Friday 27 January 2017

Keria gula melaka

Asslmwkth...


Apa khabar kawan2...
Dah nak abis bulan january kan..masa begitu cepat
Meninggalkan kita..skrg beberapa negeri di landa banjir hingga memaksa kepada penutupan beberapa sekolah..kasihan mangsa mangsa banjir yg dipindahkan terpaksa meninggalkan rumah masing2.bila air dah surut mereka pulang kerumah.dan mula membersihkan rumah masing masing.daku dpt rasakan kekecewaan,kepenatan dan kelelahan mereka membersihkan rumah.alhamdulillah daku tidak lah pernah mengalami banjir hingga memaksa berpindah..setakat halaman rumah digenangi air pernah la juga..tapi kawasan rendah bahagian yg berhampiran sungai memang banjir la sebelum ini.
Melalut lak daku sembang perihal banjir.tapikan semuanya kuasa ALLAH TAALA.diharap mangsa2 banjir bersabar dan redha dgn ujian ALLAH.
Kuih keria tu buat masa cuti krismas tahun lalu(bulan lepas).tayang gambar je.

Jujurnya bukan daku yg buat.kebetulan adik daku datang bercuti dan bermalam kat rumah,jadik daku suruh la dia buat..daku hanya tolong rebus ubi sahaja..rasanya dia tak sukat timbang bagai,main agak2 je.kawan2 boleh terjah blog otai2 hebat.daku memang suka adik ku datang.biasanya daku suruh dia yg memasak.my darling sediakan bahan..teringin daku nak makan kuih keria gula melaka niih..banyak sangat yang dok tayang...
Dpt dua pinggan kuih keria ni...jadik le..nak gi melaka jauh sangat...
Dua malam adik daku dirumah daku..kami bawa pergi budak2(anak2 dia le) ke laketown bukit merah bermandi manda di kolam renang suria.


Dua jam juga la budak2 ni berendam.kolam nya luas juga la..satu kolam kanak2 riang.satu kolam dewasa.daku x mandi pun..malaz...dari rumah daku 15 minit je.
Muka budak merajuk...lucu masa ni...masa ni snap masa sudah mandi.x pakai pampers.memula sampai x nak buka pampers...mama dia paksa juga buka...pastu time nak balik merajuk x mau dah pakai pampers...tu yg muka masammm...mujahid...mujahid...

No comments:

Post a Comment