Friday, 17 March 2017

IKAN SIAKAP ASAM PEDAS

Asklmwkth....




Waktu daku buat entri ini...dah nak hujan...x pe sekejap lagi nak pergi tutup internet...dah mula kedengaran guruh dilangit...faham2 la...modem wifi kena cabut semua..nanti kalau kena.....silap haribulan seminggu tak boleh ber online...hu...hu...
Asam pedas semua orang suka kann....ada ke yg tak pandai makan asam pedas....kesian.....boleh pelbagai asam pedas,ayam ke daging pun daku masak asam pedas...daku  suka yg pekat...teringat dolu2 masa zaman dara masa kerja kat penang.semua masakan dikantin tu sedap2 belaka......antaranya masakan ikan asam pedas yg dicampur sawi jeruk...tapi tak pernah la pulak daku mencuba memasak....kali ini daku dah kehabisan stok sayur,terung tarak,bendi pun tarak...kalau ada timun tua lagi sedap.....bahagian kepala ikan siakap ini daku dah masak kari....

Jom intai resepi biasa2 daku

RESEPI ASAM PEDAS IKAN SIAKAP

BAHAN

Sepotong ikan siakap
segenggam cili kering(potong rendam air panas)#
1 biji bawang besar#
3 biji bawang merah#
2 biji bawang putih#
Sedikit halia#
sedikit lengkuas#
1 batang serai#
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk kunyit
daun kesum
bunga kantan(daku tiada)
1 sudu besar pes asam jawa
1 cawan air
garam
serbuk perasa
1 senduk minyak

CARA DAKU

Bersihkan ikan dan di tos.blend semua bahan bertanda hingga hancur lumat.panaskan minyak.Tumis bahan blend yg bertanda sehingga naik wangi,masukkan kunyit serbuk,dan lada hitam serbuk.masak hingga sampai pecah minyak.campurkan pes asam jawa bersama air dan masukkan kedalam tumisan sambal.dah mendidih,masukkan ikan,daun kesum,garam dan serbuk perasa.



Asam pedas ni daku lawankan dgn telur dadar bercili dan bawang...
ok..jumpa lain entri....TERIMAKASIH KEPADA ANDA YG MEMBACA BLOG BIASA2 DAKU INI..

1 comment: