kejadian banjir bermula hujan lebat bermula dlm kol 6 ptg lebih kurang berlarutan sampai hampir 10 malam pada hari rabu.daku dah mula risau air dah mula masuk di dalam bilik air belakang.rabu dan khamis daku berpuasa sunat...jadi nya daku x kemana mana.melalui wasap dari rakan2 grup kampung...dorang dah maklum air makin naik paras betis dan ada yg sah mula naik paras pinggang..kawasan yg daku maksudkan rumah2 di bahagian pinggiran sungai iaitu kampung tanjung bugis,kampung ban pisang.manakala kampung daku kampung padang lalang hanya air naik di halaman rumah sebab air parit dah penuh...taburan hujan lebat menyebabkan EMPANGAN TASIK BUKIT MERAH menjadi penuh melebihi paras bahaya...empangan ini hanya 10 minit saja dari rumah ku..
Kunjungan mengejut DATUK SERI ZAMRY ABD KADIR BERSAMA ISTERI di tempat mangsa2 banjir yg dipindahkan....BALAI RAYA PADANG
LALANG.
Bertanya khabar...tabik la dgn kehadiran pantas DATUK SERI ZAMRY dan rombongan.beliau tiba jam 2 ptg hari khamis.
Daku suka tengok pic ini...nampak real isteri MB sifat keibuan...baby yg baru berumur 23 hari..
Mendengar taklimat dari TUAN PEGAWAI DAERAH.
Gambar cilok dari PERAK TODAY...Dah banyak sangat gambar dari wasap....
Daku juga suka dgn pic ini...bila ada musibah banjir pemimpin dari parti
pembangkang turut serta antara nya YB USTAZ ZAWAWI ABU HASSAN....
meninjau sungai di depan BALAI RAYA PADANG LAALNG.projek tebatan banjir yg menelan kos berjuta juta sepanjang sungai.KUASA ALLAH tetap juga banjir...mmmm...mm..taknak komen lah daku pasal TEBATAN JUTA2 NIHH...
sebenar nya bulan ini saja dah beberap kali buaya timbul di depan sungai tempat mereka berdiri ini....dah selalu menonjolkan diri membuat penduduk risau dgn keselamatan pada penangkap ikan dan pemancing...dah dorang maklum pada PERHILITAN...pihak perhilitan hanya pasang papan amaran....
terima bantuan awal dari MENTERI BESAR...
ADUN ALOR PONGSU YB DATUK SHAM MAT SAHAT(berbaju batik biru) pun ada sampaikan sumbangan...yg bersongkok tu KETUA KAMPUNG PADANG LALANG EN.HAMID..
Pada hari MB databg melawat itu ada wartawan dan jurugambar...malam tu warga penduduk memasing dok depan tv nak tengok kot ada masuk BERITA...memang la ada dalam TV 9 DAN TV3.....tapiiiiiii.....tapi...yg keluar bukan pasal MB melawat mangsa banjir...kisah BUAYA yg keluar....siap interview perihal buaya timbul tu kat penduduk kampung.....iiiisssh....confuse kami lain yg ditunggu lain yg keluar.....
sebelum tu daku nak letak pic gambar lawak buaya berdialog BAHASA BANJAR....he...he..
siapa yg faham bahasa BANJAR tu sila angkat tangan.....he...he...Macam panjang sangat kan daku sembang...takpe ni part 1....
jumpa lagi next part.....