Assalammualaikum wkth...
Salah satu manisan orang Banjar...
Sampai sekarang kalau ada kenduri kendara samaada kenduri Doa selamat,kenduri aqiqah,kenduri walimatulurus atau pun kenduri rakyat iaitu apabila ada sesuatu acara membabitkan orang ramai,mesti ada masak wadai kiping....Tempat lain mungkin dipanggil nama lain.....
Daku buat wadai kiping ni masa minggu kedua perintah kawalan keselamatan PKP...Kiranya menu tertunggak...
Wadai kiping atau pun disebut GAYAM...
Ni kira nak habiskan stok tepung pulut.
Daku buat agak2 jer ni,Tak buat sukatan pun.Tepung pulut lebih kurang 800 gram dicampur dengan 4 sudu tepung gandum.Air pandan agak2 jer,Sebelum itu masukkan secubit garam dan sedikit air kapur.Kacau sampai larut.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit kedalam tepung tersebut.Jadikan doh yang tidak melekat di jari.
kemudian ambil doh,gentel menjadi bulat,kemudian di penyet sedikit.Kiranya berlekuk ditengah,seperti gambar diatas.Susun atas talam besar.Sebelum tu taburkan sedikit tepung merata diatas talam,supaya tidak melekat.
Yang ini Daku yang buat,Nampak tak ada penyet kan?π
Talam yang kedua..
Yang bulat tu pulak,Kakak Daku yang buat,Kebetulan Kakak mai bertandang rumah Daku,jadinya Daku suruh dia habiskan buat wadai kiping tu...Sengaja Kakak buat bulat..Dia cakap sama jer masuk periuk,penyet atau bulat...haaduii..Macam2 Kakak Daku ni....
Daku guna gula kegemaran Daku iaitu gula merah atau pun orang Banjar sebut GULA HABANG.Merah tu habang,habang tu merah..Gula pasir kena masukkan juga tau.
Masak santan cair,masukkan daun pandan(simpul),gula pasir dan gula merah.Biar mendidih,Kacau tau..Dah mendidih santan.Masukkan Wadai kiping yang sudah dibentuk tadi.
Kacau supaya wadai kiping tidak bergumpal,tunggu sehingga wadai kiping timbul menandakan sudah masak.Jangan lupa masukkan santan pekat.Daku juga masukkan beberapa ulas Durian(stok frozen).Dan masuk garam sedikit..Tutup api.
Alhamdulillah dapat lah,jiran2 Daku merasa.Kakak Daku jadi mangsa,Daku suruh kakak tolong hantar pada jiran2..Lagipun kakak Daku dengan rela hati nak tolong.
Syukur alhamdulillah untuk segalanya..Diwaktu waktu PKP begini,Mungkin ada insan2 yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang..Usah membazir makanan,Usah membazir air.Pesanan untuk diri Daku sendiri.Rezeki yang sedikit bila dikongsi bersama disitu ada KEBERKATAN..
TERIMAKASIH PADA ANDA YANG SUDI SINGGAH DI BLOG DAKU YANG BIASA2 INI..
#kitakasihAllahkasih
#kitajagakeluargakita
Seorang surirumah yg dunia nya hanya dirumah..seorang isteri dan ibu kepada 2 anak lelaki..tak pandai pun memasak...biasa biasa je..suka membaca blog blog masakan...
Wednesday, 22 April 2020
Monday, 20 April 2020
IKAN KUKUS TERUNG AIR ASAM
Assalammualaikum wkth..
Apa khabar para ibu2 dan surirumah?Jangan runsing2 atau marah2 ya pada anak2...Biasa lah dorang pun dah mula bosan kan...Dah tak bebas kemana mana,Tak boleh kesekolah,tak boleh main bola dipadang,tak boleh keluar makan ditempat kegemaran...Sabar la yer Ibu2 bapa2 sekelian...
Apa pun mesti kena masak untuk keluarga,Sehari dua ker tiga kali masak2...Mana yang ahli dalam rumah tak ramai...masih ok lagi..Tapi mana yang terperangkap dirumah ibubapa dikampung,pulak tu ada dua tiga keluarga kebetulan bercuti dikampung.Memang kena masak banyak lah kan...Kena ada sikap berhemah dan tolong menolong baik bab mengemas rumah seterusnya masak memasak...Jangan sampai bermasam muka sesama ipar duai..
Menu tertunggak,Menu minggu kedua perintah PKP,ikan kembung kukus sama terung bakar,disiram pulak dengan air asam picit....
Ikan masih fresh,murah2 pulak tu...Sebelum kukus,bersihkan buang isi perut bagai,Daku suka rendam dengan belahan limau kasturi sekejap,tos dan lumur dengan sedikit garam dan sedikit serbuk Secukup Rasa Maggie.
Terung pemberian adik sepupu,Dia beli banyak stok sayur,asalnya pembelian stok mingguan untuk kantin kilang(Sepupu pengusaha kantin).Disebab wabak covid 19,kilang terpaksa ditutup.Berlambak barang basah seperti ayam dan ikan.Nasib baik ayam dapat dijual melalui OnLine.Sempat la juga Daku membantu membeli ayam nya sebanyak 6 ke 7 ekor dah siap berpotong.Senang sikit stok ayam dah ada,Dicampur pulak stok ayam dah memang sedia ada,sesak dan padat peti frozen....Sambil sepupu cod ayam,disedekahkan nya sebiji kobis bulat dan beberapa biji terung panjang....Alhamdulillah..
Terung pun masih fresh.Belah dua dan lumur garam kunyit dan bakar......Mudahkan...
ayaq asam picit cara Daku...Ha..ha...Hiris bawang besar sikit,hiris tomato,dan hiris mangga mengkal sikit,cilipadi hiris halus,air asam secukupnya(Daku guna pes air asam Adabi)garam sikit,serbuk perasa sikit...
Dah siap...Siram jer...πππ
Menu dua dalam satu...Ikan kukus sama terung bakar air asam picit....Ppppssttt...Anak aku tak makan lauk tu...Dah pasti untuk Dia Daku masakkan lauk ayam...
Apa pulak dalam talam merah tu?...Lainkali lah Daku bagitau...
TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH DI BLOG DAKU YG BIASA2 INI...
#kitamasakkitamakan
#ramadanakantiba
Friday, 17 April 2020
SAGU GULA MERAH BERKUAH SEDAP
Assalammualaikum
Ada kerajinan sikit......Seingat Daku bulan ni,dah tiga kali Daku buat pemanis molot ni..Suami cukup suka dengan sagu berkuah ni...Kenapa gula merah...Ha..ha...saja la nak kelainan...Lagipun gula melaka dah lama tak beli..Sebelum ni gula melaka,anak adik Daku selalu bagi..Dia selalu terbang ke Sabah dan Sarawak,selalu bagi buah tangan..Gula seakan gula melaka,apa tah namanya..tapi manisnya macam gula melaka,yang terbaru bagi belacan bintulu ker tak silap,seketoi besar.Tahun depan pun belum tentu habis...Macam2 lah dia bagi kalau balik kampung....
Sajer jer letak dalam cawan kaki,sekali sekala keluarkan dari lemariπππKesian dah lama tak diguna......
Hanya memerlukan 3 bahan utama,biji sagu,gula merah dan susu cair.
Pewarna yang disukai..
Jom tengok resepi..
SAGU GULA MERAH (Cara Daku)
1 Cawan biji sagu(rendam 1 jam,tos)
3 1/2 cawan air.
Cara.
Masak air hingga mendidih,kemudian baru masukkan biji sagu,kacau sekali sekala dengan api sederhana.Masak lebih kurang 15 minit.Atau sagu menjadi jernih.Tutup api bahagikan untuk diwarnakan.Ketepikan.
Kuah putih
1 tin susu cair atau santan(Daku guna susu cair)
1 tin air
4 sudu gula pasir
Secubit garam
1 sudu tepung jagung(kacau dengan sedikit air)
Daun pandan sehelai(simpulkan)
Masak susu cair,air,gula,garam dan daun pandan,kacau,tak perlu sampai mendidih,masukkan tepung jagung.Tutup api.Ketepikan.
Air gula merah/gula melaka
1 cawan gula merah/gula melaka 2 keping
1 cawan air
5 sudu gula pasir
Pandan sehelai(simpulkan)
Masak bahan sampai mendidih,tutup api dan tapis.
Nota:
Jika inginkan sagu yg sebiji sebiji,kurang kan penggunaan air,jadikan 3 cawan sahaja.Selepas sagu masak segera masukkan dalam penapis dan alir kan dibawah air paip sehingga sagu tidak melekat kemudian tos.
Boleh gantikan gula melaka menggantikan gula merah..
Boleh gantikan susu cair kepada santan segar,atau pun susu full cream yang dalam kotak tu..
Sagu gula merah sedap dimakan sejuk,dinginkan didalam peti sejuk atau dimasukkan kiub ais.
Dah diwarnakan...Warna merah terang perisa Ros...Daku memang suka jenama Shahirah..Sebab wangi perisa Ros nya...Apa pun terpulang lah yer...Warna hijau pulak nampak sangat fresh kan...
Sengaja Daku tak alirkan di air paip selepas diangkat dari atas dapur.Sebab Daku suka ketul2 bergumpal macam tu.Best sangat bila di kunyah ada rasa kenyal2 gitu....Biasa la selera tak sama kan.Ada orang lagi suka biji sagu tu sebiji sebiji...
Anak Daku tak berminat pun nak makan sagu gula merah ni...Daku dan Suami jer yang suka makan.Petang semalam kami berbual sambil ambil angin di halaman rumah sambil duduk di pangkin dibawah pohon cempedak.Habis la semangkuk kami makan......Sedap sejuk2 letak ice cube...Sampaikan tak sedar anak Daku jerit dari dalam rumah.."Mak Ayah masuk lah rumah dah pukul 7.00 petang...Hee..he...Kacau la Adik ni....Nak ajak makan malam ler tu......
Semenjak PKP ni...Daku dan Suami memang suka habiskan masa waktu petang kami dihalaman duduk2 atas pangkin sambil tengok kereta,motor lalu lalang.......Kadang2 ada la lalu kereta Polis peronda buat pengumuman larangan keluar rumah.Kuat betul Speaker dorang......Teringat jaman dolu dolu,Masa Daku kecik,Kalau kereta Jabatan Penerangan nak ada kan wayang pacak.Petang sebelum tu dorang dah buat pengumuman...Kat kampung dolu2 kalau wayang pacak dorang mainkan atas Jambatan besar atau pun orang kampung Daku sebut atas TITI BENA...Jap..Nanti Daku cari ada tak pic TITI BENA yg Daku maksudkan tu...
Haa..haa..ada pun itu ler TITI BENA yg Daku maksud kan...Jambatan penghubung 4 buah kampung...Jambatan sebelum Daku lahir dah ada..Jangan tanya tahun berapa jambatan tu dibina..Bawah jambatan ada dua saliran air,Satu saliran sungai yang panjang dan satu saliran taliaair besar.Unik tak kampung Daku??Tetiba....
TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YANG BIASA2 INI...

Sunday, 12 April 2020
KUIH TALAM NYONYA
Assalammualaikum wkth...
Tak lama lagi nak puasa dah kan...Kalau panjang umur jumaat depan dah mula puasa..Walaupun masih mood PKP...Kehidupan harus diteruskan...
kuih talam nyonya ni bukan di kukus ya...Ia nya dikacau tanpa henti diatas api yang kecil...
Guna sukatan cawan kopi tu..lebih mudah.Abai kan periuk naik atas meja tu ya....
Dah angkat dari atas api,masih panas2,terus masukkan dalam bekas,sediakan beberapa bekas kecil.Daku guna tipuware jerππ..Senang nak susun dalam fridge..
Nanti kat bawah Daku letak resepi ya...
Buat lebih,hantar pada jiran kiri dan kanan...
Resepi ini Daku minta daripada Adik Daku...Dia dah selalu buat kuih ni....Thanks Serina...
Sediakan 2 periuk ya..ok kita tengok resepi nya...
RESEPI **
KUIH TALAM NYONYA
Bahan A (Warna hijau)
1 cawan tepung kacang hijau
1 cawan gula pasir
4 cawan air
2 cawan air perahan daun pandan
Sedikit pewarna hijau
*Campur semua bahan A,kacau dan tapis dan masukkan dalam periuk*
Bahan B (Warna Putih)
1 cawan tepung kacang hijau
1 cawan gula pasir
3 cawan santan
3 cawan air
Secubit garam
*Campur semua bahan B,kacau dan tapis dan masukkan dalam periuk..Ingat ya periuk yang berasingan...
Cara seterusnya letak kedua dua periuk diatas dapur,Buka api perlahan...Kacau serentak dan guna senduk yang berlainan untuk mengacau.Kacau sehingga pekat sedikit.jangan terlalu lama,nanti terlalu pekat pulak,Maksudnya..jika diangkat senduk cairan bertali.Tutup api.Sebelum melapis kedalam bekas,kacau manja2 lagi supaya ianya halus dan tidak bergentel...Sendukkan selapis putih,selapis hijau sehingga habis.Biar sejuk dahulu.Sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.Bekas tidak perlu disapu minyak.
Mudahkan..bahan pun tak banyak...
Tak rugi buat...
Sedap sangat lemak2 manis,tapi bukan la terlampau manis...manis yang sedang2 jer..Potong kecil2...sejuk2 sedap keluar dari peti sejuk...
TERIMAKSIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH BLOG DAKU YG BIASA2 INI
#Kitajagakita#
#Kitamasakkitamakan#

Saturday, 11 April 2020
ROTI OH ROTI
Assalammualaikum wkth...
Hari ini hari ke 25 PKP,Sekejap jer kan dah hampir sebulan kita kena duduk rumah....Bagi orang yang berkerja,Mungkin rasa lama sangat...Tapi kita mak2 yang surirumah ni,rasanya macam biasa jer berkurung dalam rumah,Kesian yang tinggal di bandar2 besar tu,Agak2 24 jam ker TV berbuka...Kalau Daku atau kami dkampung ni,boleh la amik angin jalan2 dihalaman rumah,siram2 pokok bunga,sapu daun2 kering,petik2 ulam.Dah matahari naik sikit,baru masuk rumah....Kat rumah ni,kami bertiga jer...Nasib baik anak Daku sibongsu tu sempat balik kampung.Balik sendiri jer naik ETS...Selalu balik naik Komuter.Tak nak bersesak berebut katanya,tu yang naik ETS......Abang yang sulung memang tak balik larr...kesian malam2 kena masak sendiri,kedai makan tak buka...Nasib baik waktu makan tengahari,dorang masak2 kat office...Bertabah lah anakku...Sabar ya...
Projek buat roti hari selasa lepas...Sebab nak tukar selera daripada roti Gardenia...ha..ha..
Aku buat roti golok,roti sosej,yang atas ni roti bun inti kacang merah.
Kali ni keluarkan BM,senang,campak2 dalam tu,tinggal...boleh buat kerja lain...
Sengaja Daku ajak Alia kali ini...Seawal 8.30 pagi,Daku suruh dia datang rumah...Alia ni anak jiran Daku,dia rajin mencuba buat kek,dan biskut yang mudah2...Kecik2 dulu suka sangat Nasi goreng yang Daku masak...Sampaikan minta resepi nasi goreng..Daku ajar Alia dari bab timbang bahan2 roti,step by step sampai proses bakar roti...Suka sangat dia...Umur Alia baru 16 tahun..Ibu Alia pun rajin dan pandai masak,Dah selalu dah hantar makanan kerumah Daku...Kekadang lauk pauk,kuih muih...Berjiran lah kata kan....Pppsstt..Alia dan adik2 nya(3beradik)dari kecik lagi memang panggil Daku Mak dan Suami Daku ayah...
Alia kusyuk menimbang inti kacang merah
Buatan Alia sepenuhnya roti2 ni,Eehh kenapa jarak jauh2 sangat...Doh ada lebih diletaknya pulak inti Blueberry dan inti Kaya...Sambil Alia membentuk doh,Daku pulak sambil masak2 untuk lunch....
Roti golok yang sudah di topping gula dan sapuan planta...
Yang ini tunggu turn untuk dibakar....
Dari tahun lepas lagi dah,dah selalu buat roti2 ni...Tapi sebab tahap kemalasan nak snap pic tinggi sangat....Bukan untuk dijual ya...Untuk makan sendiri jer...Tak pandai sangat pun
Separuh roti2 tu,Daku suruh Alia bawa balik rumah...Siap tanya lagi"kenapa mak bagi banyak sangat"Biar lah..Kat rumah mak bertiga jer...siapa nak makan,Sengaja Daku buat lebih roti sosej,sebab dorang 3 beradik tu memang penggemar roti sosej...
Daku paling suka roti golok...Kenapa dipanggil roti golok yer??Kalau makan roti golok ni tak cukup satu,mesti nak dua tiga ketul..Puashati dapat buat roti sendiri....Maaf sangat2 ya tiada disertakan resepi...Sebabnya...Ini resepi PJJ..Ikutkan hati nak ajer Daku tepek kat sini...
Ok...Abis cerita roti...
Pic atas ni pulak menu makan cemilan petang tadi,Donut gula,pau sambal dan pau goreng inti kacang merah...Sebab Daku petang tadi,Sebabnya Daku tengok Adik Daku semalam dia mendonat.Jadi nya petang tadi dalam pukul 2.30 Daku menguli tepung,Malaz nak keluarkan BM...Tak banyak pun hanya dua cawan tepung ajer..Cukup la habuan kami bertiga dalam rumah ni,Ahamdulillah...Panas2 makan,Dalam masa yang sama kakak Daku datang menghantar dua keping murtabak inti nangka,masih juga panas2...Syukur rezeki ALLAH ....Kawan2 jangan kemana mana tau...Negara kita masih PKP..Semoga Malaysia akan pulih dari wabak covid 19,seterusnya kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa..In Sha Allah...
TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH DI BLOG DAKU YG BIASA2 INI...
Subscribe to:
Posts (Atom)