Friday, 27 September 2019

LEMAK CILI PADI DAGING SALAI



Assalammualaikum wkth..


Menu hari ini jumaat,pagi tadi selongkar peti frozen,Jumpa 4 keping daging salai.Keluarkan 2 keping jer....Makan berdua ja..Masak banyak nanti tak abis pulak.Lagipun masak untuk lunch.Malam nanti nak jemput Anak Daku dekat KTM..Dia wasap nak balik kampung.Sebab sabtu takde kelas,jadi nak balik.Sebelum tu Daku dah tanya,Adik nak suruh mak masak lauk apa??Dia siap bagitau...Adik nak makan Nasi Kandar.Amboiii.....Padahal minggu cuti yg dia balik aritu,dah pekena Nasi Kandar.Kat Bagan Serai ni ada ja dua tiga tempat kedai Nasi Kandar.Semuanya kedai 24 jam...
Kecuali ada satu kedai kegemaran Suami Daku,kedai Nasi Kandar tu buka dari jam 5.00 petang sampai jam 12.00 malam sahaja..Lauk dia memang sedap dan fresh.Kedai dia pun bersih.Rasanya wife tokey melayu jati.Suaminya mamak..Kedai tu la malam ni kami nak pergi makan...










Dah hiris daging salai ni dapat la setengah mangkuk..


Keluarkan juga sayur buah kundur.Asalnya kundur tu 2 biji pemberian Mak kepada Tok Ketua Kampung.Sebiji besar Daku sedekahkan semula pada sorang Makcik yg tinggal nun di hujung kampung.Suka dia bila Daku beri buah kundur tu...Tapi Daku bagitau siap2,bukan Daku yang tanam.Pemberian orang Daku panjangkan sedekahnya..Sebiji lagi sederhana besar,Daku belah dua.Sebelah Daku amik,sebelah lagi Daku bagi pada Kakak daku.Suku Daku dah masak tumis air sebelum ni,Tinggal la balance sikit tu Daku kawankan ajer dengan daging salai...





Cara Daku..

Blend cilipadi,bawang besar dan sedikit kunyit hidup.Blend bahan tu dengan santan cair.Masak bersama daging salai yg sudah dihiris nipis.Masukkan juga sebatang serai yg di ketuk.Masak hingga daging empuk.Bila daging dah lembut masukkan sayur buah kundur.Kemudian masukkan santan pekat dan masukkan 1 keping asam gelugur.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.











Kat bawah ni bukan daging goreng tau...




Pagi tadi punya cerita.Lepas breakfast.Baca la blog Adik Manis tu...Tedia..punya tengok mandai goreng sama sambal petai bilis.Punya la sedap tengok mandai goreng...
Tak boleh jadik tu yang amik balang mandai,amik seketol kecik keluarkan siap2....Takut lupa...
Sebenarnya lama dah tak makan mandai goreng....Seingat Daku.Last masak mandai ni masa Anak lelaki sulung tu balik masa raya puasa.Anak sulung Daku memang suka dan pandai makan mandai goreng.Minggu depan katanya nak balik kampung..Boleh la goreng banyak sikit.Yang si Adik memang tak pandai la makan mandai goreng ni...






Mandai goreng atau pun mandai guring,orang banjar kampung Daku kata...Makanan warisan..Daku goreng dgn bawang merah,bawang putih,cili merah dan cilipadi hiris.Goreng dengan sedikit minyak.Last sekali pecahkan sebiji telur dan masukkan sedikit serbuk perasa dan gaul...Boleh juga letak ikan bilis.Dah masak angkat.







Tengah Daku taip entri ni...Hujan tengah lebat..Minggu ni petang2 dah mula hujan..kat tempat lain pun sama kan...Syukur Alhmdulillah...TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YG BIASA2 INI...



Saturday, 21 September 2019

KERABU TAUGEH ORANG DEMAM



Assalammualaikum.wkth..


Mula demam dari hari khamis dah..Sana sini orang dok heboh jerebu..Daku okey jer..kengkononnya,Kita duduk dalam rumah,mesti terhindar dari jerebu.....Pada pagi hari rabu tu,Daku menyapu daun2 kering di halaman rumah,Sambil siram2 pokok bunga tu.Masa tu memang jerebu kat luar.Dah terkumpul daun daun kering tu,boleh pulak masuk rumah amik pemetik api dan apa lagi membakar lagi.Bukan tak tahu larangan membakar di musim jerebu..Seronok api marak makan daun daun kering.Itulah harga yg perlu Daku terima,esoknya khamis dah mula sakit tekak,badan dah mula seram sejuk...
Sesuai sangat la perkataan yg selalu orang sebut.YG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH,YANG KURANG BAIK DATANG NYA DARI DAKU SENDIRI..

Takmo cakap banyak dah..Ubat semua dah makan,minum air masak pun dah bergelen.





Last menu hari jumaat.Teringin nak makan kerabu.Taugeh segar ada la dalam semangkuk camtu,Dalam tak larat tu,petik la ulam raja sikit daun selom sikit.Kerabu cara Daku,










Hiris  ulam raja dan daun selom.Rencahnya tumbuk 2 biji cili merah hidup,9 biji cili padi,2 biji bawang merah,belacan sikit,paling utama udang kering(agak2 jer).Tumbuk tak payah sampai lumat.Panaskan api letak sedikit minyak,tumis bahan tumbuk sampai wangi,letak kunyit serbuk sikit.Kemudian masukkan segenggam kelapa segar.Masukkan garam sikit dan serbuk perasa.Masak sampai wangi,dan tutup api.Biar rencah dalam kuali dan biar sejuk sebentar.Masukkan taugeh yang sudah di bersihkan,masukkan juga daun selom dan ulam raja.Jangan lupa bawang besar hiris.Perahkan juga 3 biji jus limau kasturi.Gaul sebati.Angkat dan masukkan dalam pinggan.

Nikmat sungguh meratah kerabu ni masa lunch.Rangup,pedas dan masam.Makan nasi sikit jer..Mulut rasa pahit,payau.Petang tu Suami kait buah mempelam,dia kupas,dia hiris,ada pulak kuah pencicah.Boleh habis dua biji Daku makan sorang.Jangan tanya pic.Memang takde.Lepas tu takmo makan apa dah.Hari Daku buat kerabu tu juga Daku masak gulai pekat  sotong dan ikan goreng.




Jadi ler menu orang demam...








Selalu kalau demam,Daku hanya suka makan roti,sama ada bun atau roti slice.Untuk breakfast pagi tadi cuma makan oat coklat,untuk lunch pulak roti.Malam ni pun sama makan roti.Hari ni tak masak apa pun,Suami tak kasi.Dia suruh Daku rehat.Suami makan kat luar.Dia tanya nak makan apa2 tak?Siap disenaraikan nama2 makanan.Takmo lah..Tak selera....Kesian Daku kan...Kepala ting tong dah ni kesan makan ubat...

DOA kan Daku sehat yer...
TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YG BIASA2 INI...




Monday, 16 September 2019

SELAMAT HARI MALAYSIA



Assalammualaikum wkth..





Selamat menyambut Hari MALAYSIA kepada semua rakyat MALAYSIA...Semoga semuanya hidup dalam aman dan damai.Bersatu padu,saling hormat menghormati sesama kaum.
Sebagai rakyat MALAYSIA kita kena bersyukur berada di bumi bertuah ini...

MESIN KELAPA VS KUKUR KELAPA

Asklmwkth..


Apa ker tajuk cenggitu???
Ini cerita bulan lepas nyerr..
Mesin kelapa vs kukur kelapa...Waktu ni rasa nak nangis...
Pagi sebelum Suami pergi kerja,Daku suruh dia kupas kelapa....eeehh jap..kupas ker kopek...mana2 pun boleh la...Stok kelapa frozen hampir habis..Jadinya kelapa pun ada yg dah jatuh...Ada sembilan biji buah kelapa...
Dah suami siap belah kelapa,Daku pun cuci bersih buah kelapa luar dan dalam.Dan tos..





Seterusnya keluarkan benda alah ni dari stor dapur dan menyiram nyiram air kedalam permukaan mesin.Nampak tu basah lagi...







Kelapa yang sudah bersih dan di tos airnya,Dimasukkan dalam besen besar..Bila Daku dah petik switch ON kat mesin kelapa ni...Tak mo berputar macam selalu..Dua tiga kali juga la Daku cuba tetap sama.Takut juga dok main ON OF switch..Takut juga renjatan elektrik.Sapa pun taktau....Dahh...sudah...Nak buat camna ni...Takkan nak pergi ketuk rumah jiran nak pinjam mesin nyior...Aduiii...Nak tak nak, Kena gunakan alternatif lain,jadinya keluarkan lah kukur nyior legend ni...Kukur nyior warisan arwah Mak...Masih tajam gigi nya...Dah lama sangat tak mengukur.....Dengan badan pun dah makin comei...lahai...Letih nya...



Tu baru 4 tempurung,dah bangun berdiri tegakkan pinggang...Banyak lagi tu...






Berehat sebentar,pastu baru teruskan...Agak mencabar juga la...Kalau dulu zaman anak dara,sekejap jer kukur kelapa setakat dua biji....



Akhirnya setelah beberapa kali bangun,duduk,bangun siap juga...Macam tak percaya pulak.Daku start kukur jam 9.30 pagi selesai kukur jam 10.40 pagi...




Abaikan la yer tempurung yang ada Daku kukur sampai kekulit ari.Janji Daku abiskan kukur...



Penuh setalam...Bukan untuk kenduri...Daku memang dah biasa mesin banyak2 buat stok.Tiga bulan sekali mesin.Daku bukan rajin nak mesin tiap hari...kalau ada Kelapa parut frozen senang bila2 masa nak gunakan dah ada.Kat rumah Daku ni,ada masa tetamu datang tak kira waktu.Bila ada stok kelapa parut ni amat memudahkan kerja masak memasak Daku...







Paling sedikit sekali mesin 8 biji.Manakala paling banyak Daku mesin 14 biji...Tu dah siap pack,Ada yang sebiji kelapa dan ada yang saiz setengah biji.Senang bila perlu amik jer mengikut kuantiti yg nak dimasak.




Apa cerita mesin kelapa ni...
Ha..ha...dah siap kemas simpan kukur kelapa semua....Daku pun mencuba  ON semula mesin kelapa ni...hah...mau pulak berputar dengan jayanya...Addduuhh...Memang dah tertulis ALLAH suruh Daku kukur kelapa...Alhamdulillah itu saja yg mampu keluar dari mulut Daku.Sebab tak perlu nak bawa pergi repair atau beli baru...Pppsssttt jangan bagitau suami Daku.Sebab dalam hal ini,Daku juga yang bersalah sebab TERLEBIH MANDIKAN mesin tu...Mungkin air ada terkena wayar yang berselirat di bahagian belakang mesin...

Okey nak citer tu jer...Japgi nak pergi hantar Si bongsu tu ke Stesen keretapi Bagan Serai..Dia balik bercuti sempena Hari Malaysia hari ini...
Jadi lah  balik dua hari....Naik Komuter ke Arau,Perlis...Bye bye Dik......Sunyi semula la rumah...Hu...hu..Nak nangis ni...
TERIMAKASIH PADA ANDA YANG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI..






Friday, 13 September 2019

NASI BERLAUK KAN DURIAN

Assalammualikum wkth...

Musim durian kali ini,betul2 puas la makan durian.Merata orang dok berjual durian.Daripada durian murah kepada durian mahal.Suami Daku pun tak terkecuali dari membeli pelbagai durian,jenis D lah,jenis king la.Paling Daku suka tak lain tak bukan durian kampung lah mendapat tempat dihatiku...Bukan beli banyak2 pun,dua ker tiga biji jer sekali beli.Biasanya tiga kali dalam seminggu mesti beli buah durian.












Daku suka durian sejuk.Sangat enak makan masa sejuk2...manis2 sejuk...Bukan frozen tau..letak bahagian chiller tu.Simpan dalam tupperware bertutup.Sempat la buat serawa durian,bubur kacang durian,inti kuih durian,dodol durian....dodol durian????kenapa???Tak percaya ker,Daku buat dodol durian?Kena percaya.Sebab Suami Daku beli dodol asli,dodol tu pulak lembik sikit.Apalagi,Daku masak semula la campur isi durian.YaAllah punya la sedap dodol durian...dan satu menu sajian berasakan durian,iaitu makan nasi dgn durian.

Dah serupa Nenek2 dah...
Teringat arwah Nenek Daku suka makan nasi lauk durian.Daku tak pernah pun sebelum ni.Sekali cuba sedap pulak...Lahaaii...Daku ajak Suami joint lauk durian.Dia cakap Tak selera.







Ni lar antara koleksi pic yg sempat Daku snap pic.Jangan kecam ya...Tak kenal maka tak cinta.Daku sukaaa....















Ini buah yang baru Suami Daku beli petang tadi.Lemak manis katanya....Daku belum rasa lagi sebab kena dinginkan dulu baru sedap dimakan.....
Kalau teringin cuba la..Jangan lambat2 tau...Musim durian dah nak habis...
TERIMAKASIH PADA ANDA YANG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI...

Thursday, 12 September 2019

KE HOSPITAL TAIPING



Assalammualaikum wkth.







Ini cerita hari selasa.Sepatutnya setiap petang hari selasa,jam 3.00 petang ada kelas KEMAS.Tak kisah la kelas memasak,kelas menjahit atau kelas kraftangan.Tapi pagi selasa tu,melalui Whattsapp group,Cikgu Sara ajak kami pergi Hospital Taiping.Kiranya kunjung ziarah lah.Pada petang hari isnin tu masa cuti Hari Keputraan Yang DiPertuan Agong.Anak lelaki kepada kawan Kelas KEMAS kami ditimpa kemalangan jalanraya waktu pulang dari kerja.Agak teruk juga la walaupun kemalangan sesama motosikal.Dikata kan Anak kawan kami tu nak mengelak melanggar mangsa kemalangan yang berlaku didepan mata.Mulanya hanya dua buah motosikal terbabit.Anak kawan kami tu cuba nak mengelak dari melanggar mangsa kemalangan.Jadinya tiga buah motosikal la yg terbabit.Luka2 sikit,dan yang parahnya bila kepala lutut kedua dua kaki berlubang besar.Ngeri dengar..

Maka lebih kurang pukul 3 petang berangkat lah kami seramai 5 orang termasuk Cikgu Sara(drive) pergi ke Hospital Taiping.Lebih kurang pukul 4.00 petang kami sampai.Keluar dari kereta pergi la berjalan ke koridor Wad.Aduiii tetiba lalu dua orang lelaki attendan Hospital menyorong katil pesakit.Sempat juga Daku jeling gerangan pesakit bertutup.Rupanya mayat..Mungkin nak dihantar kebilik mayat.
Waktu melawat jam 4.30 petang.Tak sempat pun masuk ke wad anak kawan kami tu,sebab jumpa diluar masa dorang nak naik Ambulance nak ke Dewan bedah.Kena operate sebab kecederaan yg agak serius.Cuma dapat tengok gitu2 jer la....Sedih juga tengok kawan kami tu..Semoga dia sabar dan tabah...Tak henti dia ucap Terimakasih sebab kami sudi datang melawat anaknya...






Selepas melawat anak kawan kami tu..Kami ke bangunan pic dibawah pulak.Ada seorang lagi murid Cikgu Sara(kampung sebelah) yg terlantar sakit dah lebih seminggu.Muda lagi,baru berumur 42 tahun.Pelbagai penyakit ada,sakit jantung,kencing manis dan buah pinggang...Rasa insaf la pulak bila tengok pesakit2 terlantar atas katil....




On the way balik tu,kami singgah makan dulu di kamunting...Lepas tu masuk tol kamunting.Tak sampai 10 minit ada kemalangan yg baru sangat terjadi.Polis,ambulance atau peronda lebuhraya pun belum tiba lagi...Hai kecut perut tengok sebelah kiri longkang tayar kereta keempat empat keatas(terbalik).Kereta yang satu lagi mencucuk besi tengah divider.Tak berani nak tengok sangat.Ada la sebiji dua kereta berhenti.Kami tak berhenti pun sebab mengejar masa dengan masing2 belum solat asar lagi...Cikgu Sara pulak nak kena jemput anaknya yg bersekolah sessi petang.Nasib baik la jalan tak jammed...

Tu jer nak citer...TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YG BIASA2 INI..

Wednesday, 11 September 2019

CEMPEDAK GORENG PANAS PANAS



Assalammualikum wkth..


Menu petang Coq Tiwadak...Sebutan Banjar Guring Coq Tiwadak(Guring tau bukan Goreng)Coq tu cucoq la....Cempedak disebut Tiwadak...










Buah cempedak pemberian Abg Ipar yg ditanam di kebun beliau...Ada la beberapa pokok.Buah2 pun tak sama saiz.Ada besar macam dlm pic diatas.Dan ada yg kecil2 buah nya...Buah2 cempedak tanaman abg ipar manis2 belaka.Sangat manis..Dah selalu bagi, dan dah selalu sangat goreng.




Yang ini saiz ulas sederhana,Ada juga yg ulas saiz besar2...Kalau Daku goreng,ulas2 tu Daku potong dua atau tiga...






Aaiiseyy pic kat atas ni nampak kurang cahaya la pulak...










Empat jenis tepung dalam bekas tu,tepung gandum,tepung beras,tepung jagung dan tepung goreng pisang Adabi...Sukatan pakai agak2 jer.





Dan adun tepung2 tu semua berserta sedikit garam,sedikit minyak panas dan air pulak agak2 lah







Panaskan minyak dah boleh goreng,Pastikan gorengan cempedak tidak melekat sesama sendiri.Goreng hingga kekuning kuningan.Dan jangan goreng banyak2 sekali gus.







Okey jom makan panas2......







Apa cerita pulak dgn kulit cempedak ni???
Tengah fikir ni...Nak buat jeruk mandai ker idok...Kulit cantik,tebal...
Tapi mcm malaz pulak nak hiris buang kulit luar tu...
Bertambah malaz bila teringat masih ada dua balang jeruk mandai nun menyorok hujung kabinet...Sudahnya bungkus dgn paper masuk tong sampah...Selamat..Terlebih ghajin pulak Daku hari ini,sampai dua kali keluar entri...He..he...Dik Cella...Aunty tengah semangat nie....

TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI...

GULAI KARI IKAN NYOK NYOK



Assalammualaikum wkth..


Menu tengahari hari ini...Masuk dapur awal tadi..Sambil tunggu washing machine jalankan tugas..Sambil Daku masak,sekejap tengok keluar pintu dapur nengokkan cuaca...Minggu ni asal selepas subuh mesti cuaca gelap,berangin kemudian hujan.Walaupun waktu tu pukul 7.00 pagi...Tadi pun dah hujan sekejap,kemudian berhenti...Dok fikir nak sidai ker tidak kain2 ni ke halaman...Sudahnya Daku tarik besi ampaian masuk parking dan sidai jer kat tempat parking...







Daku menggulai arini.....4 ketul ikan nyok2 digulai bersama beberapa batang kacang buncis dan separuh batang timun jepun...Ha...ha..orang selalu menggulai dgn timun tua,Daku pulak menggulai dgn timun jepun yg muda..Kacang buncis pun dalam lima enam batang..ni kes nak abiskan stok sayuran.Baby bendi pun ada sikit,celur jer...kes takmo membazir....Sayangkan..semua beli guna duit...




Kat kampung Daku jarang sebut kari..Kami memang sebut GULAI...
Gulai tanpa santan,keluarga Daku paling suka....
Bahan lain sama jer macam orang lain,cumanya Daku tak masukkan santan..
Pppssttt. ..Orang kampung Daku sebut Gulai Hindu...
Kali ni rajin sikit..Daku letak resepi...sangat simple..

RESEPI*

**KARI IKAN NYOK NYOK TANPA SANTAN**


Bahan:

  Ikan Nyok Nyok 4 keping,

  Kacang Buncis,

  Timun

 Sebiji Buah Tomato(potong kiub),

  3 Sudu Besar Rempah Kari Ikan,

  1 Sudu Besar Serbuk Cili,

  1/2 Sudu Kecik Serbuk Kunyit,

  1 keping Asam Gelugur,

  Air 2 Cawan,

  Garam,Serbuk Perasa.

  Minyak 1 Senduk(Agak agak)


 #Bahan Tumis#

  1 biji Bawang Besar (Hiris)

  2 Ulas bawang Merah Kecil(Hiris),

  2 Ulas Bawang Putih(ketuk)

  Sedikit Halia(Hiris)

  Daun Kari Setangkai,

 Halba Campur(1/2 Sudu Kecil),


       **Cara Daku**

  A)  Panaskan Minyak,Tumis kan bahan penumis hingga wangi dan kekuningan.

  B)  Masukkan rempah kari,serbuk cili dan serbuk kunyit,sambil di perlahan kan api supaya tidak  hangus.Masuk kan air sedikit sambil di kacau rempah.Tumis hingga naik minyak.Kemudian masukan buah tomato kiub dan kacau.

  C)  Masukkan air,masukkan timun,kacang buncis.Masuk kan ikan,biar merenih sebentar.kemudian masukkan asam gelugor,garam dan serbuk perasa.Dah Masak tutup api.







Nak lagi sedap,renjis kicap manis sikit...Aaauuumm  sangat,kata budak2 muda sekarang ni...Aaauuumm tak aaauumm janji sedap kan..
TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI...

Saturday, 7 September 2019

AKTIVITI JUMAAT DI SURAU AN NUR

Assalammualaikum wkth..



Tiap bulan minggu pertama hari jumaat,Surau AnNur tempat kelas AlQuran yg selalu Daku hadiri akan mengadakan Bacaan Selawat,Tahlil dan di akhiri dengan Doa Selamat.Bermula jam 8.30 pagi dan paling lewat 9.00 pagi..Kami berkumpul.Di ketuai atau dikendalikan Guru Al Quran yg kami hormati dan dikasehi iaitu lebih mesra di panggil Kak Long Saadiah..

Kali ini Dimulakan dengan bacaan Yaasin khas untuk kawan jemaah yg di uji dengan sedikit kemalangan,juga bacaan Yaasin untuk Suami salah seorang jemaah yang sakit tanpa diketahui puncanya..Selepas itu kami berSelawat Nabi,kemudian Tahlil untuk arwah2 dan diakhiri bacaan Doa Selamat....
Alhamdulillah majlis berjalan lancar...

Sedikit info tentang Surau AnNur.Bersebelahan Surau ada lah Sekolah untuk murid2 kelas fardu ain..Lebih kurang 20 meter berhampiran Dewan orang ramai.Manakala lebih kurang 50 meter berhampiran Masjid Jamek Kampung Daku...




Pic kat bawah ni,antara makanan2 yang dibawa oleh jemaah yang akan dimakan beramai- ramai..Ramai ker???Daku kira ada 15 orang.Biasanya ada lah dalam 30 orang...Mungkin jumaat semalam,ada yang sebuk dan mungkin ada komitmen lain...
Masing2 bawa lauk pauk pelbagai..Ada yg bawa menu sayur antaranya Sayur lemak labu dua orang bawa,sayur lemak nangka muda pun dua orang bawa,sayur lemak sengkuang,sayur tumis bayam,sayur campur udang,Daging kurma(he..he..Daku la tue).ada yang bawa sambal daging,sambal ikan keli,Pajeri Nanas,Nasib baik ada juga yg bawa sambal belacan,tempoyak dan ikan2 masin goreng,pekasam..Ada lagi yg Daku x tulis(lupa)Bila dah pelbagai...Tak tau dah rasa.Nasi putih dibawa oleh Seorang kakak ni...Banyak lauk tak habis,masing2 tapau.Biasanya kalau waktu kelas Al Quran.Jemaah bawa kuih muih,mee atau mihun atau Nasi lemak..








Antara yg sempat di snap oleh kawan Daku..







Seawal subuh Daku berkelentang kelentung di dapur.Hiris daging sekilo pemberian Daging korban yg dihantar oleh pihak masjid pada hari raya Aidil Adha.Tiga ekor lembu ditumbangkan.Dua hari berturut dapat pemberian daging korban.Daku kira ada lima bungkusan dalam freezer.Antaranya pemberian orang2 kampung yg buat secara persendirian.Sepupu Daku pun ada buat.Tu yang murah rezeki daging.Daging2 tu ada yang sekati dan ada yang sekilo.




Suami yang suruh masak kurma daging.Kalau makan berdua memang tak habis.Bawa ke surau.Boleh makan ramai...







Selepas siap makan dan siap kemas2...Kami pergi lah menziarah kawan kami yg mendapat kemalangan tu...Sebenarnya sebelum ini,Daku dah ziarah dengan kawan2 KEMAS.Kali ini pergi pulak dengan geng2 surau...

Okey la...Berhenti dulu...TERIMAKASIH PADA ANDA YG SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI...

Thursday, 5 September 2019

ASAM PEDAS IKAN JENAHAK

Asslammwkth....



Lama dah tak update entri....ha..haa....
Dah bulan september rupanya...
Cepat nya masa berjalan...
Raya puasa dah,Raya haji pun dah...
Hari Merdeka pun sudah...
Hari 31hb ogos tu,Daku ada acara terbabit sebenarnya....Daku mewakili KEMAS Kampung Daku......Acara tu dibuat di Dewan Selinsing.Perjalanan 30 minit gak la dari rumah Daku...
Dah nama nya KEMAS kan terbabit juga la kanak2 Tadika...Ofkos kekanak yg pasti terlibat aktiviti Perbarisan...Aduhai comel2 anak lelaki dan anak2 perempuan dgn pakaian beragam beraneka warna....Tak payah la bagitau Daku masuk acara apa...Yg pasti Daku terjebak juga beli Tudung Shawl Bendera....ha..ha...kenangan sangat...Tahun depan boleh la lagi pakai tudung shawl bendera yg sama....Semangat2...

Dah lama sebenarnya tak buka blog sendiri...
Busy sangat pun tak juga....
Tiap hari ada saja nak dibuat...Urusan rumahtangga tetap no 1...


Tiap hari masak jer,kecuali hari sabtu dan ahad...Sabtu tu kadang2 Suami ajak makan kat luar,atau pun kekadang ada jemputan kenduri..Hari ahad memang wajib la makan kat luar.Kami ni suka mencuba kedai2 baru,atau kedai2 yg memang kedai makan kesukaan kami...Ada juga la kedai2 makan yg Daku pangkah,sebab pertama tak sedap dan mahal,yg kedua servis lembab...Lambat bukan nya ramai pelanggan pun waktu tu....Macam baru2 ni,Anak Daku balik bercuti yg 3 hari tu...Kami pergi la makan satu kedai makan ala2 restoran...Anak Daku tengok dlm Fb....Gah sungguh la,dah macam viral lak dia punya promote....Bila masuk jer kedai tu alahai pada pandangan Daku,kedai makan tu kelihatan Lesu,macam kotor(maaf)macam tak terurus macam tunggang langgang...Aaaaiiisshh camna Daku nak gambarkan...Tang makanan pulak aduhai...berkali pelayan yg hantar makanan meminta maaf sebab makanan yg di order tak lengkap...Malaz la snap pic...Tapi tu lar,In sha allah memang tak jejak dah kot.Pertama kali dan terakhir....pppssttt kedai makan tu di Kamunting,Taiping...






Menu asam pedas ikan jenahak......Agak besar juga la.Masak 3 keping jer.Bahagian kepala dah dimasak gulai kari...
Tak payah la resepi.Semua ibu2 dah pandai masak kan...Daku letak pic dan tajuk hanya sekadar mengisi entri Daku yg semakin sepi ....






Tomeh belacan paku rawan...Paku rawan beli tau...bukan tanam...Ikan jenahak tu yer la free...
Daku suka tumis paku rawan belacan ni...feel makan kat ujung2 tu rasa kepahitan sikit...Suami Daku kureng minat...Anak Daku lagi la tak minat...Syoknya makan sorang2..Tak yah rebut2...Tapi kena makan panas2 la...Kalau dah sejuk...Mmm..rasa sendiri lah...













Pinggan Daku tu...konon nasi sesenduk...padahal bersenduk senduk...
Okey la...cukup la dulu...TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YG BIASA2 INI...

Monday, 29 July 2019