikan tak dapat nak baca Surah AlKahfi...kebiasaan tiap malam jumaat,kalau tak ABC...Daku baca surah AlKahfi...Malam tadi memang tak boleh baca...Sudahnya subuh tadi lepas solat,Baru boleh baca AlKahfi......Masa sahur tu,makan lagi sekali ubat selesema....Ubat tu kan mengantuk...Sehelai dua lagi nak abiskan mukasurat,punya la berat mata mengantuk...Tahan juga abiskan....Aduuiii...dugaan sungguh...

Panjang pulak ceritanya...
Berbalik pada menu ikan baung ni pulak lah...
Sedap tau hirup kuah yang ala2 pedas dan ala2 masam sikit...
Bahasa Banjar sebut Gangan Bajarang...
Selalu daku buat kuah macam ni letak ikan teroboi,lampam,kalau dapat anak lampam merah lagi cun...Lampam merah jarang ada dalam kolam Arowana...sekali sekala ja terjumpa..kalau lampam biasa ni,memang banyak lar...Kalau letak ikan lampam,Daku cuma berani amik isi bahagian perut je...Banyak tulang kan......sekali sekala Daku masak juga guna ikan kembong....Kuah terasa sangat manis,bila dimasak guna ikan fresh...
Masak mcm ni mesti kena letak umbut lengkuas muda....sedap sangat...Lawankan pulak sambal belacan dan ulaman..Aduuuiii...
Tak pandang dah ayam atau daging....Tapi lauk camni....Mak2 dan tok2 jer yg suka...Orang2 muda x minat....contohnya anak2 Daku lar...Depa sanggup goreng telur...Ha..ha...







Nak resepi ker????
Nanti Daku tulis yer...



Resepi mudah sangat...
Tumbuk cili kering 3-4 tangkai yg sudah dipotong dan direndam air panas.Tumbuk juga bawang merah,bawang putih,halia sikit dan kunyit hidup sikit,serai di ketuk..
Tumis dgn sedikit minyak bahan tumbuk sampai naik wangi dan kuning,Masuk kan air dan biarkan mendidih,masukkan umbut lengkuas muda,asam keping,ikan..masukkan garam dan serbuk perasa.Tutup api.






Umbut lengkuas muda,amik kat depan rumah jer...bukan tepi rumah yer.....Pokok terlampau rimbun..Berhati hati juga Daku nak cari anak pokok lengkuas muda.Takut pacat sebenarnya...Eee geli...








Dah siap masak pun....







Nak kasi berseri,hiris cili merah sikit...ha..haa..
Menu hari kamis...Daku masak tengahari untuk Suami lunch.Daku tumiskan juga untuk Suami sayur tauge dan tauhu....
Waktu nak berbuka tu,cepat2 Daku celur pucuk paku.Sedap sangat sambil bersulam ulam timun muda berçecah sambal belacan.....Tapi sayang tiada pic,sebab kalut,sambil menggoreng pisang.Dah nama nya rezeki Suami beli durian di Bagan Serai waktu lepas abis kerja,cadang esoknya nak tanak kan pulut.Suami memang suka makan pulut durian.Waktu nak berbuka tu lah,My Jiran datang hantar 1 bekas pulut durian dan sepaket santan...Alhamdulillah....Rasa mcm bulan puasa pulak bertukar juadah.kebetulan Daku menggoreng pisang lebih......Bestkan hidup berjiran......

Terimakasih pada Anda yang sudi singgah blog Daku yang biasa2 ini...

Thursday, 20 June 2019

MASAK LEMAK CILIPADI UDANG KERANG DAN NANAS



Assalammualaikum..wkth..


Salam syawal yer kawan2 alam maya.....Lama tak muncul...sekejap ada sekejap hilang.Ada ja...cuma malaz nak update......Masih mood raya kan..Dah abis ker buat puasa 6.Tiap minggu ada ja jemputan rumah terbuka...Ha..ha...Daku pun hari sabtu ini,ada dua jemputan...Kali ini Daku nak berjalan jauh sikit..Anak saudara Daku nak buat Jamuan raya untuk keluarga di Slim River.Manakala hari rabu seterusnya,jamuan raya untuk staff2,pekerja2 dan kawan2 dia....Semoga semuanya berjalan lancar...Aamiin...

Menu lunch hari apa dah lupa...
Masak lemak ciliapi udang,kerang dan nanas..
X payah lah letak resepi,he...he...semua lagi pandai kan....
Mahal betul lah sekarang ni kerang,sekilo sampai rm12 henggit......Nak makan beli juga la kan...pulak tu kecik2 jer saiz...Redho jer...Udang galah tu tak beli pun...Udang sesat dalam kolam Arowana...ha...ha....











Bersihkan dulu udang dan kerang tu..



Ada kerang,ada sekor udang galah dan ada sebiji buah Nanas...Nanas ker Nenas..eehh...Dik Cella betul ker Aunty eja tu..he.he..
















Sedia untuk di masak...





























Ada juga puyuh goreng kunyit dan tempe goreng kunyit...







Pinggan Daku tu..Suami suruh Daku angkat udang masuk dalam pinggan Daku..Daku pulak suruh suami angkat masuk pinggan dia...Bertolak malu2..sudahnya Daku angkat dan letak dalam pinggan suami...Dia cubit cubitkan isi udang dan letak dalam pinggan Daku..Ha..ha..boleh gitu..

TERIMA KASIH pada Anda yang sudi singgah di blog  biasa2 Daku ini......Jomm beraya...

Monday, 15 April 2019

ASAM PEDAS DAGING CINCANG



Assalammualaikum.wkth..

Lama tak bersiaran.....
Eeehhh dah masuk bulan April yer...
Sekejap jer masa berlalu....
Ahèemm...bulan ni banyak bulan kelahiran..
Antaranya kakak Daku yg nombor dua awal bulan April,Sepupu perempuan merangkap teman sepermainan masa kecil pun bulan April,Anak Jiran tepi rumah Daku pun bulan April,Anak Adik Daku pun bulan April dan 2 orang cucu kakak Daku pun bulan april...Dannn...panjangnya dan...Daku punya birthday pun pertengahan bulan April...

Alhamdulillah...
My Darling Suami dah beli hadiah....adduuuiii... x payah surprise2 pun...Daku tak minta pun,Tapi Suami dan Anak2 memang INGAT tarikh lahirku...Kalau sebelum2 ini,Suami bagi handbag,Kamera.Untuk tahun ni pun sama Dia hadiahkan Handbag..

Ok..kita stop pasal birthday...Bulan April ni juga,In sha allah pada penghujung April.Daku akan mengadakan Majlis Khatam Quran,Bacaan Yassin,Tahlil dan Doa selamat.Tolong DOA kan yer ANDA2 semua yang membaca entri Daku ini,semoga ALLAH PERMUDAHKAN URUSANKU,AAMIINN..Rakan2 jemaah Surau,rakan2 kampung,saudara mara semua sudah Daku maklumkan...Tak buat kenduri besar besaran pun.Buat setakat mengikut kemampuan jer...

Suami beli daging,teringin nak makan asam pedas daging,masak la sikit.Makan berdua ajer..Anak2 tak balik cuti..

Sedap juga sekali sekala masak daging asam pedas....Masak cara Daku,guna bahan yg ada..
Tuu bunga kantan fresh tanam tepi kolam.Pekerja myanmar yang tanam.Rajin pulak berbunga.Selalu Suami Daku yang petik banyak(dalam 12 kuntum).Sedekah jer pada kawan2...











Daging dalam segenggam yang bercampur lemak sikit2...






Bahan penumis bawang besar,bawang merah(hiris),setengah sudu kecil halba campur,1 sudu bahan blend(halia,lengkuas,serai,bawang besar,bawang merah,bawang putih).2 helai daun limau purut.sedikit daun kesom.

1 senduk nasi pes sambal,
Sedikit serbuk kunyit,
Air asam jawa secukupnya,
Bunga kantan(belah dua)
Garam,serbuk perasa.
Minyak untuk menumis
Air secukupnya.







Panaskan minyak,Masukkan bawang hiris,halba campur,daun limau purut.Dah naik bau wangi,masukkan bahan blend.







Kemudian masukkan pes sambal,serbuk kunyit.
Masukkan air.












Ini air asam jawa




Alamak hilang pulak pic masa masukkan daging.ok ...Masukkan daging dan semangkuk air.Daku tutup kuali supaya daging cepat empuk.Bila daging dah lembut,baru dimasukkan air asam jawa.Masukkan garam dan serbuk perasa.Tutup api.







   


Dah nama pun asam pedas,kena ada rasa yang seimbang pedas dan masam....Sedap2...Lain kali kena buat lagi.Tapii...tak boleh lah selalu makan daging.Kesihatan pun kena jaga...


TERIMAKASIH PADA ANDA YANG SUDI SINGGAH DI BLOG DAKU YANG BIASA2 INI...