Friday, 25 January 2019

BUBUR JAGUNG YANG LEMAK MANIS


Assalammualaikum..wkth..


Selalukan...Suami beli jagung yang sudah di rebus.Daku tak berapa gemar jagung yang Daku rebus sendiri...Sebab..macam tak sedap jer yang direbus sendiri.Kali ini Suami beli jagung mentah...
Suami beli jagung banyak...Ada 10 tongkol..Tak lah besar sangat,saiz sedang2 jer..Masih fresh..murah pulak tu...10 tongkol rm3 hinggit.
Kat mana2 pekan hari kat tempat Daku ada saja peniaga berjual jagung.Dari yang mentah,yang rebus,yang bakar yang kukus.
Cucur jagung pun ada..Cucur jagung peniaga kuih lah yang jual...Dah dua kali Daku buat jemput jagung.Kali ini buat bubur atau pengat jagung pulak..


















Kali ini Daku guna gula pasir dan gula batu...


Pic bawah ini...jagung,gula pasir,gula batu,pandan,sagu biji dan kelapa parut,(garam tiada dalam pic)









RESEPI BUBUR JAGUNG

Bahan**


3 tongkol jagung(Hiris biji2 jagung dari tongkol)

1 mangkuk santan pekat

1 mangkuk santan cair

2 sudu besar gula pasir

Sedikit gula batu (optional)

1 sudu besar biji sagu (cuci dan rendam sekejap kemudian tos)

1 helai daun pandan

Secubit garam



CARA DAKU**



1)  Masukkan jagung,gula batu,gula pasir,pandan kedalam periuk bersama santan cair.Kacau hingga mendidih dan jagung lembut sedikit.

2)  kemudian masukkan sagu,santan pekat dan garam.Kacau selalu.Supaya santan tidak berketul timbul.Masak sehingga sagu biji bertukar warna jernih.Tutup api.






Dapat dua mangkuk.Satu mangkuk makan suam2 kongsi dengan Encik Suami,Satu mangkuk lagi masuk dalam fridge..Sejuk2 lagi pekat lagi sedap kuah bubur jagungnya....

TERIMAKASIH PADA ANDA YANG SUDI SINGGAH BLOG BIASA2 DAKU INI...

BAYAM BRAZIL TUMIS IKAN MASIN



Assalammualaikum..wkth..


Sayur Bayam Brazil ni,mulanya agak asing bagi Daku.Sebabnya Suami Daku tak pernah beli pun..Lagipun rasanya di Pasar Bagan Serai tak ada jual sayur ni......Sayur Bayam Brazil ni asaknya Cikgu Sara,guru KEMAS kami yang tanam di Kebun belakang rumah Beliau.Kemudian dibawa sedikit untuk di tanam Kebun Dapur belakang Dewan kampung kami...









Ini yang Daku tanam dalam kereta sorong rosak yang sudah tak boleh digunakan...Bercampur dengan Pokok bunga Ros Jepun yang cepat sangat membiak...Nak kena ubah bekas lain pulak Bayam Brazil ni...








Merata Daku tanam ada yang dalam pasu kecik.Kiranya dah dua kali potong la.Dapat la secekak tangan.Dan ditumis dapat la setengah mangkuk...Cukup la untuk kami berdua...








Bayam brazil sedang berendam dgn air garam sekejap...






Macam biasa rengkas2 tumis,bawang merah sebiji,seulas dua bawang putih,cili rawit dan ikan masin sepotong kecil....







Sedap sangat sayur tumis bayam brazil ni...ada rangup2 dihujung kunyahan..Apa lagi dimakan panas2...Ratah macam tu pun sedap,boleh abis satu mangkuk..Tak rugi tanam,pokok pun mesra alam.Selepas dua minggu di potong.Akan bercambah daun dan pokok makin membesar.Kena rajin periksa pokok bayam brazil ni..sebab musuh utama ialah siput b.bi sangat suka memakan daun nya di waktu malam..

TERIMAKASIH PADA ANDA YG SUDI SINGGAH DI BLOG BIASA2 DAKU INI...

Tuesday, 22 January 2019

MERTABAK PISANG EMAS



Assalammualaikum..wkth...

Jarang buat mertabak pisang ni,kecuali bila ada permintaan...Untuk kali ini,anak tekak Daku sebenarnya yang teringin..Apalagi bila melihat pisang emas pemberian Kakak Daku hasil tanaman abang ipar di kebun beliau...Teringat dulu2 Arwah mak selalu buat mertabak pisang,mertabak kucai dan roti canai....Masa tu Arwah mak akan suruh Daku yang menguli tepung.Arwah akan sediakan sukatan tepung,air dan minyak.Tugas Daku hanya menguli sehingga licin dan tepung tidak melekat dijari...kemudian seterusnya untuk dibahagikan kepada beberapa bahagian dan dijadikan bebola diambil alih tugas Arwah.Biasanya dibuat diwaktu malam.Seterusnya diawal pagi esoknya baru lah di tebar oleh Arwah Mak...









Doh mertabak atau murtabak ni Daku uli sesudah selesai Daku siapkan makan tengahari.Sementara tunggu Encik Suami balik rehat untuk lunch...Disebabkan tiada siapa yg tolong snap pic(masa ni tangan penuh tepung)Maka nya tiada lah pic uli tepung..

Mertabak ni Daku buat untuk minum petang..






RESEPI **

MERTABAK PISANG

(Bahan kulit) Dapat 9 Keping

3 Cawan Tepung Gandum

1 Cawan Air (Di campur 1 Sudu Teh Garam)

1 Sudu Besar Susu Pekat

1/2 Cawan Minyak Masak (Untuk Rendam Doh)

 Daun pisang sedikit


CARA DAKU;

1 )  Masuk kan tepung kedalam mangkuk besar.Campurkan susu pekat.Masukkan air sedikit demi sedikit.Uli dengan tangan.

2)  Uli adunan sehingga lembut dan tepung tidak melekat di tangan.Kemudian bahagikan adunan dan dibulatkan sehingga licin.biat sehingga habis semua doh.

3)  Susun semua doh dalam loyang yang sudah di masukkan minyak.Tutup dan biar doh 2 hingga 3 jam(semalaman pun boleh).

Sediakan INTI PISANG**

  7 Biji pisang emas (Hiris Nipis)

  2 Sudu Besar Gula Pasir

  1 Helai Daun Pandan(Simpulkan)

  Secubit Garam

CARA DAKU**

1)  Masukkan pisang hiris,gula,garam dan pandan.dalam periuk.Masak sebentar sambil dikacau menggunakan api kecil.Akan timbul buih2 kecil kesan air gula.Tutup api dan biarkan sejuk.















Sediakan dulang atau talam besar untuk memudahkan kerja menebar atau menghampar doh...Daku tak pandai pun nak kirai roti canai.Oh ya adunan doh yang sama boleh juga dijadikan roti canai...
Sebelum itu sediakan daun pisang mengikut saiz yang dikehendaki(Daun pisang penting untuk memudah kan mengangakat doh yang sudah di letak inti untuk diangkat kedalam kuali...
Leper leper kan doh perlahan lahan diatas daun pisang,jadikan seperti bulatan,tolak tolak dan tarik tarik menjadi nipis dan bulatan semakin membesar dan meluas.Masukkan inti pisang seperti gambar diatas.








Selepas meletak inti pisang,lipat doh dan kemaskan supaya inti pisang tidak terkeluar



Panaskan pan,renjis sedikit minyak.Masak di kedua dua bahagian hingga masak dan sedikit garing.









Inti diatas hanya cukup untuk 5 keping murtabak.Sebenarnya Daku target 6 keping...Sudahnya kepingan ke6 Daku hiris saja pisang tanpa gula...Nasib baik pisang emas tu memang dah manis.....Boleh ajer buat inti mertabak cara begini....Tapi Daku dah memang diajar oleh arwah Mak dan kami kebanyakan masyarakat BANJAR memang kalau inti mertabak pisangnya mesti dimasak atas api bersama gula...
Balance doh tepung tu Daku simpan dalam fridge sebab Daku bercadang nak jadikan canai....















Kalau tanya Daku mana murtabak yg Daku suka...Sudah pasti inti yang dimasak dengan gula lagi sedap.Sama juga lah kalau Daku buat Murtabak Nangka.Intinya mesti Daku masak dgn sedikit gula...







Sambil masak sambil potong sambil makan panas2....Sedapnya....
TERIMA KASIH pada ANDA yang sudi singgah blog biasa2 Daku ini....

Monday, 14 January 2019

BURUNG PUYUH BEREMPAH PEDAS



Assalammualaikum......


Sempat kan juga taip entri untuk hari ini,Agak sebuk sikit hari ini...Pepagi seawal pukul 8.00 pagi dah merempit pergi Surau Parit 1.Ada majlis Khatam Al Quran.12 peserta terbabit.Daku terkecuali sebab Daku belum habis juzuk.Lagi pun mereka yang Khatam tu dah lama mengaji.Daku dikira jemaah baru...Sebelum majlis tu di mulai dengan Solat Dhuha,Solat Taubat dan Solat Hajat.Kemudian diteruskan Khatam Quran kemudian diteruskan dengan Tahlil rengkas dan Doa Selamat.Kemudian ada jamuan makan.Pukul 12 tengahari juga lah baru Daku sampai rumah...

Menu burung puyuh ni,Waktu masak hari apa ntah dah lupa.Tapi tahun 2019 ni juga lah.....Biasa kalau Suami beli Burung puyuh.Masak berempah pedas tu lah Daku olah...Beli 4 ekor..Sebelum ni dah masak 2 ekor.























Ooppsstt...Nampak seksi meksi pulak burung tu landing....Bersihkan burung,Keluarkan apa yang ada dalam perut(memang tak dak apa pun).Potong kepada beberapa bahagian.Ada orang suka masak sekoq sekoq..Daku memang tak selera la kalau macam tu..




Lumur dengan garam kunyit,Biarkan sebentar.


RESEPI *

                 BURUNG PUYUH BEREMPAH PEDAS


          BAHAN#

   Burung puyuh 2 ekor (potong)
   2 biji kentang (potong kiub)
   1 biji bawang besar(hiris)
   2 ulas bawang merah(hiris)
   2 ulas bawang putih(hiris)
   1 tangkai daun kari
   1 helai daun limau purut(koyakkan)
   1 biji cili merah(hiris)
   1 biji cili hijau(hiris)
   7 biji cili padi(hiris)
   Garam,sedikit gula,sedikit serbuk perasa
   Minyak
   1/2 cawan air (agak2)


 

 










Antara bahan yang sudah di sediakan..







Pic atas tu antara rempahnya...

1 sudu besar rempah kari ikan,
1 sudu besar serbuk cili,
1 sudu besar pes sambal,
1/2 sudu kecil serbuk rempah sup.






Memula panaskan minyak untuk menggoreng puyuh separuh masak,angkat,kemudian goreng kentang yg dipotong kiub,angkat.(Maaf tiada pic,terlupa snap puyuh dan kentang goreng)






1} Minyak yang sama tinggalkan sedikit untuk         menumis bawang besar,bawang   merah,bawang putih,daun limau purut dan   daun kari hingga wangi.

2} Masukkan semua rempah,kecilkan api sambil dikacau,masukkan air sedikit supaya tidak hangus.







Hati2 masa ini,api jangan besar,Daku tidak gaul rempah bersama air,Sebaliknya air dimasukkan sedikit demi sedikit.










Masukkan garam,gula dan serbuk perasa.Kemudian masukkan burung puyuh dan kentang yang yang sudah di goreng.kacau hingga bersalut burung puyuh dan kentang.Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar,cili hijau dan cili merah.Tutup api...














Sedap sangat makan bersama Nasi putih atau meratah begitu saja.








Kedua dua anak Lelakiku tidak pandai makan burung puyuh atau pun telur burung puyuh....











Hari yg sama juga Daku masak anak ikan sepat goreng sambal cili padi,dan tumis kailan ikan masin.Ha..ha..berpeluh Encik Suami makan...

Terima kasih pada Anda yang sudi singgah blog biasa2 Daku ini.....

Tuesday, 8 January 2019

SUP TULANG DAN DAGING



Assalammualaikum..wkth...



Ikutkan selera Suami nak makan sup tulang.Kebetulan memang ada stok tulang dan sedikit daging..

Sebelum ni kalau keluar makan malam berdua dengan Suami,kami lebih suka menjamu selera di Kedai makan Buluh Kuning area Bagan Serai..Suka makan di situ sebab sup tulang,sup daging dan sup ayam nya sedap.Portionnya banyak satu periuk tanah kecik tu tak habis makan sorang.Harga pun berpatutan tak mahal.Mula buka waktu petang hingga ke tengah malam.Parking pun luas.Pelanggan pun ramai.Paling Daku suka cili jeruk dan sambal kicapnya yang uuummpphh...cukup..Tengok pulak apa yang Daku masak...














Empat ketul tulang.Dan Kurang lebih 300 gm daging,balance yang sebelum ini Daku masak kari daging...






Antara bahan penumis yang utama batang dan daun sup,bawang besar,bawang merah,kayu manis,buah pelaga dan bunga cengkih..Semua tu untuk Tumis Darat..






Selain itu bahan diatas ini antara yang wajib ada bila Daku masak sup daging.Itu ialah campuran yang sudah di blend antaranya,serai,lengkuas,halia,bawang besar,bawang merah dan bawang putih.Daku memang buat sesiap dijadikan  stok.Simpan buat frozen.Senang sikit bila perlu nyahbeku kan saja.Tapi biasanya Daku asingkan untuk dua minggu letak bahagian chiller..










1 sudu besar serbuk  rempah sup(agak2 jer tu)






Daku memang tak beli yang jenis bunjut...Dari dulu lebih suka yang jenis serbuk.(pilihan masing masing).








kentang yg Daku dah potong dua(4 biji)








Kobis putih sebagai peneman kentang,carot abis stok,saleri pulak memang kurang minat.Yang dalam fridge cuma ada sayur terung bulat,kacang boncis,timun jepun,dan peria katak.Ha..ha..memang tak sesuai la masuk dalam kuah sup..Alahai...Disebab kan buah tomato pun abis stok.Daku letak 1 keping asam gelugor....Baru feel masam2 sikit..

Takpe la tak cukup korum,janji Daku dapat tunai kan permintaan Suami...pppsssttt...Memang berselera sungguh Suami makan..Alhamdulillah...


Belum abis cerita lagi ni...Tulang dan daging tu Daku masak dalam rice cooker.Selain tulang,daging dan air untuk merebus masuk kan sekali bahan bahan blend dan serbuk rempah sup.Dua jam juga lah masa merebus.Dan dua kali juga lah Daku tambah air.Dah lembut daging dan isi yang melekat di tulang tu hampir tanggal baru Daku masukkan ubi kentang,garam,serbuk perasa dan tumisan atau tumis darat.Tuang dengan minyak2 nya sekali.Off kan suis kemudian baru Daku masukkan kobis.Apa pasal letak lambat kobis?sebab Daku suka kobis ada rasa rangup2 lagi...







Tabur lah bawang goreng,hirisan cili merah dan daun sup.









Sedap sangat...lawankan pula dgn kicap pedas tu......Daku gorengkan juga ikan masin yang kecik2 tu..apa ker namanya ikan masin tu....tak dak pulak Daku snap pic...

Hai rajin pulak akhir2 ini Daku buat entri...ni gara2 ADIK MANIS tu lar mesti DIA tengah sebuk ni hujung tahun ni ada Peperiksaan besar..
Terimakasih pada ANDA yang sudi singgah blog biasa2 Daku ini...

Sunday, 6 January 2019

JERUK MANDAI WARISAN



Asklmwkth......

Buat jeruk mandai....
Daku suka makan jeruk mandai goreng...
Masyarakat Banjar memang tak tinggal,makanan orang2 lama ni...

Buah cempedak ni,pemberian Abg Ipar.Beliau bertanam pokok buah buahan di tanah mereka di pinggiran Bagan Serai....Pokok cempedak pertama kali berbuah,kalau tak silap ada dua pokok yg baru belajar berbuah.Macam2 yg ditanam oleh Abg Ipar,antaranya pokok pisang,kelapa,mangga,ciku dan lain2...Rasanya durian jer dorang tak tanam...





Buah cempedak di luar rumah....bukan di luar pagar yer......Terkejut Daku buka2 pintu grill beranda......ternampak buah cempedak besar2 gedabak.......Alhamdulillah rezeki.Bersama buah cempedak juga ada bersama setandan pisang lemak manis.






Kupas kulit bahagian luar...jgn risau tangan kotor sebab masa ni kulit dah tak bergetah...



Kulit cempedak sudah siap dibuang kulit,kemudian alirkan dibawah air paip...tak perlu direndam..kemudian tos...




sedia untuk dilumurkan dengan garam kasar...Untuk membuat jeruk kulit cempedak memerlukan garam yang agak banyak..supaya jeruk bertahan lama...Tidak lembik atau berkulat...Setiap keping kulit cempedak diletak garam berlapis.Sediakan bekas berpenutup...Kalau Arwah Mak,Dolu2 suka letak jeruk Kulit Cempedak ni dalam balang kaca.....Dan sampai sekarang Daku masih simpan balang kaca tu...
Daku pulak lebih suka simpan kulit cempedak ni dalam Tipuware atau balang plastik...Mana2 pun boleh sebenarnya janji berpenutup.....







Cer tengok lagi macam kurang garam jer....ha...haa...Akhirnya ku habiskan juga garam dalam mangkuk tu....
Biasanya hari ke4 atau hari ke5,Daku akan masuk kan air berpenapis kedalam bekas kulit cempedak.Agak2 menenggelamkan jeruk kulit cempedak supaya lebih tahan lama....







Pppssstt...ada juga kawan Daku yg lebih suka mandai yg baru diperap garam.Maksudnya hari ke3,dah disiat goreng.Katanya lebih sedap dan ada rasa manis...Apa pun selera masing2 kan..
Dua minggu selepas di jeruk,sudah boleh dimasak...Stok mandai sentiasa ada.Belum habis yg lama.Akan menjeruk semula bila ada  buah atau kulit cempedak.
Anak lelaki sulung Daku paling suka Mandai goreng.Kalau yang si adik memang tak lah...

Terima kasih pada Anda yg sudi singgah blog  biasa2 Daku ini..